Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

December 12, 2014

Kempen Jom Masuk UBiS Untuk Intake January 2015

Assalamualaikum dan hye semua!
Entry kali ini khas untuk adik-II or mereka yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang Accounting di UniKL Bis (UBiS). Untuk pengetahuan korang, UBiS ni terletak di Yayasan Selangor, Kg Baru, KL ye. 
Online Application : 

Kerjaya Perakaunan?
Kerjaya akauntan ini adalah tergolong dalam 5 kategori professional ye. Perakaunan juga merupakan bidang kerjaya yang penting serta diperlukan oleh mana-mana institusi. Graduan perakaunan ini juga boleh memohon jawatan lain seperti juruaudit, akauntan kos, bendahari, akauntan cukai, setiausaha syarikat, setiausaha industri atau peribadi, kerani akaun, penolong akauntan serta juru runding. Dari prospek kerja, kebiasaanya lulusan ini berpeluang ke institusi kerajaan atau swasta. Bagi di sektor awam, jawatan-jawatan di jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanaun dan penguasa tempatan boleh diisi. Manakala di sektor swasta pekerjaan di badan-badan industri, bank, firma perakaunan serta syarikat insuran boleh diisi.

Review Course : 
Nina pun tengah ambil course ni, dan Alhamdulillah semulanya berjalan dengan lancar dan tahun depan Nina nak habis dah. Hehe seronok je belajar course ni dengan lecturer disini pun dekat dengan student, berpengalaman dari pelbagai kaum. InsyaALLAH kalau korang ikhlas, semua hal akan lebih senang :)

Untuk pertanyaan boleh tanya Nina or hubungi UniKL sendiri ye :)

December 10, 2014

11 : Wordless Wednesday | Sibuknya Student

WORDLESS WEDNESDAY | Standard jadi student kan. Banyak giler kerja kena siapkan. Assignment dengan presentation lagi. Final exam just around the corner :/

December 5, 2014

Barang Hantaran Yang Murah Dan Cantik | ThankQ, Nilai

Assalamualaikum dan hye semua!
Lagi entry untuk mereka yang ingin melayari bahtera iaitu memasuki alam perkahwinan tak lama atau mungkin mereka yang nak tunang kan dan tercari-II barang hantaran yang murah dan cantik. Nak tahu dimana? Nak review sikit, kedai ni kalau korang pergi memang rambang matalah. Besar pun besar juga. Banyak pilihan yang boleh korang cari. Hehe


Mesti ramai yang dah tahu kan mana tempat ni? Dari jauh kita boleh nampak sebab warna merah :D Masuk kedai ni pun confirm ada je orang. Lagi-II majlis nak dekat kan. Barang yang dijual dari yang murah sampai harga yang lebih mahal. So sesiapa yang nak buat bajet tu bolehlah pilih-II barang mengikut kemampuan masing-II. Dia ada juga buat sale dari 10%, 20% dan banyak lagilah. Tu yang seronok pilihkan. Jika korang tak pandai DIY hantaran sendiri, jangan risau. Di ThankQ juga ada hantaran yang already made. Semua cantik-II belaka :)

Selain dari itu, di ThankQ ada juga paparkan design pelamin untuk inspirasi untuk mereka yang nak kahwin ke tunang ke. Korang dongak je sebab dekat atas ada je design tu semua. Cantik.. Jom jelajah :
ThankQ@Nilai3 (HQ)
Address: No.102-109, Jalan Nilai 3/3, 
Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel: 06-799 1133 / 06-799 5533

AK Wedding Review | Kursus Kahwin Danau Kota

Assalamualaikum dan hye semua!
Bulan December ni kan mesti ramai yang nak membina masjid kan? So masih tercari-cari lagi mana kursus kahwin disaat akhir ni? Jom singgah di Kursus Kahwin Danau Kota.

