Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

April 29, 2011

bUdAk bEngoNG!!

selamat tengahari sume. salam jumaat.. ni ada budak gila mana tah cakap nina BODOH lagi. semalam nina ada postkan pasal budak si AINA tah datang dari mana tiba-tiba kata nina BODOH. ha ni die post kat shoutbox nina pun dia cakap nina BODOH. hey apa kejadahnya la budak ni.. nina pun tah tahu apa maksud budak ni..
sedap-sedap mulut dia je nak cakap orang BODOH!! sabar jela. dah hari ni hari jumaat. kalo nina doakan tak baik-baik untuk KAU habisla KAU AINA! aku ni dah kira dianiayai. doa untuk orang macam AKU cepat dimakbulkan.. KAU pe hal sebenarnya ha!!!! KAU tak puas hati dengan AKU cuba cakap! ni tak pakai cakap je orang BODOH! mak ayah KAU tak ajar ye.. ish3 kesian KAU ek..

April 28, 2011

AdA oraNg CaKaP niNA BODOH???

selamat pagi korang. hey nina panas ni. pagi-pagi je dah ada orang cakap nina BODOH. hello?? u siapa nak cakap nina bodoh ni. dah la tiba-tiba datang blog orang. tak bagi salam tak apa ke. ni main terjah kata nina bodoh. apa yang BODOH sangat tu sampai KAU cakap nina macam tu ha??? 
ha korang nampak yang nina letakkan dalam box merah tu? ha biar nina tayang sikit nama tuan yang cakap nina BODOH tu. suka hati dia je. nina tak tahu apa-apa dah kata nina bodoh. ee tension betul. sabar jela. nina ni dah kira baik dah tak menyumpah KAU tau tak? sebab nina ni tengah final. malas nak ambil port sangat. kalau tak tak tahu la nina nak buat apa. 

p/s : kepada AINA tak tahu hujung pangkal siapa tah budak ni, siapa KAU nak cakap nina ni BODOH!!! my parents pun tak pernah cakap nina BODOH. apa tah lagi KAU. KAU dah cerdik sangat ke sampai nak panggil nina ni BODOH ha!! fikir-fikirla dulu sebelum nak cakap tu. nasib baik KAU tak tinggalkan link. macam tau-tau. kalau AKU jumpa KAU aku pula nak cakap KAU bodoh. KAU sakit hati tak ha??? sengal!!!

April 27, 2011

Tutorial Center Post Title & Sidebar

hey sume selamat petang. nina baru balik dari exam ni. hehe ok teruskan dengan tuto kita hari ni. ni sebenarnya diminta oleh adik eiqah. sori ye lambat akak ajar tuto ni. yela tengah final exam. harap adik pun fahamla ye. ok mari kita start..


1) Dashboard-->> Design-->> Edit HTML-->> Tick expand widget template
2) Ctrl+F and search this code
h2 {
3) Pastu copy and paste code ni di bwh code h2 { tadi
text-align:center;
4) Then search code di bwh pula..
h3.post-title, .comments h4
5) Pastu copy code di bwh and paste di bwh code step 4 tadi
text-align:center;
6) Dah puas hati Save! :)

ha kan dah siap. cantik dah :)


April 26, 2011

Contest Alya: Aku Dan Alam

hey tak nak banyak cerita nina join contest ni. nina ditag oleh ro'a. thanks :) contest ni dianjurkan oleh alya.
syarat-syaratnya ialah:
1- mestilah menjadi follower Alya.
2- buat satu entry pasal contest ni..jgn lupe letak banner diatas dan link kan terus pada blog Alya.
3- letak tajuk entry - CONTEST ALYA : AKU DAN ALAM.
4- letakkan gmbr yg bertemakan dgn alam semulajadi, contohnya gambar korg dkt sawah padi ke, gunung ganang, sungai etc dan yg penting mesti ada gmbr korg terpacak dekat situ !
5- contest terbatal jika peserta bawah 30 orang!
6- tarikh tutup 30 April 2011.
7- tag pada 5 org blogger dan pastikan mereka tahu mereka telah ditag.
8- letak URL entry pasal contest ni pada comment box di bwh..jgn letak pada shoutbox!
nina pertaruhkan pic ni..
-
-
-
-


