Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

January 9, 2024

KITSUI : 39 SUPERFOOD MEAL REPLACEMENT

 Assalamualaikum dan hai semua!


Kitsui is a trusted and popular health supplement brand in Malaysia for over 20 years. The brand prioritizes quality control and adheres to industry standards such as ISO, HACCP, and GMP to ensure that their products meet the highest quality standards. Kitsui products use plant-based ingredients, which make them safe for consumption and suitable for individuals with dietary restrictions or preferences such as vegetarians and vegans.

The brand is Halal certified, ensuring that Muslim consumers can use Kitsui products with confidence. Numerous positive testimonials from satisfied customers attest to the effectiveness of Kitsui products in achieving desired results such as increased energy, improved digestion, and better overall health.
Kitsui has received numerous awards for their quality products, including Brand Laureate, Halal Asia Award, Watson Top Brand, and Superhealth Brand. These awards serve as a testament to Kitsui's commitment to providing safe, effective, and high-quality health supplements to consumers. The recognition from these awards also showcases the trust and support that Kitsui has gained from customers and industry experts alike. Kitsui's dedication to quality and excellence has made them a reputable and well-respected brand in the health supplement industry.


KITSUI 39 SuperFood Meal Replacement adalah satu produk untuk makanan tambahan yang diciptakan khas untuk memberikan sokongan optimum serta meningkatkan kesihatan dan tenaga secara serentak.

Makanan Tambahan yang dapat BANTU KURANGKAN MASALAH GULA TINGGI DALAM DARAH, mengurangkan masalah kolesterol, dan juga mengurangkan masalah tekanan darah tinggi.

Ia mengandungi bahan :
- Beta-Glucan BG25
- Sacha inchi (Omega 3,6,9) - Spirulina
- Prebiotik 10 Bilion CFU

INFO MENARIK DAN KEBAIKAN KITSUI WHITIE SNOW
  1. Sesuai untuk : Dewasa dan Warga Emas
  2. Sesuai utk sekeluarga
  3. Masalah Gula Tinggi dalam Darah
  4. Masalah Tekanan Darah Tinggi
  5. Mahukan kesihatan Mata
  6. Mengekalkan tulang yang sihat
  7. Menginginkan tenaga
  8. Mencari kesihatan yang lebih baik
Faedah utama :
  1. Mengurangkan gula dalam darah
  2. Membantu meningkatkan sistem imuniti
  3. Mengurangkan tekanan darah tinggi
  4. Membantu meningkatkan kesihatan sendi dan tulang
  5. Membantu mengekalkan kesihatan mata

Kebaikan 39 Superfood Meal Replacement :

1. Nutrien Lengkap : 39 bijirin dan herba, menyediakan pelbagai jenis nutrien penting, vitamin, dan mineral yang membantu menggalakkan tenaga, stamina, kesihatan dan kesejahteraan.

2. Sacha Inci (Omega 3, 6, 9) : Sacha Inchi ini adalah sumber sokongan acid lemak omega 3, 6, dan 9 yang baik untuk kesihatan jantung, fungsi otak dan kesihatan tulang yang mempunyai manfaat menyeluruh untuk kawasan penting ini. Membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.

3. Tiada Gula Tambahan : Beta-Glucan BG25 membantu mengawal paras gula dalam badan secara semulajadi. KITSUI 39 SuperFood Multigrain juga tidak mengandungi gula tambahan. Membantu menurunkan gula dalam darah.

4. Kesihatan Mata : Produk multigrain mengandungi bahan-bahan seperti Spirulina dan vitamin C, yang membantu membekalkan antioksidan dan nutrien penting bagi menyokong kesihatan mata.

5. Kesihatan Pencernaan dan Sokongan Imuniti: Prebiotik (10 Bilion CFU) dan Spirulina membantu menggalakkan usus yang sihat serta membantu dalam penghadaman, dan menyokong imunisasi dalam badan. Gabungan ini memberikan kesihatan penghadaman dan peningkatan imuniti dengan lebih baik.

BAHAN UTAMA

1) 39 Bijirin & Herba :
  • Kaya dengan serat makanan
  • Kaya dengan protein sayuran
  • Membekalkan tenaga untuk badan
2) Sacha Inci (Omega 3, 6, 9) :
  • Kaya dengan Antioksidan
  • Membantu meningkatkan sistem imuniti
3) Spirulina :
  • Kaya dengan antioksidan
  • Membantu meningkatkan sistem imun
4) 17 jenis Vitamins & Minerals : 
  • Membantu mengekalkan fungsi fisiologi kesihatan
  • Kaya dengan antioksidan
  • Membantu menyokong sistem imuniti
5) Prebiotics (10 Billion CFU) :
  • Membantu mengekalkan kesihatan usus
  • Membantu meningkatkan imuniti badan
  • Membantu menggalakkan penyerapan Calsium
6) Formula komprehensif :
  • Bijirin & Herba secara semulajadi
  • Kualiti Premium
  • Mengandungi nutrien harian yang diperlukan
  • Kaya dengan serat pemakanan, prebiotik & omega 3,6,9
  • Mengandungi kalsium, magnesium, zat besi, zink dan Vitamin A,B,C,D
  • Formula Khas rendah lemak, rendah gula

Prepack yang Mudah : Satu sachet sehari dengan gabungan pelbagai jenis bahan dapat melengkapkan rutin harian anda. Cuma bancuh dengan air atau minuman kegemaran anda dan nikmati rasa yang sedap dan baik untuk kesihatan.

