Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

April 30, 2012

Terima Kasih Eira :)

haiii ! selamat petang semua.. assalamualaikum.. hehe nina pakai terjah je kan tak beri salam dulu. btw my title for today and this evening is about " terima kasih, EIRA". why?? because today she belanja us for Cool Blog. yeahhh ! sebab dia dapat result yang baik dari kami. so kami bet kalau result dia lagi ok dari kami belanja kiteorang. hehe so petang ni kami tebus balik dekat dia. haha kesian dia kena belanja 3 ekor orang macam kami ni ha...


taraaa!!! ni ha lah pilihan kami.. hehe terima kasih sangat eira sebab belanja kami Cool Blog yang sangat fablous dan nyummmyyyy !!!! :D
we <3 you always! 

April 29, 2012

Mengapa wanita menangis, ya Allah ?

hey korang !! topik hari ini sangat menarik. nina sering tertanya kenapa wanita ni sering menangis.. hati wanita ini lembut dan mudah tersentuh. mesti ada sebab kan Tuhan mencipta umatnya. so nina ada terjumpa dekat page Ustaz Azhar Idrus ni. jom baca sekejap :)


Mengapa wanita sering menangis, ya Allah ?

JawabNya:-

Kerana wanita itu unik

Aku ciptakan ia sebagai makhluk yang unik.

Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.

Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman.

Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.

Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.

Aku beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun.

Aku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh orang-orang yang ia sayangi.

Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis, itu kerana Aku memberi dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru .

# Ustaz Azhar Idrus 

April 20, 2012

Cool Blog vs UiTM Segamat :)

hey korang !! lama tak jumpa kan ? almaklumlah busy sangat. now nina dekat UiTM Segamat. so lama lah tak update si blog hijau ni. hehe rindu gila. tapi hari ini terasa nak update. ha ttile macam HOT je kan tapi tak ada lah. 

Cool Blog vs UiTM Segamat

just nak cerita bagaimana rasa kehidupan di sini. best juga! hehe pengalaman baru. kan sini hutan. macam ulu je tapi ok juga. hehe tapi yang canggih sini ialah ada Cool Blog !! wah !! hebat sangat ! haha lepas tu buka 365 hari . bila bila korang nak boleh beli. kalau dekat kolej nina tak ada pun. jakun sekejap. haha nina jarang beli Cool Blog ni sebab tah lah tak minat sangat kot. tak pun nina ni lambat dari orang. haha so hari ini baru habis kerja then my roomate ajak beli Cool Blog ni ha. so for the 1st time i choice my favourite flavor :

|
|
|
\/
APPLE SMOOTHIES BLOG 

wow sudah semestinya hijau juga pilihan nina. haha bukan apa memang febret apple pun bukan sebab hijau je. hehe sangat sedap! korang nak pergi lah cari Cool Blog korang ye. ok lah nak enjoy minum Blog ni kejap. bbye. jumpa lagi !! :)

April 11, 2012

Sudah 3K++ Followers :)

Pink_cotton_candy_large
hey korang selamat petang... wah sori nina tak dapat nak reply semuanya. terima kasih sangat korang dah follow blog nina yang tak seberapa ni. dah 3K ++ dah!! wahhh sukanya!!! hehe terkejut juga sebab busy memang tak online. tengok dah lebih 3K. nanti ada masa nina follow balik ek.. KEPADA FOLLOWERS 3K nina tu sabar ye nanti nina bagi ganjaran je. hehe jeng jeng rahsia lah :)

# teringin nak makan gula kapas. nyummmy! :D

April 6, 2012

SEGMEN: SAPE NAK TAMBAH FOLLOWER

hey tengah malam ni nina bw ternampak segmen ni. dah lama tak join segmen ni ha. macam menarik, apa salahnya try kan? hehe
nina join! korang nak jom? let's try. click banner ok? :)

April 5, 2012

Dari blogskin ke denim :)

Tumblr_m203ymxg1i1r9yag0o1_500_large

hey korang. em baru balik tadi hi-tea with my heart. almaklumlah..  nina nak pergi segamat ada hal. so lepas rindu masing masing lah. haha ok balik kepada title nina dah edit blog ni semula. ha before ni nina pakai blogskin tapi disebabkan ada masalah dengan box followers tu nina terus tukar kepada denim template. Alhamdulillah 2 hari settle semua edit mengedit ni ha. poning juga lah tapi ni lah hasilnya.. :)

April 1, 2012

Haram Sambut April Fool (1 April) | Sebab dan Fatwa Haram April Fool


April fool iaitu 1 april biasanya disambut oleh seluruh manusia di dunia ini yang pada zahirnya beranggapan hari april fool ialah hari untuk mengenakan rakan-rakan atau keluarga. Hari April fool ini sepertinya hari perayaan syaitan dan iblis kerana hari ini seluruh umat manusia menghalalkan apa yang diharamkan iaitu MENIPU dan BERGURAU MELEBIHI BATAS.

Tidak dinafikan bergurau( dalam konteks positif dan tiada unsur penipuan dan seumpamanya) adalah tidak salah. Namun pada hari april fool ini, kita dapati pelbagai gurauan melampau dan malah ada yang sampai menimbulkan dendam dan sebagainya. Perkara inilah yang perlu kita titik beratkan dan perhatikan.

Persoalan utama sekali wajarkah kita sebagai seorang muslim menjadi antara mereka yang merayakan april fool ini? Adakahapril fool ini satu hari dimana manusia yang kononnya bijak pandai akan menjadi hamba nafsu dan syaitan?

Fatwa-fatwa ke atas April Fool

Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi sallallahu alaihi wassalam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Shaikh Atiyyah Saqr pula menyatakan:

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]

Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834

Shaikh Shalih Fauzan menyatakan:

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.