Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

October 27, 2015

Perfume Pilihan Hati | The Body Shop Perfume Oil

Assalamualaikum dan hai semua!
Lama dah nak review ni tapi asyik tertunda je. Review produk kali ini perfume dari The Body Shop. Rasanya ramai penggemar The Body Shop kan? Hehe dengan pelbagai pilihan wangian dan yang paling best hanya calit sedikit sahaja sudah cukup memberi keyakinan dan bau wangian dia boleh tahan sampai seharian. Sangat berbaloi dengan harga dan kualiti produk dari The Body Shop ni. Disini ada dua review sebab Nina dah pernah pakai beberapa perfume tau.
1) VANILLA PERFUME OIL
Yang ni kegemaran pada waktu dahululah. Pakai sejak sekolah menengah lagi sebab wangian dia memang best. Rasa vanilla. Wangi sampai seharian ada bau dia lagi sebab pekatan oil dia. Dan tahan lama kot. Dalam setahun baru habis sebab calit sikit je. Jimat kan? :D
2) MADAGASCAN VANILLA FLOWER PERFUME OIL
MADAGASCAN VANILLA FLOWER PERFUME OIL
Selepas rasa macam tak serasi dah. Dan pihak The Body Shop dah tak hasilkan lagi Vanilla yang sebelum ni Nina pakai. Jadi cubalah perfume lain pula tapi masih tak lari dari bau kegemaran tapi ni lain sikit sebab campuran kot. Yang ni lagi fresh dan kurang pekat dari sebelum ni. Tapi oklah best pakai.

Ni koleksi perfume yang pernah pakai. Haha next? Masih tercari lagi perfume ni haaa :D

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.