CARA PENGGUNAAN

Campurkan 1 sachet (30gm) dengan 200-250mL air sejuk atau air suam. Anda juga boleh mencampurkannya ke dalam jus, smoothie atau apa sahaja yang anda suka.

Calori : 120.6 kcal sahaja


Kitsui, Cantik Semulajadi!
Grab your KITSUI now at the pharmacist near you!

Kitsui Website : https://kitsui.com.my/
Kitsui Official Shopee Mall : https://shopee.com.my/kitsui.my.hq
Kitsui Official Instagram : https://instagram.com/kitsuimalaysia
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSJUoshPn/
Facebook : https://www.facebook.com/kitsuimalaysia
Youtube : https://www.youtube.com/c/KitsuiBeauty

 

March 30, 2023

SEGMEN HELLO BLOGGER , JOM BLOGWALKING !! BY MOMMYLIZZ

Assalamualaikum dan hai semua!
Jom stori ringkas sedikit mengenai blog hijau Nina ni. Tuan tanah diberi nama Ruqaiyah Amanina tapi panggil Nina je. Hehe start berblogging tahun 2005 tak silap. Sebelum ni Nina pakai greenhousera.blogspot.com dan kemudian tukar domain sendiri www.naniena.com tetapi dah expired tukar ke www.nanienaa.com. Seronok dunia blogging ni sebab selain kita buat kawan, kita dapat tukar pendapat dan segala info kita boleh dapat dengan senang. Selain itu diberi kepercayaan dari customer untuk buat review dan editing. Alhamdulillah hasil berblogging itu lah dapat buat belanja walaupun tak banyakkan. Hehe terima kasih semua teruskan menyokong Nina dan blog hijau ini :)


March 21, 2023

Change New Link Domain www.naniena.com to www.nanienaa.com

Assalamualaikum dan hai semua!
Lama dah tak bersiarankan. Haha blog pun terabai. Sian dia. Asyik tak sempat je nak update blog hijau Nina ni. Sejak mengandung sampai baby dah dekat 6 bulan dah ni. Aiyoo. Domain lama pun jadi expired dah. Terpaksa buat yang baru. Sayang dengan domain lama tu sebab Nina rasa dah tak ada nama lain dah. Letak nama sendiri panjang sangat. Haha

Tapi maaf ye tukar link ni jadi slow sikit. Owner yang buatkan domain ni pun tak tahu sebab apa. Masih kena improve lagi ni :D


March 15, 2023

BUFFET RAMADHAN 2023 - DEWAN BANKUET MBSA TAMPIL DENGAN “SELERA NUSANTARA”

Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Kali ini mereka kembali lagi dengan majlis Buffet Ramadhan 2023 bertemakan ‘SELERA NUSANTARA’ yang bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam.
Menampilkan Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian yang bakal menarik hati semua peringkat umur.

Khas buat yang datang berbuka di Dewan Bankuet MBSA nanti ada gerai yang menyajikan KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewa dari kedua-dua chef berpengalaman ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa mereka seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.

Buat pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.

Jangan dilupa pembuka selera seperti jeruk pak ali, telur masin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.

Harga Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA

Promosi pembukaan pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023 boleh dibeli dengan menghubungi 011-54040385 atau scan code yang ada di poster yang disediakan.

Harga RM98 Nett untuk dewasa dan RM58 Nett untuk warga emas dan kanak-kanak bermula 24 Mac 2023 amat berbaloi untuk semua lapisan masyarakat.
Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.

Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kid corner’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.

Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.

Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini.

Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi 011-54040385 atau Emel: nusantaracatering.event@gmail.com
Tiktok: www.tiktok.com/nusantaracatering.event
FB: www.facebook.com/Nusantaracatering.event
IG: www.instagram.com/nusantaracatering.event


November 1, 2022

[Racun TikTok] Wireless Earbuds Pro 6

Assalamualaikum dan hai semua!

TikTok buat hal lagi sebab ada je barang yang best dan banyak yang murah. Untuk kali ini, Nina nak share wireless earbuds yang murah. Bawah RM20 je guyss!! Betul.. Dia siap berkotak lagi tau..

