Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

October 30, 2011

Dato’ Siti Nurhaliza & Hatta Dolmat Terima Anugerah Berprestij, ‘UDC Business Award 2011′

hey happy sunday everyone.:face40:buat apa cuti ni:120:duduk rumah je:s:em sama lah dengan nina.:face60:jom baca story ni dulu.:face64:about my favourite artist..

Pada 8 Oktober lepas, beberapa orang selebriti tempatan telah diberikan pengiktirafan melalui UDC Business Award. Antaranya ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Hatta Dolmat, dan juga Dato’ Yusof Haslam. Anugerah yang disampaikan oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad bertujuan mengiktiraf pencapaian cemerlang dan kecemerlangan dalam pembangunan perniagaan dengan semua hak dan keistimewaan dikekalkan. UDC Business Award 2011 adalah satu program anugerah antarabangsa yang mengiktiraf kejayaan, inovasi semua pemimpin perniagaan, syarikat dan organisasi dalam semua sektor industri. Secara ringkasnya, ia mengiktiraf melalui pengakuan proses perniagaan yang inovatif, pembangunan produk, perusahaan, kemampanan dan kejayaan keseluruhan perniagaan. Melalui anugerah ini, ia mampu menjadi medium bagi usahawan untuk mengetengahkan produk mereka. Berlangsung di PWTC, Dato’ Siti Nurhaliza telah menerima anugerah “UDC Best Upcoming Cosmetic Product”, untuk produk ‘SimpliSity’, manakala Dato’ Yusof Haslam telah menerima anugerah “UDC Best Film Production”, untuk Skop Production. Tidak ketinggalan, pereka fesyen yang juga bekas 3 finalis Project Runaway Malaysia, Hatta Dolmat telah menerima anugerah “UDC Fashion Designer Of The Year”. Hatta Dolmat pernah mereka baju persandingan untuk beberapa orang selebriti seperti Memey Suhaiza dan juga Yasmin Hani.
#congrats dato' siti dengan yang lain atas kejayaan anda dalam dunia bisnes.:face12:semoga akan datang akan terus success:q:aminn...
credit : ohbulan.com


No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.