Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

September 19, 2013

Tutorial Hover Image I (Berwarna Warni)

hari ini nak buat tutorial hover image effect. sebenarnya dah beberapa hari adik fatihah ni tanya. disebabkan baru sekarang nina free so nina ajar ye. hehe act hover ni akan automatik header sekali akan berwarna warni ye :)

hover image ni dari biasa >> berwarna warni 
(bila halakan cursor dekat image dia berwarna warni)

1. dashboard >> template >> edit HTML/Javascript
2. tekan F untuk search code ]]></b:skin>
3. copy code di bawah ni dan pastekan di ATAS code ]]></b:skin> tadi
img {
filter: hue-rotate(360deg);
-webkit-filter: hue-rotate(360deg)
;-moz-filter: hue-rotate(360deg);
-webkit-filter;(1);
-webkit-transition: all 0.7s linear;
-moz-transition: all 0.7s linear;
transition: all 0.7s linear;
}
img:hover {
filter: hue-rotate(0deg);
-webkit-filter: hue-rotate(0deg);
-moz-filter: hue-rotate(0deg);
-webkit-filter;(0);
}
okay preview dulu dah okay baru lah save :)

September 15, 2013

Simple Segmen By Cikk Mira

*klik banner untuk join*
Hadiah Hadiah :
Mencari 3 orang pemenang untuk free full edit blog .
4 orang dapat kad raya .

September 7, 2013

Tips & Nasihat Pelajar Baru Masuk Universiti

hai korang. btw rasanya ramai pelajar baru kita atau adik adik kita yang baru melangkah ke alam Universiti. Alhamdulillah.. adakah anda? tahniah diucapkan kepada kalian kerna sudah menjadi kakak besar kan. hehe ececeh suka lah tu kan zaman sekolah dah tamat. kini korang dah kena matang dan tinggalkan segala yang ada masa zaman sekolah tu. bye bye jela ek :D disini nina nak kongsi tips dan nasihat yang amat berguna pada adik adik ni bila korang dah berada fasa lain iaitu peringkat Universiti ni.. ni berdasarkan pengalaman nina lah. dulu nina diploma. skang nina pun dah masuk degree. so apa salahnya share kan.. hehe

     1.   Peramah

apa maksudnya di sini adalah korang perlu lah bermanis muka, bertegur sapa dan sebagainya. bukannya tergedik sini tergedik sana. yela pengalaman nina kebanyakkan junior yang masuk memang kebanyakkan macam tu. adik adik.. gedik tu bagus tapi kena pada tempatnya ye. yang penting korang selalu kena HORMAT PADA SENIOR korang walaupun senior korang tu kerek nak mampus :P *kerek = berlagak/sombong*

     2.  Aktif

masa orientasi sebaiknya korang aktif dalam group atau individual. means korang sentiasa bergaul dan bergerak secara aktif ye. kalau korang senyap je korang confirm akan tertinggal. U ni lain dari sekolah. kat sekolah dulu korang makan suap je. cikgu sentiasa bagi kan. di U lain. so sila lah aktifkan diri tak kira masa orientasi atau lepas orientasi.

     3.  Selalu Bertanya/Peka

ni sama macam aktif. korang kena selalu bertanya ye. kalau tak korang tertinggal ke belakang. seriously, di U sangat berbeza di sekolah. kalau tak paham ke silalah cepat cepat bertanya pada yang pakar. dalam kelas kena lah peka atau beri tumpuan 150%. kan saya cakap tadi kalau tak tertinggal lah. ada sesetengah pensyarah tak kan repeat balik apa yang dia cakap. kalau pensyarah baik bolehlah repeat semula. kalau tak.. nasiblah ye. hehe

     4.   Serius/Matang

ni penting.. korang kena serius dan jangan main main. korang kena study betul betul sebab di U 30% hanya pada pensyarah dan selebihnya berbalik pada kita sendiri. sem 1 amat penting untuk dapatkan pointer yang tinggi sebab kalau sem 1 dah dapat pointer bagus dapat cover yang sem sem lain tapi jangan ingat bila sem 1 dah bagus, sem depan study bodoh bodoh je. HA ITU BAHAYA! jangan macam tu ye. pastikan korang mantain study tu. kalau boleh study kenalah makin bagus. nanti korang akan menyesal. 

     5.   Selalu Datang Awal

attendance selalu diambil kira oleh pihak U kerana ia kadang kadang diambil kira untuk carry marks korang. so korang janganlah macam chipsmore. hehe datang awal ni bagus sebab dapat cop tempat duduk dan juga pensyarah korang akan kenal dengan korang. kalau baik, bagi lah bonus marks. hehe

     6.   Siapkan Assignment

segala tugasan sila lah siapkan mengikut tarikh yang ditetapkan. U bukan macam sekolah kalau tak siap cikgu boleh buat bodoh lagi kan. assignment dibagi adalah markah korang. ulang semula MARKAH korang ye. kalau tak siapkan assignment yang pensyarah bagi, markah tu tak diambil kira lah. ha kan dah rugi.

