Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

June 28, 2015

Senarai Peserta Segmen Birthday Raya 2015 by naniena.com

Segmen Birthday Raya 2015 by naniena.com

INI STICKY POST!
Sila scroll bawah untuk entry baru.
TAMAT!!
Assalamualaikum dan hai semua!
Dengan ini Nina rasmikan segmen sempena bulan puasa dan raya akan datang. Hehe tahun ni special sikit sebab birthday time raya kedua nanti :D
Syaratnya adalah:
1. Follow blog ini dan like page :
2. Buat satu entry "Segmen Birthday Raya 2015 by naniena.com" dan selitkan sekali ucapan birthday korang yang kreatif tu :)
3. Tag kawan lain dan pastikan mereka tahu (Blogger Malaysia sahaja).
4. Dah siap pastekan link entry korang di kotak komen di entry ini sahaja.


hadiah :
5x pemenang Kad Raya LE
10x pemenang Bookmarks LE
(random.org)

TARIKH TUTUP : AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN


June 26, 2015

Shopback Malaysia Kini Pilihan Fashionista

Assalamualaikum dan hai semua!
Ini adalah advertorial dari Shopback Malaysia. Fashion dan wanita memang tidak akan boleh dipisahkan. Bukan wanita sahaja, kini ramai lelaki yang menceburkan diri dalam dunia fesyen seperti pereka-pereka fesyen Nurita Harith, Rizalman, Syomir Izwa, Jovian Mandagie dan ramai lagi. Oleh itu, tidak hairanlah jika industri fesyen tanah air semakin berkembang pesat dan mendapat perhatian ramai penggemar fesyen. Tidak kurang juga perniaga dan butik-butik online yang kini “bagai cendewan tumbuh selepas hujan”. Pertumbuhan yang pesat ini menunjukkan jumlah permintaan yang semakin meningkat dikalangan pembeli.
Bercakap mengenai fesyen dan butik online pula, ini merupakan trend terkini dimana majoriti daripada kita kini lebih menggemari pembelian secara online. Ini kerana ia lebih memudahkan pembeli dan menjimatkan tenaga yang kebanyakkannya bekerja dan kekangan masa untuk keluar ke shopping mall. Malah, pada cuti hujung minggu pula lebih dimafaatkan untuk berehat di rumah bersama keluarga yang tersayang. Dan atas sebab itu lah Shopback Malaysia kini menjadi pilihan para fashionista ketika ingin membeli fashion item. Ini kerana, Shopback menyediakan semuanya di bawah satu website;

ZALORA yang merupakan destinasi fesyen online yang paling saya gemari (Get Zalora discount offers here). Bukan sahaja menyediakan segala keperluan fesyen yang saya ingini, malah harga yang ditawarkan juga mampu milik! Begitu juga dengan jenama-jenama kasut antrabangsa seperti Melissa dan Steve Madden. 
Jadi, jika anda ingin membuat pembelian online yang mudah, selamat dan ingin menikmati tawaran hebat seperti kupon, diskaun dan cashback, buat pembelian anda di Shopback sekarang juga!

June 19, 2015

Jubah Murah Hanya di Zalora Malaysia

Assalamualaikum dan hai semua!
Product review kali ini mengenai jubah. Jubah adalah sejenis pakaian tradisional yang biasa dipakai oleh wanita Muslim di Malaysia. Ia mendapat pengaruh daripada negara Timur Tengah, jubah dress kini semakin terkenal dalam kalangan wanita. Jubah bukan sahaja selesa dan senang dipakai malah ia senang juga digaya dan dipadankan di semua tempat, suasana dan majlis seperti majlis kahwin, ke kelas, ke pejabat dan sebagainya.
Fesyen untuk wanita Muslim sudah berkembang dengan kadar yang cukup pantas sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jika dahulunya jubah hanya terhad kepada satu corak dan warna tetapi untuk memenuhi permintaan yang semakin berkembang, jubah kini hadir dengan pelbagai jenis rekaan dan warna yang sesuai untuk dipakai oleh wanita tidak kira bentuk badan dan juga umur. 
Kini terdapat ratusan blogshop atau website online shopping in Malaysia yang menawarkan pelbagai koleksi jubah dengan rekaan-rekaan yang menarik. Jika anda mahu beli jubah murah terkini dengan cara mudah, buat sahaja pembelian anda secara online di Zalora Malaysia. Yang menariknya di Zalora Malaysia ialah tawaran istimewa dengan harga yang cukup berpatutan dan juga menawarkan pelbagai jenis jubah yang menjadi trend dan mengikut arus fesyen terkini. Oleh itu, sehingga kini Zalora Malaysia tidak mengecewakan kerana hanya di Zalora Malaysia yang dapat memenuhi segala permintaan peminat jubah.
Jom shopping! Anda pasti puas hati dengan Zalora Malaysia. Terima kasih :)


June 16, 2015

Ramadan Tiba

Assalamualaikum dan hai semua!
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana kita dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan dapat merasai kenikmatan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Alhamdulillah.. Bagaimana perasaan anda bila musim puasa ni? Dah siap persiapan dari segi mental dan fizikal? Bulan puasa bukan sahaja dapat menahan dahaga dan lapar tetapi juga dapat merasai keadaan bagi mereka yang kekurangan. Ia juga dapat melatih kita menjadi seorang yang penyabar dan mensyukuri segala kenikmatan yang melimpah ruah yang kita rasai.
Semoga kita mendapat lebih keberkatan dalam bulan puasa ini. Aminn.. Jangan lupa niat puasa dan sahur :)