taraa.. ok tak pic ni? hehe harap cik alya memlilih salah satu pic ni ye :) pic ni nina paling suka sebab memang memotifkan alam semulajadi. pic ni kat sabah dulu. sangat cantik tempat ni tau. hehe ok last sekali nina tak tahu nak tag siapa. nina tag sume ye yang baca. jom join ye :)

April 25, 2011

3 mOrE onLY!

hey sume. wah setelah penat study.. cewah! haha yela nina tengah final sekarang ni. paper seterusnya hari rabu ni. lagi tinggal 3 lagi! sangat tak sabarnya la.. hehe nak cuti pula. tapi tak lama. tak sampai sebulan pun. tapi tak pela. janji ada cuti boleh rehat-rehatkan minda. haha korang macam mana pula? btw gud luck ye pada yang tengah musim exam ni macam nina. hehe sama-sama la berjuang ye.. :) sabar ye kawan-kawan sume. bila nina dah cuti sem selalula nina update kat blog ni tau. tunggu..

April 24, 2011

AkHiRnyE kaU sUdAh mEnjAdi miLiK oRaNg!

hai sume. selamat malam. hehe dengar cerita tak ada seorang artis ni baru-baru ni dia dah jadi milik orang. hehe bak kata orang bertunangla.. belum lagi berkahwin.. hehe tau? ha tau bagusla... siapa yang tak tahu lagi ha meh nina beritahu siapa.. ala pelakon jadi ustaz tu.. hehe watak dia berlakon sume warak-warak gitu. ha dapat teka da? hehe bagus-bagus. korang ni memang bijak bestari la... ala ada yang tak dapat teka la siapa. hehe meh meh nina tunjuk pic dia ye.. 




ya inilah pic sepanjang majlis bertunang beliau dengan pasangan. ha korang tau da kan.. hehe saja buat gimik je. hehe comel kan pic diorang ni. untunglah ashraf muslim dapat dayana.. hehe pelakon ashraf muslim, 30 tahun telah selamat bertunang dengan noor dayana hj lokman di rumah dayana di gombak. majlis pertunangan berlangsung pada jam 9.25 pagi semalam dan telah disiarkan dalam rancangan nasi lemak kopi O di TV9 pukul 9.45 pagi. hehe tahniah! hehe kepada kawan nina yang minat sangat ashraf jangan sedih-sedih ye.. walaupun dia dah kahwin tiha tetap minat kan.. hehe 

April 22, 2011

aKu Ad iNsOmNiA kE??

hey sume. selamat pagi. aduh pagi ni nina tak ada tidur yang berkualiti la. geram betul! biasalah persekitaran yang bising. nina ni jenis tidur bila terdengar sesuatu terus jaga. nina bukan macam orang lain tidur mati. tu yang bila orang cakap je macam kacaulah nina tidur. tensen pun ada juga. tolonglah respect sikit. tapi nak buat macam manakan. kita kongsi rumah. aduh! tapi nina ni kategori imsomnia ke ha?? em korang nak tahu apa tu? meh baca fakta ni.. menarik juga tau..
Apa itu insomnia? 
Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.

Tahap insomnia

* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.
* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.
* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

Jenis insomnia

* Insomnia primer - Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
* Insomnia sekunder - Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.
A. Psikiatri 
* Masalah kemurungan, skizofreniaB. 
B. Bukan psikiatri 
* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala
* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)
* Epilepsi
* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati
* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam
* Penyakit Parkinson
* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitusejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku
* Rest leg syndrome
* Pedih hulu hati
*High altitude insomnia
* Angin ahmar
* Penyakit Alzheimer
* Ketumbuhan otak
* Migrain

Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:

* Insomnia akut
Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:
a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah
b. Sakit yang ringan
c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,
d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.
* Insomnia kronik
Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.

