Assalamualaikum dan hai semua!
Rasanya ramai yang keliru walaupun dah duduk lama dekat kampus korangkan? Sebab Nina sendiri keliru juga. Haha teruknya. Mari kita terang sikit :D
GPA ialah Grade Point Average atau Purata Nilai Gred iaitu nilai yang didapati secara purata terhadap keputusan yang diperoleh bagi satu semester itu. Purata Nilai Gred anda ialah purata bagi semua keputusan.
CGPA pula bermaksud Cumulative Grade Point Average atau Purata Nilai Gred Kumulatif yang mana ia mendapatkan nilai purata keputusan anda bagi semua semester yang telah dilalui.
Secara ringkasnya ialah GPA - keputusan untuk satu semester manakala CGPA - jumlah gred keseluruhan semester yang telah dilalui.
Nilai gred adalah:
A + : 4.00
A : 4.00
A - : 3.70
B + : 3.30
B : 3.00
B - : 2.70
C + : 2.30
C : 2.00
C - : 1.70
D + : 1.30
D : 1.00
E : 0.70
F : 0.00
Contoh pengiraan:
Keputusan Semester 1
Subject Kredit Gred Mata Nilai Jumlah Mata Nilai
1 Programming For Engineers 3 B 3.00 9.00
2 Statics 3 B 3.00 9.00
3 Thermodynamics I 3 A- 3.70 11.10
4 Laboratory I 2 A- 3.70 7.40
5 Calculus 2 B- 2.70 5.40
6 English For Academic
Communication 2 B- 2.70 5.40
7 Islamic And Asian Civilization I 2 B+ 3.30 6.60
Pengiraan GPA Bagi Semester 1 :-
GPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai
Hasil tambah semua kredit
GPA = 9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60
3+3+3+2+2+2+2
GPA = 53.90
17
GPA sem 1 = 3.17
Keputusan Semester 2
Subject Kredit Gred Mata Nilai Jumlah Mata Nilai
1 Dynamics 3 B 3.00 9.00
2 Engineering Drawing 3 B+ 3.30 9.90
3 Material Science 3 C- 1.70 5.10
4 Engineering Mathematics 3 B- 2.70 8.10
5 Islamic And Asian Civilization II 2 B- 2.70 5.40
6 Swimming I 1 A 4.00 4.00
Pengiraan GPA Bagi Semester 2 :-
GPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai
Hasil tambah semua kredit
GPA = 9.00+9.90+5.10+8.10+5.40+4.00
3+3+3+3+2+1
GPA = 41.50
15
GPA sem 2 = 2.77
Pengiraan CGPA Bagi Semester 1:-
CGPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester
Hasil tambah semua kredit bagi semua semester
CGPA = 53.90
17
CGPA sem 1 = 3.17
Pengiraan CGPA Bagi Semester 2 :-
Pada semester kedua, nilai CGPA diperoleh dengan mendapatkan purata bagi keputusan kedua-dua semester iaitu semester 1 dan 2.
CGPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester
Hasil tambah semua kredit bagi semua semester
CGPA = 53.90 + 41.50
17 + 15
CGPA = 95.40
32
CGPA sem 2 = 2.98
Paham? Hihi harap pahamlah ye. Ni je nak share. So korang bolehlah tengok keputusan tu boleh kira sendiri :)
*credit