Dengan tagline "Selesa, Diiktiraf, Sempoi" pasti anda teruja untuk menghadiri kursus disini :D

"Lebih Baik Anda Ikuti Kursus Kahwin Ini Sewaktu Yurannya Masih Semurah RM80 Dan Ujian Kefahaman Islam Masih Belum Dikuatkuasakankan"

Dan kursus perkahwinan ini cuma sesingkat satu hari setengah sahaja..
Review Kursus:
Saya sudah mengikuti kursus ini dan saya dapati memang banyak ilmu yang dicurahkan dan paling best ustaznya yang berpengalaman dan mempunyai latar belakang yang profesional dan paling penting sempoi je ustaz-II yang mengajar di sini. Tidak terlalu bosan sebab banyak gelak-II. Hehe tunggu apa lagi, jom ikuti kursus disini sementara masih ada kekosongan :)

Alamat Pusat Kursus Kahwin Danau Kota :

33-1 Medan Selera Danau Kota
Jalan 3A/6, Taman Setapak Indah
53300 Kuala Lumpur 
Kordinat GPS: 3°12'35" N 101°43'9" E

December 3, 2014

Panduan Permohonan Baru BR1M 4.0 2015

Assalamualaikum dan hye semua!
Pagi ni 2 entry Nina buat semuanya mengenai BR1M ye. Yang ni bagi permohonan baru yang ingin daftar untuk BR1M. Caranya ikut dibawah ini :

Visit ebr1m website https://ebr1m.hasil.gov.my/ and click on ‘Permohonan Baru’. You shall find that link on the menu bar.

- If your IC is not valid, you have to bring your IC together with your partner and ‘tanggung’ if any to visit LDHN.

- If a dialog box pop-up showing permohonan telah wujud that’s mean you are an existing BR1M applicant. You need no to proceed to fill this form. You should update (kemaskini) your info.

Bank account is the most important field in this step. Also give your latest and reachable address. You can ignore fields that without the * symbol. Those are not mandatory information.
Fill ‘0’ if you have no income yet. If your marriage record is available to JPN, you can just click on the drop down menu and pick the right option; else you have to key in the detail manually. It’s a must to fill in your spouse IC , name and income if you are married.
Fill in the info for Skim Khairat Kematian, previously known as i-BR1M. Every BR1M receiver qualified automatically to enjoy this benefit.
Next enter the verification code and click ‘send’.
Lastly check the agreement checkbox confirming you’re giving the correct details. There will be confirmation popup in the end. Then you’ll see all the fields became non-editable. Please check twice before you submit, you may have to change it manually in LDHN if you send the wrong data. Contact hasil if you have any question or doubt.

Inform your friends or relatives to register quickly before 31 December 2014. Unlike last year, permohonan for BR1M online 2015 only open for a month.


Panduan KemasKini BR1M 2015 Online

Assalamualaikum dan hye semua!
Pagi ni Nina nak share sikit mengenai BR1M. Bagi sesiapa yang telah dapat pada BR1M 2014 dan kemaskini di laman web sudah dibuka. Untuk permohonan baru boleh KLIK SINI :)
  1. Open https://ebr1m.hasil.gov.my/ and click on ‘Kemaskini Permohonan
2.  After that you’ll be prompted the answer 2 security questions. The questions will be related to         your previous submission – the given details by you last time. It can be your poskod, home telephone number, email etc. If you stuck here you can apply offline.

3. Reminder : You cannot kemaskini BR1M using a bank account that’s not under your name and for your relatives. Joint name account and enterprise type account are prohibited as well.
4. Fill in the information about your family members. If you cannot see any drop down menu means you have no record with Hasil, you have to visit LHDN by bringing a copy of your IC to kemaskini. If you’re not working key in ‘0’ for the filed of ‘pendapatan bulanan’.
5. Enter the anti spam captcha, then click ‘Kemas Kini’ and your Kemas kini BR1M 2015 is done!

Please ensure everything is correct before you hit the last button. You’ll receive a rejection letter if you have done any wrong like making duplicated submission from the same family member. 
* Printing is just for your own reference so it’s not compulsory.

The first payment for all category will be issued starting 28 January 2015. Please share this panduan kemaskini br1m 2015 to inform your friends / relatives!


November 26, 2014

10 : Wordless Wednesday | MAHA 2014

WORDLESS WEDNESDAY | Jom pergi MAHA 2014 di MAEPS, Serdang dan jangan lupa singgah di Gerai Makanan 1, booth NO.24 okayy! My bro buka booth dengan bos dia jual dadih. Terbaik punya. Support produk Melayu :)

November 22, 2014

Academic Visit 4 : Securities Commission Malaysia (SC)

Assalamualaikum dan hye semua!