TIP

* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
* Elakkan tidur pada waktu tengah hari
* Melakukan senaman dengan kerap
* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
* Jangan merokok
* Belajar menangani tekanan
* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur (em nak dapat persekitaran macam ni la susah sikit. sabar jela.. susah ada orang nak faham kan..)
daripada fakta atas ni nina boleh juga kategori sebagai insomnia.. aduh! macam mana ni? tak boleh nak dielakkan lagi lah..

eDit blOg..

hey sume. aduh letih nina. haha bukan apa dah berapa jam menghadap lappy ni edit blog. hehe comel tak? haha perasaan pula. act nina dah banyak ubah da. kalau korang perasaanla. header nina tukar, cursor tu, cbox nina tu.. apa lagi ye. ha tak lupa ada riben kat tepi blog nina ni. hehe saja nak letak bagi comel lagi. huhu berbaloi la nina tukar banyak kali ni. nak bagi puas hati tengok blog ni. last-last taraaa.. ni la hasilnya setelah bertungkus lumus buat. wuawuawua.. hey nina ni tak sedar diri dah la tengah final exam ni. sempat lagi nak mengedit-edit ni. act ni la masa rehat nina. esok tak de exam. hari sabtu ada balik. hehe tu yang edit tu. tapi nina puas. korang macam mana pula? ok tak? hope korang still lagi bw sini tau. jangan tak datang pula. nina ubah sikit je. tapi tuan & ceritanya tetap sama.

Taylor Swift Pic

huhu nina still menggunakan konsep swifties. yeah! peminat ku taylor swift la. hehe comelkan dia. lawa pula tu. lagu-lagu pun sodap! hehe ok la. nina nak layan swift ni. jom korang layan cerita & nikmati lagu speak now ni.. hehe selamat malam.. :)

April 21, 2011

AIS280 - DoNe!

hey semua. em nina tadi ada paper AIS. ops lupa AIS tu kod pada subjek computerized accounting. em pasal komputer-komputer ni. wah sangat seronok bila paper 1st hari ini dah settle. em tinggal lagi 4 paper nak habis untuk sem ni. hehe suka suka ! setelah penat lelah study subjek ni. cewah ! tak boleh bla ayat aku ni. hehe em tapi tadi nina lupala. padahal baru baca. ee tensen betul. geram je tengok paper tadi. nina tahu tapi tak ingat. biasalah bila dalam dewan. gabra lebih. tu yang lupa tu. hehe tapi tapi 80% la nina boleh buat. alhamdulillah.. syukur sangat. tapi risau subjek yang lain. susah.. aduh !


em kena study ni ! btw gudluck ye pada yang exam juga macam nina ni.. hehe

April 20, 2011

Tutorial Center Header

hey selamat malam semua. tadi nina check email nina ada adik eiqah ni minta tolong macam mana nak centerkan header dia. ok meh nina ajar ye..

CARA PERTAMA

1. Dashboard -->> Design -->> Edit HTML
2. Tekan Crtl + F , dan cari kod kat bawah ni :
/* Content
3. Copy kod kat bawah ni , then paste ATAS kod yang korang carikan tadi tu .
.Header img {
margin-$startSide: auto;
margin-$endSide: auto;
}
dah puas hati save la ye !

CARA KEDUA

1. Dashboard -->> Design -->> Edit Html
2. Tekan Crtl + F , dan cari kod kat bawah ni :
#outer-wrapper {
3. Pastu , bawah kod yang korang carikan tadi tu , ada kod ni kan :
background:#FFFFFF;
width: 1000px;
4. Maknanya , outer wrapper tu 1000px taw . korangnya tak tahu lah . Adjust lah saiz anda nak tu .
5. Tapi , tak siap lagi ni . Then , korang cari pulak kod ini :
#header-wrapper {
6. Dah jumpa? Pastikan width dekat header dengan outer wrapper tu sama . So korang punya header akan jadi center la .

dah puas hati save la ye ! :)

April 19, 2011

FiLem SeKaLi lagi..

hey hey semua. em nina hari ni nak post pasal filam sekali lagi.. ha korang pernah dengar filem tu tak? hehe mesti ramai yang menanti filem ni kan. nina pun sama. yela filem ni macam best je. tambah-tambah lagi pelakon dalam filem ni menyerikan lagi. hehe nak tahu siapa? meh tengok poster ni dulu..
ha dah tahu kan siapa pelakon dia.. hehe tak sabarnya la nak tunggu filem ni. nak tengok mia berlakon. sangat comel kan. ada lisa lagi.. hehe 
3 pelakon utama ni sangat dinantikan oleh semua orang. bila dah ditayangkan di pawagam mesti pecah panggunglah.. gelagat si mia ni mesti mencuit hati ramai orang. famous mia ye. kecil-kecil dah pandai berlakon. meh tengok trailer dia pula..


 ni sinopsis cerita ni..
Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Segalanya terjawab dalam filem romantik indah lakonan mantap SHAHEIZY SAM, LISA SURIHANI, MIA SARA NASUHA dan BRONT PALARAE di pawagam!
comekan mia. em sedihkan pula tengok sebab kita tak tahu apa cerita sebenar. hehe nak tahu ha jangan lupa 30 Jun ni tau :)

April 18, 2011

PeRsEdiAaN dALAm LanGkAh2 MeNgHaDaPi PePeRikSaAn

hello semua. selamat petang. hehe ha nina tengah study ni. tapi berhenti jap. nak rehat. sambil tu on9 la. nina hari khamis ni final exam. wuawua.. takutnya.. sekarang tengah deman exam kan. rasanya ramai kot yang ada exam lagi terutamanya budak u or kolej macam nina ni ha. so petang-petang yang indah ni nina nak share dengan korang tips sedikit. mana tahu berguna ke pada korang kan. cewah! meh baca..

PERSEDIAAN ASAS

1. Semangat Yang Tinggi
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4. Ulangkaji Berterusan
5. Keyakinan Diri
Di dalam menghadapi peperiksaan, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa.
Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :-
1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?
3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?
UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL
Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan nanti. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian /peperiksaan.
Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-
a) Kurang memahami apa yang diajar
b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.
c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.
KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN
Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :-
a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.
b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T.
BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR
  • Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.
  • Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.
  • Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.
  • Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya.
  • Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.
  • Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
  • Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya.
Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika dia mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul. Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza, janganlah meniru gaya belajar orang lain yang tidak sesuai dengan kita. Nota ini sebagai panduan sahaja, ubahlah ia agar sesuai dengan teknik dan cara anda sendiri. InsyaAllah kejayaan itu milik semua :)
gudluck to all candidates && wish me luck ok?

April 17, 2011

SeTeLAh 2HaRi Tak oN9..

hey hey sume. apa khabar? ha dah lama tak jumpa kan. hehe rindu tak? ececeh malu pula nak mengaku ye. act weekend nina balik kampung. tak de broadband nak on9. so sorry la ye tak reply mesej korang kat shoutbox nina ni. hari ni baru la nina on9 sebab dah balik umah sewa kan. esok nina nak pergi kolej. katanya lect nak buat kelas tambahan b4 nak exam 21hb ni. wah sangat takut! final exam ni. then nina cuti sebulan cuti sem. sebulan je kan. sekejap je. pastu nina nak settlekan hal mara kat kolej yang tertangguh last week. apa-apa pun nina tak aktif lagi ye. sebab nak exam ni. lepas exam insyaALLAH kalo nina tak bz nina kembali aktif seperti biasa la ye. hehe ok? teruskan bw blog nina ye & follow sekali... :)

April 14, 2011

Tutorial Back to Top

hey sume. selamat malam. malam ni nina nak ajar korang buat back to top. ini permintaan dari adik sarah. hehe ok adik ikut ye step akk ajar ni..

untuk pengguna TEMPLATE LAIN

1. pergi Dashboard => Design => Page Element => Add Gadget => HTML/JAVASCRIPT

2. copy code ni di bawah dan pastekan dekat ruangan HTML/JAVASCRIPT
<a style="display:scroll;position:fixed;bottom:5px;right:5px;" href="#" title="Top"><img src="URL ICON?t=1287452175" /></a>
URL ICON to tukarlah pada pic korang suka. ambil direct link tau. 