June 13, 2015

Movie Review | Jurassic World

Assalamualaikum dan hai semua!
Next review cerita ini yang menjadi penonton ramai yang tunggu-II kan. Cerita ini disukai ramai tanpa mengira umur dari kanak-II sampailah kepada mereka yang berusia :D Ia juga merupakan Part 4 dan sambungan dari serial filem Jurassic Park yang lalu.
Jurassic World poster.jpg
Kisah ini bermula apabila adik beradik, Zach Mitchell dan Gray Mitchell mengunjungi makciknya Claire Dearing yang merupakan pengurus di taman dinasour, Jurassic World. Sampai di pulau itu, mereka mengetahui bahawa Claire terlalu sibuk untuk menghabiskan waktu dengan mereka sehingga mereka harus dijaga oleh pembantu peribadinya, Zara. Simon Masrani, pemilik taman datang dan memanggil Claire untuk melihat dinosaur baru hasil rekaan genetika mereka, Indominus rex. Setelah pemeriksaan kandang, Simon mengatakan ia ingin memanggil Owen Grady, seorang ahli dan pelatih empat Velociraptor untuk memeriksa dan memastikan kandang Indominus rex itu kukuh.
Apa terjadi selepasnya? Korang kena pergi menonton filem ini di semua pawagam yang berdekatan dengan anda. Best! :)
★★★★


June 6, 2015

#1 Kad Raya 2015 | Shida Radzuan

Assalamualaikum dan hai semua!
Raya nak dekat kan. Tradisi memberi dan kirimkan kad raya tak kan pernah lupus. Seronok je kita baca kad ni kan :)

Kad raya pertama ni dari Kak Shida. Dah dua tahun dapat dari akak ni sebab guna servis printing dia sekali pakej dapat kad raya dari dia. Thanks kak :) Akak ni baik tau. Kalau korang teringin nak design kad ke, edit blog ke boleh contact akak ni. 
jom visit blog Akak Shida

Rasai Keenakkan Popia Basah | Popia Basah SS Ali Kg Baru

Assalamualaikum dan hai semua!
Food revew : Popia Basah SS Ali, Kg Baru | First time Nina makan popia basah. Sebelum ni tak reti makan benda ni sebab dia tak masak macam popia biasakan. Haha akhirnya perkena popia basah ni terus suka. Popia Basah SS Ali ni boleh dapat di area Kg Baru berdekatan dengan UniKL tu. Hehe murah pun murah :)
1set/5 keping = RM4

Review: Tapi serius yang ni lain. Tak macam Nina tengok popia basah yang lain. Crunchy sangat! Boleh tahanlah rasa dia. Dia letak sayur dalam tu. Luar sapu sos dan lepastu tabur tauhu goreng dan dihancurkan.

Sedap ke Rasa Makanan Disini? | Kenny Rogers Sunway Putra Mall

Assalamualaikum dan hai semua!
Food Review : Kenny Rogers, Sunway Putra Mall | Alhamdulillah. Terima kasih bos dan staf semua ye. Semoga kalian dimurahkan rezeki lagi. Kami makan tengah hari di sebuah Mall yang baru saja diupgrade menjadi sebuah Mall yang lebih canggih, teratur dan mewah. Hehe

Menu yang kami pilih ialah Roasted 1/4 chicken (original), romatic rice, home-made muffin, fresh fruits and ice lemon tea. Korang boleh singgah makan di :
Sunway Putra Mall
LG-20, Lower Ground Floor, Sunway Putra Mall, 
No.100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4050 0737
Review: Apa nak cakap lunch hari ini sikit mengecewakan sebab roti dia tak berapa nak sedap. Rasa lain macam je. Terus potong moodlah. Tak habis pun makan. Rasa makanan dia pun kurang sikit. Apa pun teruskan tingkatkan kualiti makanan terutama rasa dia. 

Keenakkan Roti Sandwich | Harold's Bread Palm Mall

Assalamualaikum dan hai semua!
Food review : Harold's Bread Palm Mall, Seremban | Untuk mereka yang suka bajet makan kan. Yela semua benda sekarang mahal. So nak dapatkan makanan yang kenyang dan sedap cuba Harold's Bread ni. Sebab dia ada set yang murah tau. Harga mampu milik je. 


Set yang Nina pilih ialah Chicken Slide Sandwich yang hanya 1set = RM6.90 bersama dengan air tau. Hihi murahkan?
Orang Seremban dan sekitarnya boleh dapat set ni :
38, Palm Mall, Kemayan Square,
Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban

Review: Murah je tapi puas hatilah. Roti dia padat dan besar juga. Dilimpahi dengan sayur. Kena buka mulut luas sikit ye :)

June 3, 2015

Dapatkan Koleksi Fesyen Terkini dan Popcorn Sedap

Assalamualaikum dan hai semua!
Untuk makluman koranglah kan. Sekarang ni Nina dah buat part time bisnes. Baru je permulaan. Hehe Alhamdulillah. Setelah daftar SSM hari tu baru semangat sikit nak berniaga. Barulah customer yakin dengan kita. Trusted seller! Apa pun sesiapa yang mencari popcorn seperti di pawagam, baju ke skirt ke or anything about fashion jomlah tengok insta kita :D
Apa yang kita jual :
- POPCORN
- SKIRT 100% TANPA JARANG



& BANYAK LAGI SKIRT

FOLLOW US NOW: