Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

April 22, 2011

aKu Ad iNsOmNiA kE??

hey sume. selamat pagi. aduh pagi ni nina tak ada tidur yang berkualiti la. geram betul! biasalah persekitaran yang bising. nina ni jenis tidur bila terdengar sesuatu terus jaga. nina bukan macam orang lain tidur mati. tu yang bila orang cakap je macam kacaulah nina tidur. tensen pun ada juga. tolonglah respect sikit. tapi nak buat macam manakan. kita kongsi rumah. aduh! tapi nina ni kategori imsomnia ke ha?? em korang nak tahu apa tu? meh baca fakta ni.. menarik juga tau..
Apa itu insomnia? 
Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.

Tahap insomnia

* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.
* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.
* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

Jenis insomnia

* Insomnia primer - Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
* Insomnia sekunder - Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.
A. Psikiatri 
* Masalah kemurungan, skizofreniaB. 
B. Bukan psikiatri 
* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala
* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)
* Epilepsi
* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati
* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam
* Penyakit Parkinson
* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitusejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku
* Rest leg syndrome
* Pedih hulu hati
*High altitude insomnia
* Angin ahmar
* Penyakit Alzheimer
* Ketumbuhan otak
* Migrain

Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:

* Insomnia akut
Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:
a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah
b. Sakit yang ringan
c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,
d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.
* Insomnia kronik
Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.

TIP

* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
* Elakkan tidur pada waktu tengah hari
* Melakukan senaman dengan kerap
* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
* Jangan merokok
* Belajar menangani tekanan
* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur (em nak dapat persekitaran macam ni la susah sikit. sabar jela.. susah ada orang nak faham kan..)
daripada fakta atas ni nina boleh juga kategori sebagai insomnia.. aduh! macam mana ni? tak boleh nak dielakkan lagi lah..

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.