Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

July 18, 2014

Segmen Birthday and Nak Kad Raya by RA

INI STICKY POST UNTIL 18 JULAI 2014 SELEPAS RAYA

TAMAT
hai korang seperti yang dijanjikan.. hehe nina nak merasmikan segmen simple hari ini.. sempena birthday nina buat lah segmen ni. segmen ni 2 hari je tau sebab nak pos kad raya tu sebelum raya. maaf segmen ni akan dilanjutkan sampai selepas raya ye. nina tengah sibuk test penuh dalam minggu sebelum raya ni dan tak sempat nak pos. maaf ye lagi sekali ^^
|
|
|
http://i.imgur.com/9uTMLA3.png
1. Wajib follow blog nina ni dan like fanspage sekali
2. Copy paste banner di atas dan buat satu entry yang bertajuk "Segmen Birthday and Nak Kad Raya by RA".
3. Dalam entry tersebut kalau sudi selitkanlah ucapan birthday sekali. Hehe
4. Dah siap, pastekan link entry penyertaan SAHAJA di kotak komen ini.
5. Tag berapa orang dan pastikan mereka tahu.

Hadiah : 10x kad raya limited edition 
(random.org)

TARIKH TUTUP : 
JUMAAT INI (18 JULAI 2014) 
SELEPAS RAYA (TARIKH AKAN DIBERITAHU)

July 16, 2014

02 : Wordless Wednesday | Trending

WORDLESS WEDNESDAY | Yang ni tengah trending kot kes perempuan yang maki hamun Uncle sebab terlanggar kereta. Tak tahu nak cakap apa. Terkejut pun ye :O

July 9, 2014

01 : Wordless Wednesday | Pray For GAZA

WORDLESS WEDNESDAY | Please everyone sama sama kita doakan mereka yang teraniayai dan doakan keselamatan saudara kita di sana ye. Doa itu senjata mukmin. Allahuakbar!

July 6, 2014

Khasiat Buah Kurma

KURMA, sebut dengan buah kurma selalu sinonim bila di bulan puasa iaitu Ramadhan lah kan. Hehe kurma dijadikan pembuka selera atau pemanis mulut sebelum berbuka puasa. Ia juga makanan sunnah Rasulullah. So, nina nak share khasiat yang kita dapat apabila memakan buah kurma ni. Antaranya :

1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide).

2)  Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

SALAM RAMADHAN SEMUA PEMBACA BLOG INI :)