Semalam lawatan kami yang terakhir di SC. Sedih plak kan. Yela mana senang nak dapat peluang pergi visit ke tempat yang semua orang bukan boleh masuk. Dengan event ni lah, dapat timba ilmu dan pengalaman. Hehe



Review program : Sangat best visit ni dengan view SC yang cantik. Pagi lagi kami ada talk dan talk kali ni berbeza dengan lawatan yang lain sebab talk dia kuiz. Hanya dengan tengok video, kami jawab kuiz. Event ni combine dengan universiti lain. Agak ramai dalam 400 lebih orang. Penuh lah dewan tu. Last sekali macam biasa ada Q&A. Overall, semua event yang Nina join menarik dan kalau diberi peluang lagi nak join. InsyaALLAH. Apa-II pun terima kasih lecturer kami yang bertungkus lumus dalam hal ni dan semua yang terlibat.

November 19, 2014

09 : Wordless Wednesday | Terimalah

WORDLESS WEDNESDAY | Tak kisah sesiapa yang tegur kita, lapangkan dada dan terimalah dengan hati yang terbuka :)

Tempahan Design Blog Nur Arifah

Assalamualaikum dan hye semua!
Alhamdulillah beliau suka. Yeahh :D Terima kasih ye Arifah kerana mempercayai saya. Senang nak deal dengan Arifah ni. Semalam dia order dan semalam juga edit siap. Tak sampai sehari pun. Beliau bayar awal, so siapkan awallah. Jom terjah blog beliau dan kalau perlu komen, komen lah :)
NAMA : NUR ARIFAH
PAKEJ : PAKEJ 3 SIMPLE 
THEME : PINK
TEMPOH SIAP : SEHARI
INTERESTED : PM DI PAGE SEHIJAU BLOG RA

Alhamdulillah owner tuan dia puas hati dengan hasil kerja Nina. Thanks!

November 18, 2014

Academic Visit 3 : Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery

Assalamualaikum dan hye semua!
Khamis yang lalu (13/11/2014), kami buat lawatan ketiga ini yang merupakan lawatan kedua terakhir untuk tahun ni or mungkin sem ni. Hehe



view luar


view dalam

Review Program : Lawatan ini lebih kepada macam lawatan sambil belajar. Haha sebab apa? Sebabnya kita melawat sekali Muzium, 2 in 1. Hehe first, talk dari pihak BNM. Agak menarik sebab kita tahu apa yang BNM buat dan sebagainya. Disebabkan fully english, lambat sikit nak paham. Then, baru lah dibenarkan melawat Muzium dan Galeri Seni. Sangat-II cantik tempat dia. Tengok dari luar pun kita tahu macam mana. Dalam apatah lagi. Superb! Hehe banyak bahagian dan paling menarik hati dekat dengan matawang lama lah. Teringat masa belajar Sejarah masa sekolah dulu. Hehe bestlah. Dalam Galeri Seni pula banyak Art yang cantik-II. Kalau orang seni ni mesti paham setiap gambar tu mempunyai maksud yang tersendiri. So sesiapa nak pergi boleh pergi sebab FREE je dibuka setiap hari dari pukul 10 am hingga 6 pm kecuali 3 hari Raya Aidilfitri :)

November 9, 2014

Tips Untuk Menghadiri Interview/Temuduga

Assalamualaikum dan hye semua :)

Baru-II ni Nina ada hadiri interview di satu syarikat CA untuk internship. Ni merupakan pengalaman pertama dalam hidup. Hehe selalunya menghadiri temuduga memberi tekanan kepada anda? Betul tak? Hehe so untuk menghadiri temuduga memerlukan persiapan awal. 


Antaranya :

1) Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Petua dia, jangan tak jawab soalan. Yang paling penting, CONFIDENT! :D

2) 1st impression sangat penting untuk menilai seseorang itu. Jadi, pakailah pakaian yang formal dan sopan bagi menunjukkan nilai anda kepada penemuduga. Jangan berpakaian menjolok mata. Tak pasal-II tak dapat kerja tu terus. Hehe pakailah sehabis baik dan smart di mata penemuduga tersebut.

3) Cuba fokus dan memahami apa yang ditanya oleh penemuduga. Jawab dengan baik dan lancar. Jika tidak paham, tak salah jika tanya balik kepada penemuduga tu. Penemuduga ni manusia juga seperti kita.

