Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

December 8, 2011

5 Pulau Tercantik Di Malaysia

hey korang.:face40:hari ini nina ingin berkongsi dengan anda semua 5 buah pulau yang menjadi tarikan pelancong di Malaysia iaitu Pulau Sipadan, Tioman, Langkawi, Redang dan Perhentian.:face51:kelima-lima pulau ini mempunyai tarikan dan keunikannya yang tersendiri.:face12:

Pulau Sipadan

Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.
Pulau Tioman

Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai antara 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.
Pulau Langkawi

Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dsb. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.
Pulau Redang

Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini.
Pulau Perhentian

Pulau Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.
cantik kan:120:sangat sangat..:face2:em semua nina tak pernah pergi lagi tapi langkawi dah..:face60:bila lah agaknya dapat peluang pergi kan.:face44:maybe satu hari nanti. pasti:119:anda bila lagi.. lawati lah pulau pulau ini..:face64:

4 comments:

  1. Saya duduk dekat Terengganu, tapi satu pulau pun saya tak pergi lagi. Ayah busy. :)

    ReplyDelete
  2. hehe yeke? em besela tu. sama lah dgn sy gak :)

    ReplyDelete
  3. hello there ,
    i'm dropping here ,
    nice blog :D

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.