Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

January 27, 2015

Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana dan PHD?

Assalamualaikum dan hai semua!
Ada yang confius apa itu sijil, diploma, ijazah, sarjana dan PHD. Disini nak beritahu ye pada adik-II yang tak paham dan pening mana nak pergi setelah habis belajarkan. Disini ada 5 penting peringkat kelulusan dalam belajar.
 
1) SIJIL
Ini merupakan peringkat pertama dalam peringkat kelulusan. Jika result SPM tidak cemerlang tak apa jangan risau. Start dengan peringkat Sijil ni. Kalau korang nak tahu dia itu sijil or tidak, selalunya program tersebut dimulai dengan Sijil Kejuruteraan or sebagainya. Tempoh pengajian lebih kurang 2 tahun atau mengikut program di tempat pengajian.

2) Diploma
Peringkat ini kebiasaan juga diambil oleh pelajar lepasan SPM macam Nina juga start dengan Diploma Perakaunan. Peringkat Diploma ini merupakan peringkat separa professional. Dari Sijil boleh melangkah ke Diploma pula. Tempoh pengajian adalah 3 tahun dan bayarannya mengikut tempat pengajian.

3) Ijazah (Ijazah Sarjana Muda)
Selepas Diploma, Nina menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pula. Peringkat ini merupakan peringkat professional dan tempoh pengajian lebih kurang 3-5 tahun bergantung pada program yang diambil. Jika pelajar dari Diploma menyambung Degree dalam program yang sama, tempoh pengajian mereka akan berkurang dari 4 tahun jadi 3 tahun sahaja.

4) Master (Ijazah Sarjana)
Peringkat ini merupakan peringkat yang mencabar dan agak sukar sebenarnya. Haha ia melibatkan lanjutan pembelajaran dari program Degree tadi. Tempoh pengajian lebih kurang 2-3 tahun bergantung kepada program yang diambil dan mereka yang ambil Master ada yang full time or part time (PJJ - Program Jarak Jauh).

5) PHD (Doktor Falsafah)
Peringkat akhir pengajian ialah PHD. Kebanyakkan mereka yang dah PHD akan dapat gelaran doktor. Hehe tapi doktor falsafah jela ek. Bukan doktor yang kat klinik or hospital tu. Peringkat ini lebih mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi.
So, paham? Agak-II korang sampai mana ye? :D
*credit
*re-edit by me

26 comments:

  1. Salam, nak tanya apa itu sijil ikhtisas? dan perbezaan diploma pendidikan dan tanpa pendidikan. mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. sori lambat reply. tak perasaan ada komen. maaf ye yang itu saya kurang maklumat lagi. thanks!

      Delete
  2. assalam akak..nk tya.apa pekerjaan melalui kelulusan ijazah,diploma,kelulusan spm dan kelulusan pendidikan rendah..tlg reply anyone..thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. sori lambat reply. pekerjaan tu mengikut kelulusan/bidang yang awak ambil. harap soalan tadi terjawab. thanks!

      Delete
  3. Assalamualaikum nak tnye ape beza diploma dengan sarjana muda.bukan ijazah sarjana muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. diploma ni permulaan masuk universiti. sarjana muda ini degree/bachelor. sambungan dari diploma :)

      Delete
  4. Assalamualaikum,nak tanya bachelor tu diploma ke atau ijazah sarjana muda?please reply...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Maaf lambat reply. Bachelor tu Ijazah Sarjana Muda..

      Delete
  5. skrg ni ada apel yg membolehkan lepasan diploma terus ke master..boleh ke apply keje gred profesional tanpa digree...terus pakai master..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, setahu saya kebanyakan kerja memerlukan diploma/degree. Master tidak pakai. Tapi kalau untuk kerja seperti pensyarah boleh menggunakan master tersebut. Maaf jika info ini salah. Tapi ini apa yang saya tahu dan paham :)

      Delete
  6. Assalamualaikum , nk tanya , sma ( sijil menengah agama [ form 4 ] ) // stam tu dikira sijil ke ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Maaf lambat reply. Untuk sekarang saya tidak pasti sebab sistem pelajaran lain sedikitkan. Jadi saya rasa itu sijil. Untuk lebih penjelasan boleh layari mana-mana web :)

      Delete
  7. assamualaikum, nak tanye.. kalau 3thun dah lepas spm, boleh sambung belajar ambik diploma ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. Maaf lambat reply. Boleh tapi kena terus hubungi tempat belajar yang awak nak tu untuk keterangan lebih lanjut :)

      Delete
  8. jadi akak kan dalam bidang account..pekerjaan akak sekarang sebagai seorang?

    ReplyDelete
  9. pra-diploma apa plak... apa beza pra-diploma dgn diploma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat respon. Pra diploma tu macam asasi/sijil sebelum diploma

      Delete
  10. Assalamualaikum kak nak tanya, boleh ke kita sambung degree terus tanpa diploma? Sbb mak sedara saya macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sorry lambat respon. Ye boleh. Kalau dari asasi terus ke degree

      Delete
  11. Assalamualaikum sis nak tanya, contoh kalau kita amik stpm boleh ke amik diploma after tu. Kalau tak boleh pelajaran semasa stpm dapat membantu tak untuk pembelajaran degree sebab saya pon amik acc. Mohon penjelasan tq :3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Ye boleh. Tapi selalunya lepasan stpm orang terus pergi degree. Bagi saya agak rugi masa kebab away boleh terus pergi ke degree. Ada yang subject sama ada yang tak sama. Boleh try. Kena tengok sübjek dekat U tu dulu. Harap membantu. TQ

      Delete
  12. assalamualikum akak nak tanya kalau matrikulasi, dia dikira sebagai apa sijil jugak ker atau ada nama dia sendiri ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam dik. sorry lambat reply. tak silap matrik asasi. tapi kena check balik ye :)

      Delete
  13. Assalamualaikum kak, nak tanya kalau diploma and nak ambik degree bidang yang sama jugak kan akak cakap jadi 3 tahun camtu kan. Jadi dia cuma kurangkan satu sem je eh. Ataupun dia kurangkan 2 sem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. ye kalau diploma nak ke degree bidang sama akan ada pengurangan subjek dan sem. jadi tempoh belajar akan berkurang. bergantung pada kolej atau universiti adik ye. contoh diploma 4 tahun nanti degree jadi 3/2.5 tahun :)

      Delete
  14. Lepas habis stpm lepastu nak sambung ke universiti tu peringkat pengajian apa?

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.