Assalamualaikum dan hai semua!
Hari ini nak review satu produk yang memang tak asing lagi sebab sebelum ni ramai blogger dah review. Hehe dah basi dah entri dan gambar ni tapi tak kisahlah sebab nak share juga dengan korang. Mana tahu ada yang tak cuba lagi kan :)
Hari ini nak review satu produk yang memang tak asing lagi sebab sebelum ni ramai blogger dah review. Hehe dah basi dah entri dan gambar ni tapi tak kisahlah sebab nak share juga dengan korang. Mana tahu ada yang tak cuba lagi kan :)
Apa yang bezanya entri ini dengan yang lain sebab Nina review dua jenis Pran Juice yang berbeza. Haa kebanyakkan entri review Pran Juice je kan (macam dalam gambar atas) tapi entri ini review untuk Pran Frooto juga. Hehe tengok gambar di bawah ini semuanya Pran Frooto ye.
Nampak sedap kan? Mestilah sedap dari Pran Juice ni. Sebab tu ramai yang review produk ini. Memang terbaik! Bagi peminat mangga jus ni kalau sekali minum dia nak lagi dan lagi. Hehe
Apa beza dia yee? Gambar ni Pran Juice dah tinggal sikit tapi snap jugalah dengan Pran Frooto. Hehe menurut peniaga tu cakap, sebenarnya tak adalah beza sangat yang beza cuba Pran Juice ni pasarannya di Malaysia. Kalau tengok botol dia semua kita paham bahasa dia sebab dalam BM dan untuk Pran Juice pula dia import dari luar ye. So botol dia tulisan dari bahasa diorang yang producelah iaitu dari Bangladesh. Keduanya rasa yang sedap tapi Pran Juice ni dia cair sikit berbanding dengan Pran Frooto ni pekat dan kalau tengok warna dia pun Pran Frooto lagi gelap dari Pran Juice. Kalau tak nak pekat tambah air sikitlah. Kesimpulannya, dua-II sedap dan lazat! Yang pasti HALAL.
Nina beli ni di pasar tani. Harga dia beza sikit sebab kandungan yang beza tapi mungkin beza juga harga mengikut tempat dan orang yang jual jus ni.
Pran Juice 3 botol 1L = RM12
Pran Frooto 2 botol 1.5L = RM12
Untuk lebih lanjut boleh layari :
Pran Juice
Facebook : https://www.facebook.com/Jusmanggapran
Laman web : http://www.pran.com.my/
Pran Frooto
Facebook : https://www.facebook.com/pranfrooto
Laman web : http://www.pranfoods.net/
No comments:
Post a Comment
Thank you for comment. Come again :)
WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.