Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

November 26, 2014

10 : Wordless Wednesday | MAHA 2014

WORDLESS WEDNESDAY | Jom pergi MAHA 2014 di MAEPS, Serdang dan jangan lupa singgah di Gerai Makanan 1, booth NO.24 okayy! My bro buka booth dengan bos dia jual dadih. Terbaik punya. Support produk Melayu :)

November 22, 2014

Academic Visit 4 : Securities Commission Malaysia (SC)

Assalamualaikum dan hye semua!

Semalam lawatan kami yang terakhir di SC. Sedih plak kan. Yela mana senang nak dapat peluang pergi visit ke tempat yang semua orang bukan boleh masuk. Dengan event ni lah, dapat timba ilmu dan pengalaman. Hehe



Review program : Sangat best visit ni dengan view SC yang cantik. Pagi lagi kami ada talk dan talk kali ni berbeza dengan lawatan yang lain sebab talk dia kuiz. Hanya dengan tengok video, kami jawab kuiz. Event ni combine dengan universiti lain. Agak ramai dalam 400 lebih orang. Penuh lah dewan tu. Last sekali macam biasa ada Q&A. Overall, semua event yang Nina join menarik dan kalau diberi peluang lagi nak join. InsyaALLAH. Apa-II pun terima kasih lecturer kami yang bertungkus lumus dalam hal ni dan semua yang terlibat.

November 19, 2014

09 : Wordless Wednesday | Terimalah

WORDLESS WEDNESDAY | Tak kisah sesiapa yang tegur kita, lapangkan dada dan terimalah dengan hati yang terbuka :)

Tempahan Design Blog Nur Arifah

Assalamualaikum dan hye semua!
Alhamdulillah beliau suka. Yeahh :D Terima kasih ye Arifah kerana mempercayai saya. Senang nak deal dengan Arifah ni. Semalam dia order dan semalam juga edit siap. Tak sampai sehari pun. Beliau bayar awal, so siapkan awallah. Jom terjah blog beliau dan kalau perlu komen, komen lah :)
NAMA : NUR ARIFAH
PAKEJ : PAKEJ 3 SIMPLE 
THEME : PINK
TEMPOH SIAP : SEHARI
INTERESTED : PM DI PAGE SEHIJAU BLOG RA

Alhamdulillah owner tuan dia puas hati dengan hasil kerja Nina. Thanks!

November 18, 2014

Academic Visit 3 : Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery

Assalamualaikum dan hye semua!
Khamis yang lalu (13/11/2014), kami buat lawatan ketiga ini yang merupakan lawatan kedua terakhir untuk tahun ni or mungkin sem ni. Hehe



view luar


view dalam

Review Program : Lawatan ini lebih kepada macam lawatan sambil belajar. Haha sebab apa? Sebabnya kita melawat sekali Muzium, 2 in 1. Hehe first, talk dari pihak BNM. Agak menarik sebab kita tahu apa yang BNM buat dan sebagainya. Disebabkan fully english, lambat sikit nak paham. Then, baru lah dibenarkan melawat Muzium dan Galeri Seni. Sangat-II cantik tempat dia. Tengok dari luar pun kita tahu macam mana. Dalam apatah lagi. Superb! Hehe banyak bahagian dan paling menarik hati dekat dengan matawang lama lah. Teringat masa belajar Sejarah masa sekolah dulu. Hehe bestlah. Dalam Galeri Seni pula banyak Art yang cantik-II. Kalau orang seni ni mesti paham setiap gambar tu mempunyai maksud yang tersendiri. So sesiapa nak pergi boleh pergi sebab FREE je dibuka setiap hari dari pukul 10 am hingga 6 pm kecuali 3 hari Raya Aidilfitri :)

November 9, 2014

Tips Untuk Menghadiri Interview/Temuduga

Assalamualaikum dan hye semua :)

Baru-II ni Nina ada hadiri interview di satu syarikat CA untuk internship. Ni merupakan pengalaman pertama dalam hidup. Hehe selalunya menghadiri temuduga memberi tekanan kepada anda? Betul tak? Hehe so untuk menghadiri temuduga memerlukan persiapan awal. 


Antaranya :

1) Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Petua dia, jangan tak jawab soalan. Yang paling penting, CONFIDENT! :D

2) 1st impression sangat penting untuk menilai seseorang itu. Jadi, pakailah pakaian yang formal dan sopan bagi menunjukkan nilai anda kepada penemuduga. Jangan berpakaian menjolok mata. Tak pasal-II tak dapat kerja tu terus. Hehe pakailah sehabis baik dan smart di mata penemuduga tersebut.

3) Cuba fokus dan memahami apa yang ditanya oleh penemuduga. Jawab dengan baik dan lancar. Jika tidak paham, tak salah jika tanya balik kepada penemuduga tu. Penemuduga ni manusia juga seperti kita.

4) Datang awal atau tepat pada waktu (on time) ke tempat interview tu. Mana tahu jalan jammed ke apa-II halangan ke terjadi kan. So, boleh ambil mood dulu bila sampai awal :)

5) Study pasal company dan jawatan yang kita minta tu. Kadang-II bila penemuduga tanya mengenai bidang yang kita ambil dan jawatan yang kita pilih tu. So, kena tahu lah ye. Hehe contoh macam Nina ambil bidang akaun kan dan Nina interview di CA dan dia tanya mengenai Audit.

Jika anda gugup, takut, cuak atau sebagainya, cuba baca semasa menghadiri temuduga :
  • Sebelum masuk temuduga, bacalah al-Fatihah
  • Baca ayatul Qursi
  • Baca Ayat 1000 Dinar
  • Akhir sekali Zikir ‘Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir'
InsyaALLAH semuanya akan tenang. Dah usaha, tawakkal je padaNya :)


November 2, 2014

Academic Visit 2 : Ministry Of Finance Malaysia

Assalamualaikum dan hye semua!
Ingat lagi entry tempoh hari Nina ada event lawatan ke Jabatan Audit Negara kan. Ok kali ini lawatan yang kedua di MOF, Putrajaya pada Khamis lalu (30 Oct 2014).


Review program : Banyak sangat input yang kami dapat terutamanya sesi GST Talk. Kali ni lawatan sangat berbeza dengan yang pertama sebab mungkin yang ni agak menarik. Hehe banyak ilmu yang kami perolehi terutama kami ni student account. So, GST ni sangat berguna pada kami yang akan digunakan pada praktikal akan datang. Seterusnya kami mendengar ceramah mengenai Perbelanjawan Negara. Ni sangat-II menarik sebab tak semua tahu perbelanjaan Negara kita ni kan. Akhir sesi ceramah, yang paling best bila sesi tanya dan menjawab soalan. Hehe kelakar pun ada sampai penceramah tu cakap banyak sangat soalan dari kami student UniKL :D *tetapi mereka tak tahu di sebaliknya*