Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

January 10, 2011

5 tiPs UntUK peLajAr MeMuLAkan pErNiAgaAN SeNdiRi



Anda seorang pelajar di university dan bajet anda adalah terhad? Ditambah pula dengan hutang PTPTN. Tentu membantutkan niat anda untuk mengeluarkan modal bagi mengendalikan perniagaan. Risau sekiranya perniagaan yang dibuat tidak jadi dan duit modal terbang entah ke mana. Oleh yang demikian itu anda perlu perancangan bajet anda untuk perniagaan. Peruntukkan sejumlah wang untuk modal permulaan business anda. Ramai remaja membeli gajet terkini seperti handset,mengubah suai kereta,mengisi minyak motosikal, dan juga membeli rokok. Mereka tak merancang pun untuk beli tetapi  pandai-pandai sendiri untuk cari duit untuk tampung perbelanjaan seterusnya. Ramai pembaca bertanya saya tentang perniagaan internet dan bagaimana mahu mendapat RM melalui internet. Kebanyakan mereka adalah mahasiswa ataupun golongan muda dan tak berapa muda yang ingin memulakan bisnes/bisnes internet/cari duit dengan kos yang rendah. Saya faham dan saya akan kongsikan beberapa tips dalam post ini. Saya juga sama seperti anda,seorang pelajar dan masih muda.


haha aduh npe tb2 nina skema ni. its ok la kn. ok follow tips ni ye..

Jangan Membuat Pinjaman


Anda jangan sesekali meminjam duit pihak ketiga untuk menjalankan business anda. Berhutang akan meningkatkan risiko anda. Katakan anda pinjam duit dari rakan dan anda tidak dapat memulangkan semula wang tersebut kerana business anda masih belum membuahkan hasil. Keadaan ini lambat laun akan menyebabkan kedua belah pihak bertelagah. Pengalaman mengatakan anda akan lebih bertanggungjawab jika menggunakan duit sendiri untuk perniagaan anda.Anda akan berusaha lebih untuk mendapatkan semula modal yang anda laburkan. Sebabnya kita lebih ingat duit yang kita laburkan berbanding duit yang kita pinjam dari orang.

Peruntukan yang tetap untuk modal


Mengikut Pengurusan Kewangan dan Kredit Malaysia,anda perlu memperuntukkan simpanan dahulu sebelum membelanjakan wang selebihnya. Selalunya kita akan berbelanja dahulu dan lebihan akan dijadikan simpanan. Sama juga situasinya,anda perlu mengambil sejumlah wang yang tetap dari pendapatan anda untuk dijadikan modal sebagai modal untuk business anda. Sekiranya tidak cukup,ambil lagi di bulan hadapan. Dan begitulah seterusnya. Anda perlu berdisiplin dalam menguruskan wang anda kerana perancangan kewangan ini tidak diajar di sekolah. Anda yang menetapkan sendiri perbelanjaan untuk diri anda. Katakan RM100 setiap bulan untuk menjalankan perniagaan anda. Jadi hanya gunakan 100 sahaja untuk bulan itu. Jika tidak mencukupi,tunggu bulan hadapan. Jangan anda ambil peruntukan bulan hadapan dibawa ke bulan ini. Anda akan terperangkap dalam jerat hutang yang anda sendiri cipta.

Aset perlu cair


Katakan anda memiliki aset beku seperti sound system,buku rujukan,jam dan lain-lain gadget yang sudah tidak digunakan,anda boleh menjualnya untuk mendapatkan sumber modal tambahan. Sekiranya barangan seperti jam yang branded,boleh dijual di e bay dan pulangannya adalah berlipat ganda. Buku rujukan,sound system dan seluar jeans tu lebih baik tolak kepada rakan untuk mendapat asset cair. Kalau jual di pasaran terbuka,harga yang diberi tak setimpal. Apa itu aset beku dan apa itu aset cair? Asset beku adalah nilai yang susah untuk anda menukarkan barangan itu kepada sesuatu yang lain. Contoh,anda ada 30 ekor kerbau yang bernilai RM70k. Dengan kerbau itu anda tidak boleh membeli kereta Waja. Sudah tentu tidak diterima kan. Itulah aset beku. Aset cair adalah sesuatu yang anda miliki adalah mudah untuk mendapatkan sesuatu yang lain. Contohnya adalah seperti wang. Dengan RM10 anda dapat membeli 1kg tenggiri merah dengan mudah. Dengan saham anda dapat memegang pengurusan eksekutif syarikat.

Masa: part time or full time?


Sebagai student, masa adalah amat bernilai. Anda perlu tumpu kepada dua perkara. Perniagaan anda dan pengajian anda. Mana yang lebih penting? Tepuk dada tanya selera. Bagi saya kedua-duanya berkait. Dengan perniagaan anda dapat menampung yuran pengajian anda manakala dengan ijazah anda dapat menjamin masa depan anda. Tumpukan pada study dahulu sebenarnya. Tetapi bagi saya dengan mendapat hasil melalui perniagaan akan membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar. Buatlah jadual untuk membahagikan masa anda untuk perniagaan dan pengajian anda. Kebiasaannya Internet Marketer melibatkan diri sebagai part time sahaja. Mereka menumpukan kepada pengajian terlebih dahulu. Beberapa nama IM yang masih belajar tetapi memperoleh pendapatan sampingan dari internet. Ada juga yang melibatkan diri full time walhal  dia sepatutnya berada di IPT. 

Model Perniagaan


Pemilihan model perniagaan juga perlu diambil kira sekiranya anda seorang pelajar. Mengapa? Anda seorang mahasiswa mesti mempunyai jadual kuliah dan jadual aktiviti yang telah ditetapkan. Hal ini akan membataskan pergerakan anda. Pergerakan yang terbatas,jadual kuliah,faktor masa dan juga perhubungan akan memberi kesan kepada model perniagaan anda. Takkanlah anda nak buat business wakil insuran yang memerlukan anda bergerak sana sini untuk mencari prospek. Seeloknya perniagaan yang berkonsepkan SOHO iaitu Small Office Home Office. SOHO memungkinkan anda menjalankan perniagaan di dalam bilik tidur anda sahaja tanpa perlu berjumpa orang,menghantar barang dan bermesyuarat.Pilih model perniagaan yang memudahkan anda dan sesuai dengan fleksibiliti jadual masa anda sebagai seorang mahasiswa. Peringatan terakhir,jangan meminjam untuk memulakan business anda kerana jika anda tidak menjadi TUAN kepada DUIT,maka anda terpaksa menjadi HAMBA kepada HUTANG.


ok selamat mencuba ! n semoga berjaya ye ! :)

6 comments:

  1. nina.... ssh nk bc la gne background tu... tp menarik input ni.. nk bc kne highlight dlu br nmpk...

    ReplyDelete
  2. Nak berniaga kena atur strategi baik punya. Salah langkah nanti lepas 1 bulan operate, tutup. Haih~

    Entri terbaru Shag : Ana Rafali tak patut menang AJL25!!

    ReplyDelete
  3. shag: aah btol2. bkn sng. kne plan btol2 nye..

    ReplyDelete
  4. nice one dear.bulan pun wat business skng.ehee
    ssh sket nk bace yg bunge2 tue

    ReplyDelete
  5. hehe thnx. owh yeke bgs2..
    em ni pn da tkr da background die
    ok ninacri yg len ye
    sori . hehe

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.