Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

November 23, 2013

Kisah Rasullulah Yang Sangat Sayang Pada Kucingnya

Hai topik hari ini ialah mengenai kucing. Ramai yang suka memelihara dan menyayangi kucing kan? Sifat semulajadi kucing yang sangat comel dan penyayang tu membuat ramai yang menyukainya include me. Hehe terdetik hati untuk update pasal kucing sebab semalam dah post dekat facebook dan insta.
Tahukah bahawa Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing kesayangan yang Baginda namakan ‘Mueeza’ ?
Untuk mengetahui lanjut.. baca lah sampai habis ye.. hehe

Ada suatu ketika, di kala Nabi hendak mengambil jubahnya dan ditemui Mueeza sedang tidur di atas jubahnya. Kerna tidak ingin mengganggu haiwan kesayangnya itu, Nabi pun memotong belahan lengan jubah yang ditiduri Mueeza tadi.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3x sebagai tanda kasih sayangnya kepada Mueeza.

Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan diletakkan di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri. Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.

Pernah nina tengok orang dera kucing. Bukan kucing je binatang lain pun. Apalah kejam sangat diorang ni? Binatang tu ciptaan Allah juga. Makhluk Dia juga. Sanggup buat macam tu. Subhanalah. So siapa yang tak suka janganlah pernah menyakiti haiwan ini kerana dosanya amatlah besar. 

November 14, 2013

Bukan Kerna Alim

hai korang selamat tengahari dan assalamualaikum. haha nak post pun tak tahu pasal apa tapi yang mengingatkan pasal suatu benda ni. actually pernah tak korang dengar or pernah alami bila sesorang cakap "eh alimnya budak ni.." sebabnya dia post pasal agama atau benda yang baik dekat laman social tak kira lah facebook, twitter, insta atau mana mana jela. pernah? hehe nina pernah juga alami. kadang kadang orang tak tahu dan tak kenal kan so dia cakap lah macam tu. 

actually ni bukan sebab alim ke tak. ni sebab tugas kita sebagai umat saling mengingati dan benda yang baik nak di share kita sharelah kan. mungkin betul orang tu alim tapi tak semestinya semua orang alim post benda yang baik. habis orang tak alim ni tak boleh? ha mari lah kita betulkan perception kita ni. hehe nina pun masih mencuba. insyaAllah.. :)
tak apa lah yang penting hati kita ni. nawaitu yang penting. benda baik dapat pahala kan. hehe tak kisah lah orang nak cakap apa pun kan. hehe janji kita happy ^^

p/s: harini result UPSR keluar kan? hehe tahniah kepada adik adik yang cemerlang. yang kurang cemerlang jangan sedih dan putus asa. exam akan datang buat lagi terbaik okayy :)

November 11, 2013

Sibuk, Penyibuk, Menyibuk ke Prihatin?

hai korang lama dah nina update blog kan. ada yang tertanya tanya mana nina pergi. hehe okayy ni nina jawab ye. sangat sibuk dengan sem ni. bila nak update, ada je benda nak buat. aduh kacau betul lahh.. sorry guys! ^^ 

actually setiap orang akan ada hari sibuknya. kadang kadang kita saja menyibukkan diri untuk menghilangkan tekanan yang kita alami. cuba orang lain tidak memahami apa yang kita alami sampai diorang sibuk untuk menanya ini tanya itu. 

ada perkara memang tak perlu diceritakan kepada orang tapi sampai nak paksa orang tu dengan dok tanya macam macam.. errr.. sampai dah tahap itu naik rimas juga. *fikir sejenak* dia penyibuk ke prihatin ni?? ha sedikit confius di sini.

mungkin dia prihatin tapi cara dia tu membuat kita rimas dan dia menyibuk dalam semua hal kita. hak setiap orang untuk berfikir. so apa yang nina fikir semua negatif smpai kawan sendiri cakap nina asyik fikir negatif je. ish3.. teruk ke macam tu? :/


haha adakah anda begitu juga?? pendapat saja. peace ^^v