2. preview & save!


untuk pengguna CLASSIC TEMPLATE/BLOGSKIN

1. dashboard --> template--> edit HTML

2. tekan CTRL+F untuk search code </html>

3. jumpa? ok lepas tu korang copy code dekat bawah ni dan pastekan dekat ATAS code </html>
<a style="display:scroll;position:fixed;bottom:5px;right:5px;" href="#" title="Top"><img src="URL IMAGE" /></a>
4. preview & save!


Bloglist Biela

hey petang sume. nina join bloglist beela. thanks biela ajak join. jom ramai-ramai join.. mesti meriah blog biela nanti. yahoo! hehe


syarat-syaratnya ialah:
1) buat 1 entry bertajuk "bloglist biela"..
2) letak banner kat atas ni dalam entry tersebut dan linkkan terus ke entry ni.. 
3) letak banner ni di sidebar kalau rasa2 nak letak.. kalau x mau letak, x pa.. 
4) komen sikit pasal tuan blog ni.. 
5) dh siap, tinggalkan url entry anda di ruang komen tuan blog ni..
6) sila nyatakan anda perempuan @ lelaki semasa tinggalkan url entry anda di ruang komen nanti..
ok nak komen sikit pasal blog biela. hehe alamak tak tahu la nak komen apa. sangat comel tambah lagi kat header tu. hehe penyeri blog biela. simple je. pinky gitu. suka la tengok blog biela. susunan sume kemas :)

LiNe tEnEt!!

aduh nina tension betul la line tenet nina sekarang ni. makin slow. dulu-dulu laju. maybe dah ramai sekarang ni guna P1MAX ni ha. tapi kadang-kadang ok pula line. kadang-kadang slow gila B***. sakit hati betul. tengah nak bw blog orang nak update blog sendiri pun lambat loading. kacau betul la orang nak wat keje. hey geram pun ada. macam tiap masa je slow. kalo sekali sekala tak pe. kteorang dah bayar dah tiap bulan. diorang la ni tak upgrade diorang punya service. yang pengguna pula yang terpaksa menanggung stress. 
tolonglah!!! laju sikit line tu!!!

April 13, 2011

Jom Join Give Away Aimi !

hehe yeah kena tag dengan adik ceah. baru je kenal tadi. thanks adik :)

da lama tak join GA ni. meh korang join..
syarat-syaratnya korang klik sini la ye... hehe

nina tag rara & alia :) 

MaRa Oh MaRa!!

malam sume. aduh nina letih ni. lenguh kaki lenguh badan. yela tadi lepas kelas nina terus pergi pejabat mara dekat jalan raja laut. ala dekat dengan sogo tu. ada hal nina kena settle pasal pinjaman nina. pening pening dengan mara ni. kes nina ni silap setting tarikh habis nina belajar. sepatutnya nina habis tahun 2012 tapi dalam data kat mara tadi 2011. patutla nina tak dapat duit yuran pengajian tu. selalu tak macam ni tapi sem ni nina tak dapat. tu yang pelik tu. hari tu jumpa la staff mara dekat kolej nina then diorang suruh nina pergi pejabat kewangan. nina pergi la then orang tu cakap diorang tak masuk campur dah dengan mara. so nina berurusan dengan mara jela. tu yang nina pergi pejabat mara dekat jalan raja laut tu. pergi je tadi dah la procedure dia leceh. tungu orang tu. tanya la pasal problem nina ni. then dia suruh pergi settle kat kolej dulu sebab masalah setting tahun habis belajar. maybe kolej salah settingkan tarikh tu. 
aduh! tensen betul la macam ni. kolej suruh pergi mara, mara suruh pergi kolej. ok nina akan settle kan dekat kolej. if tak selesai juga tak tahu nak kata apa la.. pening betul la.. credit to qjey sebab tolong teman tadi :) letih ikut dia shopping but happy :)

