Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

September 7, 2013

Tips & Nasihat Pelajar Baru Masuk Universiti

hai korang. btw rasanya ramai pelajar baru kita atau adik adik kita yang baru melangkah ke alam Universiti. Alhamdulillah.. adakah anda? tahniah diucapkan kepada kalian kerna sudah menjadi kakak besar kan. hehe ececeh suka lah tu kan zaman sekolah dah tamat. kini korang dah kena matang dan tinggalkan segala yang ada masa zaman sekolah tu. bye bye jela ek :D disini nina nak kongsi tips dan nasihat yang amat berguna pada adik adik ni bila korang dah berada fasa lain iaitu peringkat Universiti ni.. ni berdasarkan pengalaman nina lah. dulu nina diploma. skang nina pun dah masuk degree. so apa salahnya share kan.. hehe

     1.   Peramah

apa maksudnya di sini adalah korang perlu lah bermanis muka, bertegur sapa dan sebagainya. bukannya tergedik sini tergedik sana. yela pengalaman nina kebanyakkan junior yang masuk memang kebanyakkan macam tu. adik adik.. gedik tu bagus tapi kena pada tempatnya ye. yang penting korang selalu kena HORMAT PADA SENIOR korang walaupun senior korang tu kerek nak mampus :P *kerek = berlagak/sombong*

     2.  Aktif

masa orientasi sebaiknya korang aktif dalam group atau individual. means korang sentiasa bergaul dan bergerak secara aktif ye. kalau korang senyap je korang confirm akan tertinggal. U ni lain dari sekolah. kat sekolah dulu korang makan suap je. cikgu sentiasa bagi kan. di U lain. so sila lah aktifkan diri tak kira masa orientasi atau lepas orientasi.

     3.  Selalu Bertanya/Peka

ni sama macam aktif. korang kena selalu bertanya ye. kalau tak korang tertinggal ke belakang. seriously, di U sangat berbeza di sekolah. kalau tak paham ke silalah cepat cepat bertanya pada yang pakar. dalam kelas kena lah peka atau beri tumpuan 150%. kan saya cakap tadi kalau tak tertinggal lah. ada sesetengah pensyarah tak kan repeat balik apa yang dia cakap. kalau pensyarah baik bolehlah repeat semula. kalau tak.. nasiblah ye. hehe

     4.   Serius/Matang

ni penting.. korang kena serius dan jangan main main. korang kena study betul betul sebab di U 30% hanya pada pensyarah dan selebihnya berbalik pada kita sendiri. sem 1 amat penting untuk dapatkan pointer yang tinggi sebab kalau sem 1 dah dapat pointer bagus dapat cover yang sem sem lain tapi jangan ingat bila sem 1 dah bagus, sem depan study bodoh bodoh je. HA ITU BAHAYA! jangan macam tu ye. pastikan korang mantain study tu. kalau boleh study kenalah makin bagus. nanti korang akan menyesal. 

     5.   Selalu Datang Awal

attendance selalu diambil kira oleh pihak U kerana ia kadang kadang diambil kira untuk carry marks korang. so korang janganlah macam chipsmore. hehe datang awal ni bagus sebab dapat cop tempat duduk dan juga pensyarah korang akan kenal dengan korang. kalau baik, bagi lah bonus marks. hehe

     6.   Siapkan Assignment

segala tugasan sila lah siapkan mengikut tarikh yang ditetapkan. U bukan macam sekolah kalau tak siap cikgu boleh buat bodoh lagi kan. assignment dibagi adalah markah korang. ulang semula MARKAH korang ye. kalau tak siapkan assignment yang pensyarah bagi, markah tu tak diambil kira lah. ha kan dah rugi.

     7.    MC Letter

bagi yang ada hal kecemasan/sakit ke kan sila lah pergi klinik/hospital untuk dapatkan MC ni. bila dah masuk belajar bagi MC tu pada pensyarah. kalau tak ada alasan yang munasabah attendance korang kosong dan kalau tidak datang 3x akan dikenakan tindakan atau tak boleh ambil final exam terus. rugi korang belajar satu sem tak boleh ambil exam. dah kena repeat sem depan. rugi kan?

      8.    Pandai Memilih Kawan

selalunya bila orang dah habis sekolah ni dia macam culture shock tau. dia macam 1st time buat sesuatu tu. ni sangat bahaya ye. so adik adik kena pandai pilih kawan ye. kalau tersalah pilih kawan macam macam berlaku. sebagai contoh, gadis A ni dulu baik je pakai tudung bagai. bila dah kawan dengan B, terus A berubah dengan attendance ke kelas pun tak bagus, tak pakai tudung dengan rambut karatnya. kirannya lain lah dari diri dia yang sebenar. ni contoh culture shock. korang pandai pandai lah bawa diri di tempat orang. korang dah besar boleh bezakan yang mana baik dan buruk :)

dugaan di U lain dari di sekolah. korang kena pandai dan bijak untuk mengharunginya. ok lah adik adik sampai disini sahaja nina dapat share. belajar ye betul betul.. ingat mak ayah di rumah. diorang mahukan yang terbaik untuk anda. bagilah senyuman di bibir mereka ye. insyaALLAH kita sama sama cuba ye ;)

6 comments:

  1. eh, takut pulak dengar. kena betul2 pandai berdikari kan. walaupun sy lmbt lagi nak masuk U, terasa jugak nervous. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mmg berdikari. kan dah besar. hehe nnt dah masuk ok je. besttt! :D

      Delete
  2. terbaik entry ni , menambahkan ilmu gitu :)

    ReplyDelete
  3. Nice info. Good for the freshie to U life. Anyway, I think the most important one is to be compromise. Try trima smua nasihat dr org even it may cause u to feel bad. Think that u always weak, evenif u r strong. And totally agree about friends. Because friends will be the most important people in U life. So, if u have a good friends, then surely u will also be good. Well said. Thanks R.A -ks-oetoria-

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.