Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

November 28, 2015

End of Month Flash Sale 2.0 - RA Enterprise

Assalamualaikum dan hai semua!
Siapa suka SALE? Confirm ramai yang suka kan? Kami RA Enterprise dah ada sale hujung bulan ni. Bagi peminat skirt boleh layari instagram kami https://instagram.com/ra.shoppe/ untuk sebarang pembelian.
Semua details boleh layari instagram kami ye. Skirt kami yang paling terbaik yang kami jual. Sebab kami hanya jual SKIRT YANG TIDAK JARANG, TIDAK PANAS, DAN CIRIKAN MUSLIMAH. Material kami adalah POLYSTER + FULL LINING. Sangat cantik! Paling best saiz muat sampai saiz XXL. Boleh baca feedback cutomers kami ye :)

November 25, 2015

24 : Wordless Wednesday | Draft Final Exam

WORDLESS WEDNESDAY | Jadual peperiksaan akhir semester dah keluar tapi hanya draf sahaja. Mungkin ada perubahan jadual. Mungkinlah. Haha OMG! Nak exam dah yee :P

November 24, 2015

Info Terbaru Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA): Kemaskini Akaun Anda Sebelum 30 November

Assalamualaikum dan hai semua!
spa
Ini adalah info terbaru dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) adalah dimaklumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:
  1. Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun;
  2. Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja;
  3. Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
    • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
    • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
    • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
Untuk makluman juga, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (1) hingga (3). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Di dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar permohonan sebelum atau pada 30 November 2015.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan melalui sistem ePertanyaan SPA.

November 22, 2015

RA Enterprise di Havoc 2.0 @ Gurney Mall (New Campus UniKL Ubis)

Assalamualaikum dan hai semua!
Semalam (21/11) ialah bisnes aktiviti yang kedua dan merupakan event kolej sendiri. Sempena kampus baru dibuka pelbagai aktiviti dijalankan disitu bagi memperkenalkan kampus baru untuk pelajar, staff dan juga orang ramai. Terdapat banyak aktiviti dijalankan sepanjang program itu berlaku seperti jualan (booth/carboot), aktiviti pelajar seperti presentation, perbentangan business plan, busking, pihak bomba juga membuat demostrasi pembakaran dan sebagainya. Cuaca pun agak panas.
Alhamdulillah lagi sekali Nina membawa nama syarikat untuk menyertai program tersebut. Disana kami menyertai carbooth sale dan menjual popcorn, pelbagai skirt, jeli kelapa dan kuih tiram. Murah je kami jual. Skirt hanya RM46 (Online RM50), popcorn RM9, kuih tiram RM2 dan jeli kelapa hanya RM1 sahaja. Harga mampu milik :)

        
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Terima kasih untuk semua yg terlibat termasuk pengurusan, kakak yang tolong sepanjang program tu, si dia yang sudi penuhkan stok popcorn dan pelanggan yang turut support dengan pembelian popcorn dan kuih tiram. Terima kasih juga dengan feedback yang positif. Alhamdulillah. 

Boleh layari instagram kami untuk cuci mata 

November 18, 2015

24 : Wordless Wednesday | Signal

WORDLESS WEDNESDAY | Tolong ye mereka berkerjasama beri signal. Bukannya susah pun!

November 17, 2015

Pengumuman Keputusan UPSR 2015 Dan Semakan Melalui SMS

Assalamualaikum dan hai semua!
Adik-adik mesti dah ambil keputusan UPSR korang kan? Macam mana? Ok tak semua? Harap semuanya oklah ye. Tapi bagi yang dapat keputusan yang tidak memuaskan janganlah sedih. Korang banyak masa lagi nak perbaiki di masa hadapan. Baru je UPSR jangan sedih-sedihlah ye. Nanti belajar lagi baik dari tu :)
Semakan melalui SMS juga boleh dibuat bagi mereka nak double check ke nak tahu dulu ke, takut nak pergi sekolah kan, parent boleh check dulu untuk anak. Tak adalah nak terkejut sangat nanti. Haha 
Check Result UPSR 2015 SMS
Tahniah lagi sekali ye adik-adik :)

November 8, 2015

Ubat Semulajadi di Rumah

Assalamualaikum dan hai semua!
Selamat berhujung minggu. Hehe buat apa petang ni? Ni nak share satu info yang agak menarik dan menjimatkan tanpa memerlukan ubatan moden. Tak semua yang tahu sebenarnya ubat boleh didapati dalam makanan dan buahan kita. Photo ni dah jadi viral di facebook ya. Jom baca setiap satu apa manfaat dia :)

November 7, 2015

Pilihan Menu Di Food Court NU Sentral | Quizinn by RASA

Assalamualaikum dan hai semua!
Food review : Quizinn by RASA, Food Court NU Sentral | Review makanan ni dari sebuah 'shopping mall' yang terkenal dan baru je buka untuk semua. Rasanya semua dah tahu NU Sentral kan dekat mana. Sebelah je dgn KL Sentral. Haritu cuba makan dekat 'food court' situ. Banyak juga gerai dekat sana. Kami cuba satu gerai makanan ni iaitu Quizinn by RASA. Harga tak ingat. Sorry guys! Kami ambil menu seperti gambar dibawah ni. 
Review: Mee bandung dia nampak je cantik tapi rasanya kurang. Cair dan tak cukup rasa. Yang lagi satu sedap. Hehe tapi tak ingat nama apa.

