Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

March 8, 2011

DoA pELiNdUng DiRi

hey sume. hari ni nina nak share doa untuk pelindung diri & keluarga. em doa ni penting tau. korang kena amalkan selalu. insyaALLAH sume nya akan selamat. meh meh baca ni..

Doa Pelindung Diri dan Keluarga

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.


Daripada Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Syeikh Syuaib : Hasan, Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"

Petua Beramal:

  1. Doa ini dibaca 3 kali di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan. Jika dibaca 3 kali di waktu maghrib, insya-Allah sepanjang malam Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan.
  2. Bila hendak pergi ke suatu tempat yang berisiko/merbahaya, tempat kerja, bermusafir, balik kampong, hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7 kali.
  3. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7 kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
  4. Lazimkan juga membaca surah al-Fatihah & ayat Kursi setiap kali selepas solat 5 waktu.

"...hanya padaMu sahajalah kami SEMBAH, dan hanya padaMu sahajalah kami mohon PERTOLONGAN" (Al-Fatihah, ayat 5)

3 comments:

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.