4) Datang awal atau tepat pada waktu (on time) ke tempat interview tu. Mana tahu jalan jammed ke apa-II halangan ke terjadi kan. So, boleh ambil mood dulu bila sampai awal :)

5) Study pasal company dan jawatan yang kita minta tu. Kadang-II bila penemuduga tanya mengenai bidang yang kita ambil dan jawatan yang kita pilih tu. So, kena tahu lah ye. Hehe contoh macam Nina ambil bidang akaun kan dan Nina interview di CA dan dia tanya mengenai Audit.

Jika anda gugup, takut, cuak atau sebagainya, cuba baca semasa menghadiri temuduga :
  • Sebelum masuk temuduga, bacalah al-Fatihah
  • Baca ayatul Qursi
  • Baca Ayat 1000 Dinar
  • Akhir sekali Zikir ‘Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir'
InsyaALLAH semuanya akan tenang. Dah usaha, tawakkal je padaNya :)


November 2, 2014

Academic Visit 2 : Ministry Of Finance Malaysia

Assalamualaikum dan hye semua!
Ingat lagi entry tempoh hari Nina ada event lawatan ke Jabatan Audit Negara kan. Ok kali ini lawatan yang kedua di MOF, Putrajaya pada Khamis lalu (30 Oct 2014).


Review program : Banyak sangat input yang kami dapat terutamanya sesi GST Talk. Kali ni lawatan sangat berbeza dengan yang pertama sebab mungkin yang ni agak menarik. Hehe banyak ilmu yang kami perolehi terutama kami ni student account. So, GST ni sangat berguna pada kami yang akan digunakan pada praktikal akan datang. Seterusnya kami mendengar ceramah mengenai Perbelanjawan Negara. Ni sangat-II menarik sebab tak semua tahu perbelanjaan Negara kita ni kan. Akhir sesi ceramah, yang paling best bila sesi tanya dan menjawab soalan. Hehe kelakar pun ada sampai penceramah tu cakap banyak sangat soalan dari kami student UniKL :D *tetapi mereka tak tahu di sebaliknya*

October 29, 2014

08 : Wordless Wednesday | Hujan

WORDLESS WEDNESDAY |  Hujan adalah rahmat dari Allah. Ketika ini doa kita adalah antara doa yg akan makbul. InsyaALLAH, Aminnn :)


October 24, 2014

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Assalamualaikum dan hye semua!
Esok 25/10/2014 bersamaan hari Sabtu merupakan hari MUHARAM iaitu bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Dan jangan kalian lupa untuk membaca doa akhir tahun 3x selepas Asar (sebelum Maghrib) dan doa awal tahun 3x selepas Maghrib hari ini tau (Jumaat) :)

 



Salam Maal Hijrah. Maaf silap dan salah ye :)

October 22, 2014

07 : Wordless Wednesday | Deepavali

WORDLESS WEDNESDAY | May your Diwali be a celebration of beautiful colours and many sparkles.. and hope this year filled with peace, prosperity and happiness..

October 20, 2014

Academic Visit 1 : National Audit Department

Assalamualaikum dan hye semua!
Jumaat yg lepas (17/10/2014) kami student UniKL under subjek Advanced membuat lawatan ke Jabatan Audit Negara di Putrajaya. Ini adalah  event atau academic visit yg pertama. Banyak lagi lawatan akan diadakan.



Review Program : Banyak input dapat sepanjang lawatan ni cuma tak boleh nak lama sebab hari Jumaat kan lelaki pula nak pergi sembahyang. Kami tak sempat nak tengok kawasan yg lain cuma kami dengar  Talk sahaja dari  the Best Speaker dari Audit Negara. Walaupun kami tak dapat tengok sendiri macam mana mereka bekerja, tetapi kami dapat view melalui Talk dan short video yg dipertontonkan. So, dari situ, kami mengenali bahagian-II di Jabatan Audit ni secara real. Dan macam mana nak bekerja di Jabatan Audit ini sendiri dan sebagainya.

Bagi mereka student ni yg nak membuat lawatan bolehlah buat proposal dan email kepada mereka atau follow-up call dan deal sendiri dengan mereka. Anda suggest tarikh dan diorang akan tengok time mana yg sesuai dan diorang akan cari the Best Speaker. Cuba tahun ni Jabatan Audit Negara tidak terima lagi lawatan. Lawatan dibuka pada tahun depan pula :)

*kredit gambar from Photographer UniKL 

October 15, 2014

06 : Wordless Wednesday | Internship

WORDLESS WEDNESDAY | Any ideas/suggestions for the best place? Area KL/Seremban je kos berkaitan Account/Finance :)




October 10, 2014

Tazkirah Jumaat 5 - Keutamaan dan Keistimewaan Hari Jumaat

Assalamualaikum dan hye semua!
Harini merupakan hari Jumaat iaitu hari yg ditunggukan sebab esok hari minggukan. Yeahh! Cuti :)

Kebanyakkan orang tahu Jumaat ialah hari yg penuh dengan keberkatan dan punya keistimewaan. Antara keutamaan dan keistimewaan hari Jumaat iaitu :

1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat juga Adam dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Ahmad)

2. Waktu yang mustajab untuk berdoa

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut hari jumaat lalu beliau Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Di hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang muslim melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta’ala, nescaya permintaannya akan dikabulkan.” Lalu beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Dosa-dosanya diampuni antara jumaat tersebut dengan jumaat sebelumnya

Dari Salman Al-Farisi r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

credit: iluvislam.com



October 8, 2014

05 : Wordless Wednesday | Menu

WORDLESS WEDNESDAY | Pagi-II ni korang breakfast apa? Cer tengok menu bawah ni. Semua adooo :D Macam sodap yo. Haha



Unik juga kan? Aduhai macam-II lah :D



October 7, 2014

Salam Aidiladha 2014

Assalamualaikum dan hye semua!

Masih lambat ke Nina post entry pasal Raya Haji ni? Tak kan. Haha maklumlah Nina cuti tak lama. Budak UiTM cuti seminggu. Jeles sihh :D


Apa yg kita tahu Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Kalau tiba Aidiladha je mesti dengar macam-II cerita yg mencuitkan hati kan? Haha tahun ni kita dengar lembau terjun dari lori lah, lari lah. Haha tapi tak lepas juga cerita sedih :( 

Apa pun Nina nak ucapkan Salam Aidiladha. Berhati di jalan.
Semoga kita mendapat keberkatan dalam setiap apa yg kita lalui. Aminn..

October 1, 2014

7# Review Blog Terpilih - Blog Cik Balqis

Assalamualaikum dan hye semua!
Petang ni Nina nak review blog lagi. Hehe atas permintaan tuan blog ni. Lagipun Nina tak ada kerja lagi. Ada kerja tapi curi-II masa sikit. Haha blog ni Pink juga. Kenapa ek? Mungkin sebab kebanyakkan blogger perempuan suka pink >,< Just to look her header.. Nice right?



Blog ni kepunyaan akak yg comel ni. Student lagi tau macam Nina juga. Hehe study bidang Sains Kimia di UPSI. Dulu berangan juga pergi sana tapi tak pernah ada kesempatan. 

Dan akak ni juga suka join mana-II segmen ke contest ke. Baguslah akak support penganjur kan. Meriah sikitkan. Hehe so sesiapa yg buat tu ajak lah akak ni. Confirm akak ni join :D

Tentang blog akak ni so far so good tapi kalau akak arrange balik mungkin ok kot. Tak arrange pun tak apa sebab dah ok dah. Cuba kemaskan gadget-II tu ke. Jangan terlalu crowded sangat yg gantung-II tu.

Salam perkenalan akak ye ;)


04 : Wordless Wednesday | October

WORDLESS WEDNESDAY | 1/10 permulaan bagi bulan Oktober dan kita sudah pun tinggalkan bulan September.


Please, give me strength.
Berikan yg terbaik untukku.
Maafi kesalahanku tanpa kuduga menyinggung dirimu.