April 11, 2011

KeNali DiRi DaRi TAriKh laHiR

selamat malam sume. hehe jom kenali diri anda dari tarikh lahir.. kena kira-kira sikit malam ni ye. biar otak korang berjalan. hehe

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.. 
1. Pemimpin 
2. Lembut 
3. Kemas (Cerewet) 
4. Rajin 
5. Boleh berbincang 
6. Angin 
7. Patuh 
8. Bisnes 
9. Glamour 

Contoh: 20 05 1981 
20 hb --> 2 + 0 = 2 
Maka kotak pertama adalah 2.. 

Kemudian campurkan kesemua nombor.. 
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26 
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti : 
26--> 2 + 6 = 8 
Maka kotak kedua adalah 8.. 

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua 
2 + 8 = 10 
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi 
10--> 1 + 0 = 1 
Maka kotak ketiga ialah 1.. 

hasilnya.. 
2 : Lembut 
8: Bisnes 
1: Pemimpin 

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

selamat mencuba! ha da try buat tu kongsi la dengan nina ye :)

sEdiH..

hey semua. nina tak de mud da nak post entry. nina sedih.. yela bila nina perlukan orang, bila nina susah tak de sape yang hulurkan bantuan. sedih gila. terasa yang amat sangat. bila orang lain susah ada je hulurkan bantuan. kenapa jadi macam ni? sebab nina tak de geng macam korang ke? sebab nina selalu sorang-sorang kan.. tu yang korang tak nak tolong nina. kebetulan korang cancel kata nak teman nina la.. its ok la. nina terima alasan korang tu. tapi bila nina minta tolong orang lain tak de pun nak tolong juga. habis kalau korang susah nina tolong je.. bukan nina nak ungkit tapi terkilan sangat. ye mybe nina bukan macam orang lain. 


masalahnya dari dulu sampai sekarang nina selalu jadi macam tu. kenapa? apa salah nina kat korang ha? em rasa nak nangis da. petang ni sepatutnya nina pergi pejabat mara. tapi tak de sorang pun nak teman. bukan nina tak boleh pergi sorang-sorang. nina boleh je. da biasa da sorang. tapi 1st time pergi sana. nina tak berani la. perlukan kawan untuk teman. tengokla karang still tak de orang nak teman or ada. sampai hati korang buat nina macam ni... bukan ari ni je nina terasa. da lama da nina terasa tapi nina tahan je. sabar je. korang pun maybe terasa dengan nina juga.. kadang-kadang kalau nina tak de mud dengan korang tu maknanya nina terasa la tu.. tak pela korang.. terima kasih la jadi kawan nina ye :(

April 6, 2011

KaWAn MakAn kaWaN..

hey sume. apa khabar? sihat? hehe hope sihat-sihat jela ek. boleh bw kat blog nina ni. hehe act nak nak tanya korang la kan apa korang rasa dengan title post entry nina kali ni? korang pernah alami? ha.. meh gosip gosip dengan nina. hehe cewah! hehe mehla share dengan nina. lepaskan geram ke.. disini la tempatnya ok? act kes ni ada je mana-mana. nina pasti mesti antara korang memang pernah alami. nina pun pernah juga. sakit hati tau. gila la. kalau ikutkan hati nak je tampar muka dia tu. ingat cantik sangat.. amboi.. sedap-sedap dia je kan. kalau dia anggap nina ni kawan tak kan buat perkara yang kawan makan kawan. kawan pun dah lama kenal pula tu. kalau nak katakan jeles nape pula. masing-masingkan ada kelebihan dirikan. 
aduh ada juga kan kawan macam tu. memang nina remove from my list la. bukan apa tak bolehla tengok or dengar nama dia. nina jadi geram gila kat dia. && kemarahan yang lama kembali balik. aduh! nina tak tahu la macam mana nak mengelakkan dari marah tu datang. bila dia dah buat nina marah memang nina payah nak maafkan. pe lagi kalau benda tu memang menyakitkan hati. act nina tak nak mention sape dia && tak nakla cerita apa dia buat kat nina. nina tak nak kecoh-kecoh. nina ada rasa bertimbang rasa lagi la. tapi kenapa dia tak macam tu? em.. sedihkan... tapi nak buat macam mana. benda dah berlaku. kalau boleh memang nina tak nak bertembung langsung dengan dia. kalau ada reunion memang nina senyap je. dah malas dah. tak de mood la bila tengok muka dia. hehe nina suka protes dalam diam je. haha jahatkan.. biar dia terasa nina tak suka bila jumpa dia. haha sebab nina senyap je. eleh tapi nina rasa dia tak de perasaan pun. yela dah kawan makan kawan kan mana ada perasaan. betul tak? ok la sampai disini je nina dapat share. tak boleh lebih-lebih. nanti mengaibkan pula kan. if korang nak share dengan nina boleh je. menjadi telinga korang tau. :)

April 5, 2011

TanDa2 LeLAki mErAJuK && TiPs UnTuK mEmuJuk

petang sume. hehe hujan disni. sejukla. line tenet pun slow. anda macam mana pula? hehe btw nina nak share tnentang tanda-tanda lelaki merajuk. ha korang pernah alami? nina? hehe mestila pernah alami macam ni dengan bf nina. ha meh meh baca ni. && nina share tips untuk memujuk lelaki..
1. Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
2. Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
3. Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la.. lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )
4. Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)
5. Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
6. Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
7. Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
8. Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
9. Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun... 
&& tips memujuk pula..
1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya. 
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan 
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda 
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari internet, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.
ok done! :)

April 4, 2011

MeNaNg!!

yeah yeah nina menang lagi. hehe thanks to eza sebab pilih nina. eh eh lupa pula nak bagitahu korang yang nina menang dalam contest ni..
hehe tak sangka nina menang lagi. haha terima kasih terima kasih.. && nina dapat hadiah.
hadiah??? haha act hadiah ni bukan hadiah yang nina menang hari tu. ni lain sikit. hehe nak tahu? ha meh meh tengok ni.. taraa...
-
-
-
-
-
create your own banner at mybannermaker.com!
haha comel kan. simple je. ada bling bling gitu. haha i like! ni la hadiah yang nina dapat. lain daripada lain. selalu orang bagi hadiah kan. ni tak. eza bagi award kat nina. thanks eza! :) nanti buat contest lagi ajak nina tau. hehe tag nina ke.. nina suka join contest.. ok daa...

JeNiS-jEniS LeLaKi & HadiAh YanG SeSuAi

korang tak tahu nak bagi apa kat bf atau kat siapa-siapa jela yang bergelar lelaki. sebenarnya lelaki boleh digolongkan dalam beberapa kumpulan antaranya lelaki manja, lelaki macho, lelaki aktif, berjiwa seni dan lelaki sensitif. mari kita kaji kenis-jenis lelaki & hadiah apa korang patut beli.. hehe 

LELAKI MANJA
1. Jangan terkejut kalau ada lelaki yang suka teddy bear. Terutamanya yang manja dan berjiwa sensitif. Bagi mereka memeluk teddy bear terutamanya yang bersaiz besar boleh diumpamakan seperti memeluk si buah hati. Paling kurang pun patung tweetie.
2. Ada juga yang gemarkan barangan seperti gemarkan pakaian (seluar, t-shirt dan lain-lain)
3. Kadang-kadang, lelaki jenis ini sukakan pemberian berupa CD lagu-lagu romantik contohnya nyanyian dari Celine Dion (Because You Loved Me)
4. Perfume juga antara berangan yang paling disukai oleh lelaki jenis manja. Haruman yang semerbak boleh membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan.
5. Kad-kad muzikal yang berbaur cinta mampu membangkitkan nostalgia walaupun tanpa diiringi oleh hadiah yang berharga. Itu sudah cukup memadai asalkan pemberian itu benar-benar ikhlas.


