Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

September 17, 2012

Campak Bayi dari Flat

selamat malam semuanya. sehari selepas berakhirnya bulan Syawal semalam dan juga sambutan Hari Malaysia. satu Malaysia cutikan hari ini. hehe nina pun. baru je balik tadi. jalan jammed sekejap :/ hari ini baca paper, topik yang menarik hati nina nak share dengan korang ialah "Campak Bayi dari Flat". subhanaAllah.. apa nak jadi lah dunia sekarang kan. dunia akhir zaman.. apa lah dosa bayi tu kan. nina tak tahu nak cakap apa. tak pasti bayi tu halal ke tidak. kalau haram dah tambah dosa lagi kan. lebih lanjut jom baca petikan dari paper metro tadi.

KEJAM...anggota polis memeriksa mayat bayi yang dicampak dari tingkat tiga.
KEJAM...anggota polis memeriksa mayat bayi yang dicampak dari tingkat tiga.
PETALING JAYA: Kejam apabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen 11 tingkat ke kawasan tempat letak kereta Blok 1, Apartmen Desa Mentari, di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam. 
Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan mayatnya ditemui seorang penduduk di kawasan itu, Jundi Mat, 35, yang pada mulanya menyangka ia bungkusan sampah yang dibuang penduduk di blok berkenaan. “Saya sangka bungkusan yang dibaling dari tingkat atas itu sampah berisi nasi basi yang dibuang penduduk di sini kerana perkara itu sering berlaku, namun sebaik diperiksa saya terkejut apabila ia rupa-rupanya mayat bayi,” katanya. Jundi berkata, dia kemudian meminta beberapa orang penduduk di situ sama-sama memeriksa bungkusan berkenaan bagi mengesahkan ia mayat bayi dan bukan anak patung. Menurutnya, bayi yang berkulit cerah itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan ada kesan kecederaan parah di kepala. 
“Saya tidak pasti dari mana ia dicampak kerana ketika itu saya sedang mengambil motosikal yang terletak kira-kira dua meter dari lokasi bayi ini ditemui. “Sebaik terdengar bunyi objek jatuh, saya berpaling ke arah bunyi itu dan segera memerhatikan bungkusan berkenaan,” katanya yang meminta seorang penduduk memaklumkan kejadian itu kepada polis. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata hasil pemeriksaan forensik, polis percaya bayi itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 
“Bayi itu dipercayai dicampak dari tingkat tiga apartmen berkenaan dan polis sudah menahan seorang wanita pekerja kilang berusia 20-an beberapa jam kemudian dipercayai terbabit dalam kejadian itu,” katanya. Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat bayi itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/17
sangat sedih. bayi lagi kot. sanggup nak campak bayi tu :( moga moga kita dijauhkan benda benda ni berlaku dan Al-Fatihah untuk bayi tersebut..

September 14, 2012

Slot Zehra, Naziha Tamat dan Diganti Drama Runtun Qalbu


em sedih.. sebab apa? tadi episod akhir Slot Zehra, Naziha. siapa tengok?? sedih tak? em yela ending Adam yang mati :( nina nak yang sepupu Adam tu yang mati. hehe jahat kan. sebab nak Adam tu bersama Naziha. btw cerita tu dah habis. so cerita yang menggantikan Naziha  ialah Runtun Qalbu. 

drama ini dibintangi Fasha Sandha, Shah Iskandar, Kamal Adli, dan Fida Ibrahim. drama yang mempunyai 13 episod ini bermula 21 September 2012 setiap Jumaat jam 9 malam. yang lain pelakon nina suka tapi Fasha tak berapa :/ sorry to sayy tapi tak dinafikan lakonan dia hebat :D

