Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

September 28, 2011

PeTuA KeCantiKaN wAjaH !

hey korang.:face75:baru habis exam tadi. so tinggal lagi satu paper.:face42:wah seronoknya..


nak jadi seperti peminat nina ni:120:ok sekarang nina nak share beberapa tips untuk mencantikkan wajah anda::face12:
MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT - ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk

MENGHILANGKAN TAHI LALAT - ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. lakukan 2/3x sehari sehingga ia jatuh sendiri. amalkan selalu.

BIBIR MERAH SEMULAJADI - sapukan sedikit mentega/majerin di bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

MELEBATKAN BULU KENING - ambil daun lidah buaya. ramaskan sehingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

KULIT MUKA LICIN BERSERI - ambil yogurt asli kemudian sapu pada keseluruhan muka. buat seperti masker. biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. ulang setiap 3x seminggu.

MENAIKKAN SERI MUKA - ambil air kelapa dan sapukan ke muka anda. biarkan sampai kering. selepas itu, barulah basuh muka anda.

MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA - sambil memakai krim/foundation pada muka, urutkan guna jari manis sebanyak 3x dan baca selawat.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BAWAH MATA - sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.

MELICINKAN WAJAH - ambil buah tomato dan sapukan pada muka pada waktu pagi dan malam.

MEMERAHKAN BIBIR HITAM - ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu pada bibir anda pada waktu malam. amalkan selalu.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR - ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. amalkan menyapu ke bibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dna biarkan ia kering sendiri.

MELEMBABKAN BIBIR - ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam.

HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT - ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas kesat seperti batu. sapukan kayu manis tadi di kawasan bintik bintik hitam dan jerawat. amalkan selalu.
ok selamat mencuba ya:119::face51:

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.