hey lama dah nina tak update kan. so harini dah puasa ke dua kita ye. Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi kerana memberi peluang kepada kita untuk puasa pada tahun ni. ni nina nak berkongsi sedikit mengenai puasa ye.
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Puasa akan terbatal sekiranya seseorang itu melakukan perkara-perkara berikut:
1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga anggota tubuh badan.
3. Muntah dengan sengaja
4. Pengsan sepanjang hari.
5. Bersetubuh pada siang hari
6. Keluar air mani dengan perbuatan tertentu yang disengajakan
7. Haid dan nifas
8. Gila
9. Murtad
ADAB-ADAB KETIKA BERPUASA DALAM BULAN RAMADHAN
Asasnya adab-adab yang dianjurkan adalah untuk memelihara diri kita daripada melakukan atau menghampiri perkara yang membatalkan puasa dan perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ialah:
1. Menjaga lidah dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengan diri kita.
2. Mengawal perut dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan memastikan makanan yang dimakan adalah halal lagi bersih.
3. Berusaha menjaga semua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasa akan lebih sempurna.
4. Mengurangkan tidur disiang hari. Penuhkanlah masa yang ada dengan amal ibadah.
5. Apabila berbuka puasa hendaklah makan dan minum secara bersederhana. Elakkan makan dengan gelojoh dan melakukan pembaziran.
6. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi tetapi ruang masa yang ada dipenuhkan dengan beribadat kepada Allah.
7. Mengawal sifat marah
Ahlan Ya Ramadhan ^^V