Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

October 29, 2011

Mykad baru 2012

hey dah tidur ke?:face54:mehlah baca story ni dulu. mykad terbaru 2012 nanti..


MyKad baru lebih berkualiti mulai Januari 2012
KUALA LUMPUR : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad dengan struktur baru yang lebih berkualiti bermula Januari depan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau berkata MyKad baru itu diperbuat daripada bahan ''polycarbonate'' yang lebih tahan dan menggunakan teknologi turisan laser di permukaan kad. "Kelebihan lain pada MyKad ialah menggunakan cip baru yang telah diuji kualiti ketahanan di Sirim dan makmal semikonduktor yang diiktiraf. "Kualiti cip sering dibangkitkan akhir-akhir ini dan dengan struktur baru yang lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, ia sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan sempena perasmian penyerahan dokumen diri Program Mydaftar, di sini hari ini. Beliau berkata ciri-ciri baru yang terdapat pada MyKad itu juga nanti dapat mengekang pemalsuan MyKad.
#baru nak buat ic baru tengah cuti sem ni tapi tak apa lah tunggu tahun depan lah buat sebab nak ic baru.:face56:ic baru ni cantik. em sempat lagi buat ni sebab tak sampai umur 21 tahun lagi.:face57:
credit : berita harian online

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.