Aminn.. :)

September 30, 2014

6# Review Blog Terpilih - Blog Eirna's Story

Assalamualaikum dan hye semua!
Okay next review ni blog pink juga. Haha asal ek dapat blog pink je ni. Pink is Comel tau. *Eh, yeke?* :D Asal tak boleh print full ni? Tak pela nina bagi tunjuk header blog ni dulu. Selebihnya korang klik je link blog ni dekat bawah sekali ye :)


Pemilik blog ini merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak tau. Comel-II je anak akak ni. Hehe geram plak Nina :D 

So far, ok dah blog akak tapi kalau boleh lah, kalau boleh ye kak. Hehe background tu tukar lagi comel kot. Sebab yg lain Nina rasa dah ok sangat dah ;)

Akak ni Nina rasa suka kepada sosial. Bukan sosial yg tak baik tu tapi akak ni suka kepada lasak. Means suka bersukan dan lebih suka kepada gadget, travel dan photography. Kalau korang tengok blog akak ni penuh juga gadget dan Nina pun suka tengok sebenarnya. Hehe

Tak nak banyak cakap, kalau korang nak jenguk meh datang blog akak ni

5# Review Blog Terpilih - Blog Cikk Mira

Assalamualaikum dan hye semua!
Seperti dijanjikan semalam Nina dah post dekat page yg Nina nak review blogkan. First blog ni memang favourite nina lah! Pinky..

Itu baru header, pun dah comel. Apatah lagi blog dia.. Tengok ni..


Ha kan betul kan Nina cakap. Blog pinky. Nina rasa mira ni suka pink kot. Haha Nina mengikuti perkembangan blog Cikk Mira ni tau. Yela sebab Nina suka arrangement blog ni. Kemas dan makin Mira edit blog, makin comel *thumbs up*

Mira ni muda lagi. Boleh panggil adik lah dengan nina tapi tak kisah pun lah macam kawan dah kan, Mira kan. Cikk Mira ni student MMU tau tapi mengedit blog kemain pandai macam ambil course IT je tapi bukan ye. Cikk Mira ni merupakan student Management *kalau tak silap*. Hehe kalau silap maaf ye, Mira ;)

Blog Cikk Mira ni juga menyediakan service mengedit blog dan Nina tengok portfolio Mira ni tak mengecewakan customer. Semua cantik dan sangat comel macam blog ni juga. Kreatif! Korang kalau nak tempah edit blog, ha Mira lah orang yang sesuai. Mira ni baik dan peramah. Hehe blog ni juga sisipkan dengan tutorial sebagai rujukan kepada blogger lain.

So siapa nak jenguk blog ni, jom cuci mata ye >> http://www.cikkmira.com/


September 24, 2014

3 Tanda Apabila Kucing Datang

Sesiapa pernah alami bila pergi kedai makan, pasti ada kucing yg datang kepada kita kan? Nina selalu juga alami. Ada tu yg sampai panjat kat kita sebab nak makanan. Hehe comel je. Disini nak share dari Facebook Dunia Kucing 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain.
Pertama - Allah sedang bagi tahu makanan kita hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua - Allah sedang bagi tahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga - Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yg Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas. Bukan hanya pada wang tapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan. Kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

September 10, 2014

03 : Wordless Wednesday | Kahwin

WORDLESS WEDNESDAY | Err.. krik krik :D Hehehehe.. Betul tapi kalau belum ada rezeki nak buat macam mana kan? Tak boleh juga buat tergesa gesa. Slow-II and steady :P


September 8, 2014

Tutorial PrintScreen Penuh Tanpa Edit

Hai malam ni nina nak share korang dengan satu tutorial. Lama juga nina tak buat tutorial kan. Selalu korang printscreen satu satu dan edit kan. Ha sekarang dah tak payah edit lagi. Just printscreen penuh satu webpage.
Abduction! - Webpage Screenshots Screen Capture

Ha ini lah benda nya yang boleh printscreen satu webpage tu. Hehe jom macam mana nak guna benda alah ni :)

Tapi tapi sebelum tu benda ni hanya boleh bila kita firefox ONLY!

STEP 1 : KLIK LINK INI

STEP 2 :
klik untuk tumbesaran
Klik button hijau +add to firefox tu ye. tunggu sehingga install :)

STEP 3 : Restart firefox

STEP 4 : Right click mouse dan pilih Save Page as Image 

STEP 5 : Klik "select all (U)" pada bahagian atas dan save

Settle! Siap! Senang kan? Okay kalau nak paham lagi, tengok ni kat Youtube :


*Nina baru cuba tadi, menjadi! Hehe