     7.    MC Letter

bagi yang ada hal kecemasan/sakit ke kan sila lah pergi klinik/hospital untuk dapatkan MC ni. bila dah masuk belajar bagi MC tu pada pensyarah. kalau tak ada alasan yang munasabah attendance korang kosong dan kalau tidak datang 3x akan dikenakan tindakan atau tak boleh ambil final exam terus. rugi korang belajar satu sem tak boleh ambil exam. dah kena repeat sem depan. rugi kan?

      8.    Pandai Memilih Kawan

selalunya bila orang dah habis sekolah ni dia macam culture shock tau. dia macam 1st time buat sesuatu tu. ni sangat bahaya ye. so adik adik kena pandai pilih kawan ye. kalau tersalah pilih kawan macam macam berlaku. sebagai contoh, gadis A ni dulu baik je pakai tudung bagai. bila dah kawan dengan B, terus A berubah dengan attendance ke kelas pun tak bagus, tak pakai tudung dengan rambut karatnya. kirannya lain lah dari diri dia yang sebenar. ni contoh culture shock. korang pandai pandai lah bawa diri di tempat orang. korang dah besar boleh bezakan yang mana baik dan buruk :)

dugaan di U lain dari di sekolah. korang kena pandai dan bijak untuk mengharunginya. ok lah adik adik sampai disini sahaja nina dapat share. belajar ye betul betul.. ingat mak ayah di rumah. diorang mahukan yang terbaik untuk anda. bagilah senyuman di bibir mereka ye. insyaALLAH kita sama sama cuba ye ;)

September 2, 2013

Pakej Komunikasi Belia (PKB) Diaktifkan Semula

hai korang semua.. disebabkan malam ni kecoh semua pasal kenaikan minyak kan. confirm stesen minyak sekarang ni tengah penuh orang nak isi minyak. yela start tengah malam karang dah naik RM 0.20. ada yang bengang, marah dan ada juga yang ok je. hehe yela nak buat macam mana kan. terima jela kenyataan. ok balik pada cerita. sebenarnya nina nak cakap pasal PKB ni. tahu tak apa dia? ala yang rebat RM200 smartphone tu.
sebelum ni ditutup sementara kerana dah capai kuota yang ditetapkan iaitu 1.5 juta belia. tetapi akan diaktifkan semula start esok, 3 September 2013. so siapa yang nak mohon semula boleh buat demikian. info boleh lah pergi ke link ini >> https://komunikasibelia.skmm.gov.my/ <<

September 1, 2013

Senarai Pemenang Mini Giveaway by Puteri & Nina

hai korang. hari yang dinantikan telah tiba. haha sorry umumkan lambat ada masalah sikit dengan partner nina ni ha. bismillahhirrahmannirrahim..
TAHNIAH!!!
(TOP REFERRAL)
HADIAH UTAMA
Tuntut hadiah :
1x baju kurung & tudung - Farhan & Nysa
1x topup RM10 (maxis) - Amira Idayu
1x novel & keychain - Sarah Arfa Adira
1x doodles - Nasuha

(RANDOM.ORG)
TEMPAT PERTAMA
Tuntut hadiah :
1x doodles - Nasuha
1x topup RM5 - Yong Atira
1x tudung bawal tribal - Raja Farah
1x button badge - Alyaa Najlaa
1x tasbih - Kamalia

TEMPAT KEDUA
Tuntut hadiah :
1x doodles - Nasuha
1x topup RM5 - Ika
1x tudung - Puteri Damia
1x button badge - Alyaa Najlaa

TEMPAT KETIGA
Tuntut hadiah :
1x doodles - Nasuha
1x topup RM5 (maxis) - Shinda Saidi
1x tudung bawal - Nur Azwa Edora

TEMPAT KEEMPAT
Tuntut hadiah :
1x shawl - Nur Azwa Edora
1x topup RM5 - Bubu Lalola

TEMPAT KELIMA
Tuntut hadiah :
1x shawl - Nur Azwa Edora
1x topup RM5 - Bubu Lalola

TEMPAT KEENAM
Tuntut hadiah :
1x topup RM5 - Bubu Lalola
1x shawl - Aishah Fauzi 

SAGUHATI (6 ORANG)
Tuntut hadiah : 1x header blog - Aina Syafiqah
Tuntut hadiah : 1x header blog - Aina Syafiqah
Tuntut hadiah : 1x header blog - Aina Syafiqah
Tuntut hadiah : 1x review blog - Engku Muzahadin
Tuntut hadiah : 1x review blog - Engku Muzahadin
Tuntut hadiah : 1x review blog - Engku Muzahadin

PERHATIAN KEPADA PEMENANG, ANDA DIBERI MASA SEMINGGU UNTUK TUNTUT HADIAH ANDA. JIKA TIDAK HADIAH TERSEBUT DIANGGAP BATAL. SO PASTIKAN ANDA TUNTUT YE ;)