Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

October 28, 2015

THENAMYBLOG 1st ANNIVERSARY

Assalamualaikum dan hai semua!
Selamat tengahari! Tengah lunch ke? Jom support owner blog ni buat segmen :)
THENAMYBLOG 1st ANNIVERSARY
Klik banner untuk join
Dateline: tengah malam 31 Oktober

23 : Wordless Wednesday | Midterm Break

WORDLESS WEDNESDAY | Seminggu cuti duduk rumah dalam masa yang sama fokus pada business. Alhamdulillah :)
Jom layari instagram kami untuk lebih lanjut >> https://instagram.com/ruqaiyahamanina/ :)
Siapa lagi tengah cuti? Komen sikit :D

October 27, 2015

Perfume Pilihan Hati | The Body Shop Perfume Oil

Assalamualaikum dan hai semua!
Lama dah nak review ni tapi asyik tertunda je. Review produk kali ini perfume dari The Body Shop. Rasanya ramai penggemar The Body Shop kan? Hehe dengan pelbagai pilihan wangian dan yang paling best hanya calit sedikit sahaja sudah cukup memberi keyakinan dan bau wangian dia boleh tahan sampai seharian. Sangat berbaloi dengan harga dan kualiti produk dari The Body Shop ni. Disini ada dua review sebab Nina dah pernah pakai beberapa perfume tau.
1) VANILLA PERFUME OIL
Yang ni kegemaran pada waktu dahululah. Pakai sejak sekolah menengah lagi sebab wangian dia memang best. Rasa vanilla. Wangi sampai seharian ada bau dia lagi sebab pekatan oil dia. Dan tahan lama kot. Dalam setahun baru habis sebab calit sikit je. Jimat kan? :D
2) MADAGASCAN VANILLA FLOWER PERFUME OIL
MADAGASCAN VANILLA FLOWER PERFUME OIL
Selepas rasa macam tak serasi dah. Dan pihak The Body Shop dah tak hasilkan lagi Vanilla yang sebelum ni Nina pakai. Jadi cubalah perfume lain pula tapi masih tak lari dari bau kegemaran tapi ni lain sikit sebab campuran kot. Yang ni lagi fresh dan kurang pekat dari sebelum ni. Tapi oklah best pakai.

Ni koleksi perfume yang pernah pakai. Haha next? Masih tercari lagi perfume ni haaa :D

October 25, 2015

Musim Konvokesyen

Assalamualaikum dan hai semua!
Rasanya sekarang musim konvokan? Hehe sana sini nampak gambar berjubah dan pakai moktar tu. Wah seronoknya :)
Apa pun tahniah bagi mereka yang dah berkonvo. Yela bukan senang nak mengharungi sepanjang belajar tu nak sampai ke garis penamat tu.. Hehe mesti korang akan dapat bunga patung. Confirmlah memang macam satu wajibkan. Tapi tak ada pun tak apa. Dia nak bagi meriahkan suasana je.
Untuk korang nak berkonvo tu jangan lupa buat persiapan awal. Nanti tak adalah kelam kabut. Hehe bawa segala keperluan terutama pass nama tu. Kang tak sebut pula nama masa nak naik pentas nanti.

October 22, 2015

End of Month Flash Sale - RA Enterprise

Assalamualaikum dan hai semua!
Siapa suka SALE? Confirm ramai yang suka kan? Kami RA Enterprise dah ada sale hujung bulan ni. Bagi peminat skirt dan shawl boleh layari instagram kami https://instagram.com/ra.shoppe/ untuk sebarang pembelian.
KOLEKSI SHAWL SEMUA HARGA RM20/PCS (BEFORE DISCOUNT)
Semua details boleh layari instagram kami ye. Skirt kami yang paling terbaik yang kami jual. Sebab kami hanya jual SKIRT YANG TIDAK JARANG, TIDAK PANAS, DAN CIRIKAN MUSLIMAH. Material kami adalah POLYSTER + FULL LINING. Bukan chiffon yang kebanyakkan orang jual tu. Sangat cantik! Boleh baca feedback cutomers kami ye :)

October 14, 2015

22 : Wordless Wednesday | Salam Maal Hijrah

WORDLESS WEDNESDAY | Semoga tahun ni memberi keberkatan kepada kita dan jom hayati penghijrahan Nabi Muhammad SAW :)

RA Enterprise di UniBeez @ Busana Menara Mara

Assalamualaikum dan hai semua!
Ini merupakan aktiviti bisnes yang pertama setelah didaftar di SSM. Bagi peminat skirt dan shawl kami akan buka booth sempena UniBeez @ Busana Menara Mara (Jalan Tunku Abdul Rahman)  pada 15 hingga 17 Oct ni. Landmark dia Sogo, Pejabat Mara dan LRT Bandaraya. Esok kami akan ada disana dan datanglah ke booth kami sepanjang bazaar ini berlangsung. Skirt baru kami akan kami jual di booth sahaja. Secara online kami tidak dibuka lagi. Kita bagi can pada pelanggan untuk lihat sendiri skirt kami yang superrr flowwy tu! Jadi, ramai-ramai serbu booth kami ye. Rugi tau sebab skirt ni belian secara offline sahaja.
Antara yang jual pada esok :


Bukan semua warna ada ye. Kami bawa yg warna yang ada sahaja sebab kami belum restock lagi. Jadi, stok sangatlah limited. Skirt baru kami ada di booth kami adalah seperti gambar di bawah :)
Jumpa kami esok ye! No booth kami update later. Kalau tak sempat kami update, cari je booth nama Ruqaiyah Amanina Enterprise tau :)
Layari instagram untuk sebarang update 

October 8, 2015

Siapa Heroin Hello Mr Perfect tu?

Assalamualaikum dan hai semua!
Siapa tengok drama Hello Mr Perfect di TV3 jam 7 malam tu? Tertanya-tanya siapa ye heroin tu? Sebab tak pernah nampak lagi pelakon ni sebelum ni kan. 
      
Untuk pengetahuan korang beliau merupakan adik kepada pelakon heroin drama Playboy Itu Suami Aku, Nur Risteena. Hehe heronya pula dulu berlakon bersama kakaknya, kini adiknya pula :)
ruhainies 3
Biodata Nur Ruhainies Farehah Pelakon Hello Mr Perfect
Nama Penuh: Nur Ruhainies Farehah bt Zainul Ilyas
Nama Popular: Ruhainies
Umur: 23 Tahun (2015)
Asal: Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 27 Julai 1992
Pekerjaan: Pelakon, pengarah dan duta produk Ruza
Kaitan: Adik kepada Nur Risteena, heroin drama Playboy Itu Suami Aku
Laman Sosial Twitter: https://twitter.com/NurRuhainies
Instagram Rasmi Ruhainies: https://instagram.com/ruhainies7
Drama: Sofea Jane (Watak Sampingan), Hello Mr Perfect 2015 (Watak Utama Wanita)

ruhainies-4
Miripkan wajah mereka. Dah nama adik beradik kan. Semoga maju jaya :)
Haa lagi satu kecoh muka Ruhainies ni macam Blogger sama uni dengan kita ni, Lyssa Faizureen. Hehe untunglah ye Lyssa :D