Assalamualaikum dan hai semua!
Rasanya ramai yang keliru walaupun dah duduk lama dekat kampus korangkan? Sebab Nina sendiri keliru juga. Haha teruknya. Mari kita terang sikit :D
Rasanya ramai yang keliru walaupun dah duduk lama dekat kampus korangkan? Sebab Nina sendiri keliru juga. Haha teruknya. Mari kita terang sikit :D
GPA ialah Grade Point Average atau Purata Nilai Gred iaitu nilai yang didapati secara purata terhadap keputusan yang diperoleh bagi satu semester itu. Purata Nilai Gred anda ialah purata bagi semua keputusan.
CGPA pula bermaksud Cumulative Grade Point Average atau Purata Nilai Gred Kumulatif yang mana ia mendapatkan nilai purata keputusan anda bagi semua semester yang telah dilalui.
Secara ringkasnya ialah GPA - keputusan untuk satu semester manakala CGPA - jumlah gred keseluruhan semester yang telah dilalui.
Nilai gred adalah:
A + : 4.00
A : 4.00
A - : 3.70
B + : 3.30
B : 3.00
B - : 2.70
C + : 2.30
C : 2.00
C - : 1.70
D + : 1.30
D : 1.00
E : 0.70
F : 0.00
Contoh pengiraan:
Keputusan Semester 1
Subject Kredit Gred Mata Nilai Jumlah Mata Nilai
1 Programming For Engineers 3 B 3.00 9.00
2 Statics 3 B 3.00 9.00
3 Thermodynamics I 3 A- 3.70 11.10
4 Laboratory I 2 A- 3.70 7.40
5 Calculus 2 B- 2.70 5.40
6 English For Academic
Communication 2 B- 2.70 5.40
7 Islamic And Asian Civilization I 2 B+ 3.30 6.60
Pengiraan GPA Bagi Semester 1 :-
GPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai
Hasil tambah semua kredit
GPA = 9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60
3+3+3+2+2+2+2
GPA = 53.90
17
GPA sem 1 = 3.17
Keputusan Semester 2
Subject Kredit Gred Mata Nilai Jumlah Mata Nilai
1 Dynamics 3 B 3.00 9.00
2 Engineering Drawing 3 B+ 3.30 9.90
3 Material Science 3 C- 1.70 5.10
4 Engineering Mathematics 3 B- 2.70 8.10
5 Islamic And Asian Civilization II 2 B- 2.70 5.40
6 Swimming I 1 A 4.00 4.00
Pengiraan GPA Bagi Semester 2 :-
GPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai
Hasil tambah semua kredit
GPA = 9.00+9.90+5.10+8.10+5.40+4.00
3+3+3+3+2+1
GPA = 41.50
15
GPA sem 2 = 2.77
Pengiraan CGPA Bagi Semester 1:-
CGPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester
Hasil tambah semua kredit bagi semua semester
CGPA = 53.90
17
CGPA sem 1 = 3.17
Pengiraan CGPA Bagi Semester 2 :-
Pada semester kedua, nilai CGPA diperoleh dengan mendapatkan purata bagi keputusan kedua-dua semester iaitu semester 1 dan 2.
CGPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester
Hasil tambah semua kredit bagi semua semester
CGPA = 53.90 + 41.50
17 + 15
CGPA = 95.40
32
CGPA sem 2 = 2.98
Paham? Hihi harap pahamlah ye. Ni je nak share. So korang bolehlah tengok keputusan tu boleh kira sendiri :)
*credit
*credit
dah lama tak kira gpa, cgpa ni. last masa kat high school :) mrsm guna sistem ni kan :)
ReplyDeleteOwhh. Aah mrsm pun guna yg ni gak mcm Uni :)
DeleteDulu selalu main kira2 GPA sebab nak dapt 3 above masa cgpa final sem. Rindu zaman belajar. Hehehe
ReplyDeleteHehe wah jadikan motivation. Bagus2. Hehe mestilah rindu punya zaman belajar :D
DeleteOhh baru tahuu. Tapi kat uni saya tak guna pointer pun. Kitorang guna grade je jadi saya pun tak tahu pointer saya berapa haha
ReplyDeleteowh haha ok. tak pe ni pengetahuan awak je :)
DeleteSaya ada cgpa calculation guna excel. Boleh kira dari sem 1 sampai sem akhir. Berminat email saya hishamdesa@unikl.edu.my atau download dari link https://padlet.com/hmdesa/stu94o06c6jw tapi sila tinggalkan massage ( nama dan dari Universiti mana). FREE.
ReplyDelete