Burger Yang Sedap Dari Resepi Pelawak Terkenal Malaysia | Burgerbyte Sentul

Assalamualaikum dan hai semua!
Food Review : Burgerbyte Sentul, Kuala Lumpur | Siapa tak kenal pelawak di Malaysia, Zizan Razak punya bisneskan. Hehe kedai dia cantik. Memang pandai admin diorang kedai yang cantik dan dapat menarik pelanggan untuk singgah dan cuba resepi Burgerbyte ni. Syabas! Orang Melayu punyakan kita kena sentiasa support lah. Dah nama Burgerbyte, jadi menu utama mereka sudah semestinya burger. Bagi mereka yang suka makanan western, Nina recommend korang untuk cuba pelbagai menu yang disediakan oleh Burgerbyte ni. Memang peninglah nak pilih. Antara menu yang kami pilih adalah seperti gambar bawah ni :D

Menu ini merupakan pertama kali Nina singgah dan cuba makan makanan disini. Ya Allah terliur tengok kan. Hihi sedapnyeee! 
Manakala, yang ni merupakan menu untuk kali kedua singgah makan sini. Hehe Burgerbyte juga menyediakan servis untuk booking atau reservation untuk sebarang majlis. Hanya telefon mereka dan diorang decolah seperti apa yang korang nak seperti majlis hari jadi ke atau sebagainya.

Korang yang berdekatan dan nak rasa sendiri boleh singgah kedai diorang ni :
 832, Jalan Taman Dato Senu, 
Sentul Garden,
51000 Kuala Lumpur


Review: Secara keseluruhan kira oklah. Deco kedai sangat cantik. Memang sesuai untuk sebarang event. Kali pertama teruja nak makan. Sedap! Haha bila kali kedua kecewa sikit tapi tak apa. Boleh tahan rasa dia. Teruskan usaha untuk meningkatkan mutu kualiti makanan ye! Dari segi kebersihan memang tak ada masalah sebab memang bersih je kedai diorang. Jadi kita lebih selesa berada di kedai ni sambil menikmati menu kita. Staf semua ok. Ramah dan mesra. Servis cepat dan terbaikk! Tak rugi pun korang pergi.

Makan Dalam Gerabak Kereta Api | MyRail Coffee Bandar Sri Sendayan

Assalamualikum dan hai semua!
Food Review : MyRail Coffee Bandar Sri Sendayan, Seremban 2 | Dah 3 kali rasanya dah makan disana. Kedai ni terletak jauh dari orang sebab bandar ni baru je buka. Tapi dah ramai makan sini tau. Haa mesti ada keistimewaan dia kan. Meh kita tengok suasana kedai tersebut ok. Gambar campur untuk 3x datang ye :)

Ni permandangan kedai dari depan. Dah nama pun MyRail Coffee kan, jadi tokey kedai ni bawa gerabak kereta api masuk kedai ni. Haaa! Unikkan.. Mari tengok lagi suasana dalam kedai ni pula. 

Ni merupakan one of my favourite place sebab deco dia memang cantik. Macam suasana zaman lama kan. Hihi ruang ni merupakan ruang yang disediakan dengan penghawa dingin. Jadi lebih selesa dan bolehlah nak selfie. Ok kita tengok menu pula. Ni antara menu yang kami pernah cuba :D
Nasi ayam
Laksa
Bubur ayam
Air lemon madu
Nasi lemak
Review : Tempat dia yang cantik sangat dan santai memang seronok je pergi. Sesuai untuk seisi keluarga atau nak meraikan sesuatu dengan tersayang pun boleh sebab ruang dia luas dan memang sesuai sangat untuk sebarang event. Makanan yang kami cuba semuanya sedap-sedap dan berbaloi dengan harga. Rugi tak cuba tau!


Korang yang berdekatan boleh singgah kedai diorang ni :
G38, Persiaran Metro Sendayan 1,
71900, Bandar Sri Sendayan
Negeri Sembilan

November 6, 2015

Video & Koleksi Gambar | Cotton Candy Di China

Assalamualaikum dan hai semua!
Salam Jumaat semua :) Masa kecil dulu selalu je parents kita belikan cotton candy kan? Tapi sekarang ni pun makan je lagi. Haha sedap kot. Lagi sedap tengok cotton candy di China ni. Ada nampak video di Facebook tadi. Jom tengok koleksi gambar cotton candy yg cantik dan kreatif sangat ni! Sayang betul nak makannya :D
Jom saksikan video tokey China ni buat cotton candy.. Banyak lagi video buat cotton candy ni. Korang search je dekat youtube.
*credit : cik google & youtube