Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

May 20, 2011

TiPs PeNjAgAaN bAhAgiAn iNtim WaNiTA

hey sume selamat malam. ni nina nak share info mengenai wanita ye. setiap WANITA mesti mengambil serius dalam hal ini..
jika anda tidak mengetahui cara merawat bahagian ini dengan betul, maka ikuti panduan yang diberikan di bawah ini..

SETELAH BUANG AIR BESAR/KECIL
cuci bahagian luar alat kelamin dengan air && sabun. bagi kaum wanita, siram dengan air dengan arah depan ke belakang. ia mencegah kemasukan kuman dari dubur ke vagina. bagi lelaki pula, cukup hanya membersihkannya dengan air bersih.

KEBERSIHAN PAKAIAN DALAM
ganti seluar dalam sebanyak 2x sehari untuk menjaga kebersihan. selain itu pilihlah seluar dalam dari fabrik yang mudah menyerap peluh. jika tidak kulat boleh menempel pada alat kelamin. hindari untuk saling bertukar pakaian dalam dengan orang lain termasuklah dengan ahli keluarga sendiri kerana setiap orang memiliki keadaan alat kelamin yang berbeza.

MENGGUNAKAN TANDAS AWAM
jirus/flush tandas sebelum menggunakannya. ia untuk mencegah penularan jika pengguna sebelum itu adalah penderita penyakit kelamin. gunakan air yang keluar dari paip dan hindari penggunaan air dari baldi takungan kerana menurut kajian air yang bertakung di dalam tandas selalunya mengandungi 70% kulat Candida albicans (penyebab keputihan && rasa gatal pada vagina)

MENJAGA RERAMBUT SEKITAR ALAT KELAMIN
hindari membersihkan rerambut di bahagian kemaluan dengan cara mencabut kerana akan wujud lubang pada bekas bulu kemaluan tersebut && ia boleh menjadi jalan masuk bakteria, kuman && kulat. ia juga turut dapat menimbulkan iritasi && penyakit kulit. disarankan untuk merapikan rerambut ini dengan memendekkan melalui cara menggunting/dicukur. sekiranya dicukur gunakan buih sabun terlebih dahulu && pastikan anda menggunakan pencukur cukur khusus yang lembut dan sudah dibersihkan dengan sabun && air panas. elak dari menggunakan pencukur yang sudah digunakan. bulu-bulu di bahagian ini berfungsi untuk kesihatan alat kelamin. ia digunakan untuk merangsang pertumbuhan bakteria baik yang melawan bakteria jahat serta menghalang kemasukan benda asing ke dalam vagina, menjaga alat kelamin tetap hangat && melindungi dari gesekan.

PEMAKAIAN PANTYLINER
pemakaian patyliner tidak dianjurkan digunakan setiap hari, sebaiknya digunakan ketika keputihan. adalah lebih baik jika membawa seluar dalam ganti daripada menggunakan patyliner setiap hari.

HINDARI SELUAR KETAT
memakai seluar dalam ketat/jean yang terlalu ketat di celah kelangkang menyebabkan kulit sukar bernafas && akhirnya membuatkan bahagian tersebut berpeluh, mudah dijangkiti kulat. pemakaian seluar ketat bagi lelaki pula akan membuat peredaran darah tidak lancar && bahagian sulit mereka iaitu penis serta testis dalam keadaan panas. panas yang berlebihan boleh menurunkan kualiti sperma.

JANGAN MALAS MENGGANTI TUALA WANITA
bagi wanita yang sedang haid, jangan malas mengganti tuala wanita kerana ketika menstruasi, kuman-kuman mudah untuk masuk && tuala wanita yang ada gumpalan darah merupakan tempat pembiakan kulat serta bakteria. ganti setiap 4 jam sekali, 2 3 x sehari/apabila sudah berasa tidak selesa. jangan lupa bersihkan vagina sebelumnya ketika mengganti tuala wanita.

cute5

12 comments:

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.