Dia banyak warna ye. Pilihan Nina mestilah warna putih. Hehe warna pink dia pun cantik juga. Rambanglah sebab semua warna dia cantik :D
Saiz dia kecil comel je korang. Memang senang nak bawa kemana sahaja dan tak makan ruang pun. Earbuds dia dalam case tu jadi selamat untuk disimpan dan ada magnetic bila korang nak tarik. Jadi tak jatuh atau hilang. Yela benda tak ada wire dan kecil pula kenalah ada magnetic tu. Hehe dia sekali dengan USB. Dan senang untuk bluetooth dengan phone korang. Buka je bluetooth terus dia pair. 

Earbuds dia ni pun ada fingerprint touch. Kalau korang nak jawab call ke letak je jari dekat earbuds tu. Hehe senangkan. Sound pun boleh tahan kuat dan clear. Yang penting tak berselirat dengan wire lagi. Boleh tengok dekat TikTok ye :)


October 29, 2022

[Racun Tiktok] Customade Casing for Iphone 13 Pro

Assalamualaikum dan hai semua! 

Sekarang ni menjadi tarikan shopping dekat Tiktok kan? Hehe memang best sebab banyak barang yang murah dan menarik. Nina pun teracun juga shopping tapi masih terkawal :D Haritu scroll nampak satu posting dari Blogger Ena. Dia share casing yang dia dapat hadiah dari kawan dia. Warna pink tu sangat cantik. Thanks Ena share info. Fikir punya fikir order jugalah untuk phone Nina. Nina memang tengah cari casing sebab haritu sebelum bersalin reward diri sendiri phone baru. Haha


Cantik tak? Nina ambil warna putih + gold. Sesuai dengan phone warna Hijau Alpine. Casing yang agak keras dan tak lembik, hasil kerja yang kemas dan cantik sangat :D Tempahan mengambil masa dalam 3-4 hari ye. Kena tunggu sebab ni custom. Bukan ready stock. Bunga dia tu nampak macam real. Memang cantik, tak tipu ye. Pakai dekat phone lagi naik warna dia dan tambah lagi cantik.

Korang boleh tengok dekat Tiktok. Jemput follow sekali. Nanti Nina follow balik tau. Thanks :)


October 10, 2022

Diari Mengandung Anak Kedua (Part III) | Bersalin Normal di Hospital Shah Alam, Selangor

Assalamualaikum dan hai semua!
NAK BERSALIN DAH KE?
26 September 2022 - Pagi Nina ada check up macam biasa di KK. Ini merupakan check up yang terakhir sebelum bersalin pada 29 September 2022. Masa ini dah rasa contraction macam kena senggugut dalam 20 minit sekali. Tapi masih boleh kawal dan tidak terlalu sakit sangat sehingga ke petang. Mula pukul 4 petang contraction tu semakin sakit tapi masih boleh tahan lagi. Hehe pukul 8 lebih malam sempat lagi makan malam bersama suami tapi nasi tak sempat habis sebab dalam pukul 9 malam tu suami tanya nak pergi hospital ke tidak. Nina pun ajak suami pergi hospital dan masa ini sakit sangat terasa setiap 5 minit. Dalam hati memang dah rasa mesti baby nak keluar malam ni. 

HOSPITAL SHAH ALAM - BERSALIN SECARA NORMAL
Suami berhenti di kecemasan dan turunkan saya disitu sementara suami cari parking. Dengan bawa sekali anak sulung tengah tidur. Sambil menunggu adik ipar sampai sebab kena jaga anak sementara suami dapat tunggu Nina dan teman masa labour room. Sampai je nurse check bukaan dah 6 cm. Lepas 5 minit dah buka 8 cm terus Nina kena tolak dalam labour room. Suami tak sempat masuk pun sebab ada anak sulung dan tak sempat buat RTK. Nina bersalin ditemani 3 orang nurse. Masa bersalin tu memang sakit sangat sebab baby agak besar dari yang sulung, nurse lah jadi pom pom girl dalam labour room tu dan ingatkan Nina sebab kalau dah sakit tak ingat apa kan. Hehe semua rasa sakit. Tak tahu kenapa kali ini memang sakitlah. Tepat 11.13 malam Nina selamat bersalin anak lelaki seberat 3.46kg. Haha fuhh berat dari yang anak sulung. Alhamdulillah semuanya selamat dan disebabkan wad penuh, Nina ditempatkan di wad sementara di labour room. Dah sampai katil memang tak dapat tidurlah sampai ke pagi. Pagi tu doktor check baby dan Nina. Alhamdulillah boleh discharge petang tu. 

Review mengenai servis dekat Hospital Shah Alam kali ini alhamdulillah selesa sebab dapat wad sementara labour room yang beraircond dan ada 2 orang je, wad bersih, dan staf semua baik je. Hehe dapat pula pesakit sebelah katil yang ramah dan jadi kawan. Makanan ok je dan sedap. Terima kasih semua staf Hospital Shah Alam dan semoga kalian tabah menghadap pesakit lain :D

Cerita sebelum boleh baca di entri lain:
PART I
PART II