Tahun 2015 sudah kembali semula dan semestinya usia kita menganjak setahun lagi. Back to school again! Alhamdulillah musim sekolah menjalan dengan lancar setelah seminggu ditangguhkan kerana banjir dan berpeluang bagi mereka untuk menuntut ilmu especially murid Tahun 1..
Seronoknya adik-II pergi sekolah buat pertama kali. Macam-II gelagat kita boleh tengok diorang. Ada yang menangis, ada yang tak nak balik dan macam-II lagi. Ibubapa pun tunggu depan kelas. Comel-II belaka. Kita masa kecik dulu pun macam tu juga. Haha biasalah budak lagi kan. Tak terlepas juga anak saudara Nina pun start sekolah juga Darjah 1 dan seorang lagi Darjah 3. Hehe adik beradik satu sekolah yang sama.
Yang menyedihkan ada pelajar yang datang hanya berpakaian biasa. Mereka tidak dapat membeli baju baru lagi dan rumah mereka yang dilanda banjir. Tapi itu bukan penghalang bagi mereka untuk menuntut ilmu. Semangat mereka mengatasi segalanya. Semoga mereka terus tabah ye :)
Selamat bersekolah ye adik-II!
tringat pulk zaman skolh rendh dulu. hmmm rindu >_<
ReplyDeletehehe kan? >,<
Delete