LELAKI MACHO

1. Lelaki macho pula sukakan pemberian yang berunsurkan kejantanan seperti jaket kulit, tempat abu rokok, tali pinggan kulit, memetik api, helmet, beg sandang dan lain-lain. 
2. Bagi lelaki yang suka menunggang motosikal berkuasa tinggi, hadiahkan mereka helmet berjenama Harley Davidson tentu mereka suka. 
3. Ataupun hadiahkannya pemetik api yang berjenama. 
4. Bagi anda yang berkemampuan bolehlah hadiahkannya telefon bimbit selepas itu suruh mereka telefok kamu setiap malam atau….morning call! 
5. Sesakali carikannya model kapal terbang atau jet pejuang jenis B2 S117 Stealth fighter, S118 Hirnet, S14 Tomcat, helikppter longbow Apache dan sebagainya. 
6. Bagaimana pula dengan kaca mata hitam? Tentu anda akan nampak lebih macho dengan cermin mata jenama Ray Ban…itupun jika mampu.


LELAKI BERJIWA SENI
1. Mereka ini lebih sesuai jika diberi kotak muzik yang mempunyai instrumental yang lembut.
2. Kaset atau CD yang mengandungi aluan irama yang lembut dan menhasyikkan. Terutamanya macam lagu cinta ataupun hanya muzik ombak sahaja.
3. Lagu-lagu yang diilhamkan oleh pemuzik Jepun Kitaro juga mampu membuatklan sidia terasa tenang dan ingat pada kamu.
4. Rasanya….hadiah berupa sehelai sapu tangan dan sekeping foto sudah cukup memadai untuk hadiah lelaki seperti ini.
5. Tunjukkan lagu dan ucapan melalui rangkaian radio. Ini membuatkan jiwa lelaki ini semakin romantis.
6. Lelaki yang berjiwa seni ini ada kalanya begitu sensitif dengan apa yang diluahkan, jadi apa kata sesekali berikan ungkapan I LOVE YOU sebagai hadiah iringan dihari-hari tertentu.

LELAKI AKTIF
1. Lelaki seperti ini lebih gemar barang-barang seperti dompet, tali pinggang, kasut sukan dan barangan sukan.
2. Topi juga sesuai untuk mereka yang aktif bersukan.
3. Jam tangan berjenama juga pemeberian yang sesuai untuk mereka yang aktif bersukan. Waktu itu emas! Sekurang-kurangnya akan melihat jam itu setiap kali ada temu janji.
4. Pil vitamin sesuai untuk menambahkan stamina badan.
5. Seluar sukan berjenama terkenal huga antara barangan yang mereka suka.
6. Walkman juga antara hadiah sesuai untuk mereka jenis ini.
LELAKI SENSITIF
Opss!! Susah juga lelaki yang berjiwa sensitif begitu halus perasaannya. Baginya setiap pemberian yang diberikan itu mempunyai maksud yang tersirat.
1. Hadiahkan lelaki sebuah diari. Lelaki biasanya suka menulis dan akan meluahkan perasaannya iyu didalam diari tersebut.
2. Lelaki jenis ini lebih kurang sama dengan lelaki jenis berjiwa seni dan manja. Pemberikan berupa CD dan kad ucapan juga adalah antara pemberian ung sesuai.
3. Berikan mereka madah-madah cinta untuk membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan..Isya-Allah boleh berkekalan ke anak cucu.
4. Bagilah buku..supaya mereka boleh mengisi masa lapangya dengan membaca.

 selamat membaca & mencuba!