September 10, 2012

Tutorial Masukkan Iklan Nuffnang Yang Baru

hai korang. korang perasaan tak nuffnang sekarang dah baru. hehe nina pun terkejut juga. act dah lama. sekarang baru nak beritahu. lepastu agak pening macam mana nak masukkan iklan kan. mana tah letak benda tu. ha so hari ini nina nak bentikan pening kepala korang tu :3

firstly korang buka nuffnang nanti akan keluar macam ni kan. lepas tu korang LOGIN lah macam biasa.
1. dah keluar macam bawah ni korang KLIK DEKAT NO 1 ni dan automatik keluar MANAGE MY BLOGS kan, klik SITU tu ye :)
2. korang pandang KIRI tu ada + ADD AD UNIT kan macam bawah ni. lepas tu korang KLIK situ ok ?
3. CHOOSE THE AD TYPE YOUR PREFER. KLIK mana mana jenis iklan yang korang nak tu..
4.  KLIK jenis iklan tu automatik keluar CODE dia dekat bawah tu. contoh dekat gambar bawah ni ye. lepas tu korang COPY CODE tersebut then paste dekat blog korang.

5. bawah code tu ada NEXT kan. kalau korang tak pandai nak letak iklan nuffnang, KLIK je NEXT tu sebab ada tutorial ajar macam mana nak letak iklan tersebut.

ok sudah paham? selamat berjaya :)

September 9, 2012

Good Luck to all Candidate UPSR 2012 :)

petang yang sejuk, mahu hujan. nak aje nina capai selimut then tidur. haha tak boleh tak boleh *sambil geleng kepala :D pasai apa? sebab nina nak update entry dulu. sangat busy sekarang sebab last sem kan. macam macam kena buat. presentation lah, assignment etc. aduhh.. btw UPSR nak dekat kan dalam 11 hingga 13 September 2012 nanti. hehe em tak lama dah. pasti adik semua tengah berdebar kan. biasa lah kalau exam besar macam ni. exam biasa pun cuak lebih kan. macam nina ni ha. hehe siapa candidate dia? angkat kaki *cepat! hehe :3 so nina nak wish lah selamat berjaya dan semoga korang, korang, korang, dan korang tu mendapat keputusan yang cemerlang. insyaALLAH mesti boleh nya.. adik adik nina ni hebat hebat belaka kan. hehe ha so buat betul betul. nina nak bagi tips sikit lah dekat adik adik kesayangan nina ni *korang lah, buat tak tahu pula kan :P 

kepada UPSR Candidate 2012, ni pesanan nina kepada korang ye :D
1. kalau esok nak exam kan just baca baca untuk recall balik nota or formula kalau ada yang tak ingat. hehe
2. buat latihan banyak banyak dan fahamkan fakta
3. pastikan adik tidur awal kalau esoknya ada exam
4. sebelum exam prepare semua barang dulu baru tidur *esok tak dela kelam kabut sangat kan
5. bangun awal sebelum pergi dewan exam
6. baca doa dulu semoga diterangkan hati
7. dah habis exam baca doa penutup dan bertawakal je ok?
insyaALLAH adik adik pasti boleh ^^ UPSR senang je dik. hehe good luck !! fighting !! ^^

September 1, 2012

Pergi Tak Akan Kembali Lagi

kematian. ianya pasti untuk semua orang, cuba kita tak tahu bilakah ianya akan terjadi. sebut pasal kematian, hari Jumaat, jatuhnya hari kemerdekaan yang ke 55 tahun perginya seorang insan, Muaz Shaari iaitu kawan nina di sekolah menengah dahulu buat selamanya.. innalillahi wainna ilahi rojiuun.. ia pergi kerana kemalangan jalan raya. nina diberitahu oleh my bf pasal ni petang semalam. terkejut juga. memang tak sangka. then malam tu my bf ajak pergi rumah dia tapi tak jadi takut lambat pula nina balik. Alhamdulillah tengah malam tadi arwah selamat dikebumikan. then malam ni insyaALLAH keluarga mereka buat tahlil. dan pagi tadi nina bangun nak baca paper. kisah dia yang kemalangan tersebut pun masuk paper Metro. amat menyedihkan tapi kisah di media itu tak tahu sahih ke tidakkan. wallahualam.. so sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.. semoga di tempatkan golongan yang beriman. amin..