Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

March 5, 2016

Dugaan Solat Jemaah di Bahagian Perempuan

Assalamualaikum dan hai semua!
Hari ini nak cerita kes pasal sembahyang di bahagian perempuan. Rasanya majoriti semua perempuan akan rasai sendiri pengalaman macam ni. Haha memang selalu kot :D
1. BACA KUAT
Lain macam bisik dia. Sampai aku pulak yang tersasul nak baca apa.
2. STOKIN ORANG DEPAN BERBAU
Hmm..Yang ni paling mencabar time sujud la.
3. TERMASUK BAHAGIAN LELAKI
Ni kalau solat saf depan. Nanti tirai terangkat bila kena tiup angin, jatuh atas kepala kau. Bangun2 je dari sujud, kau dah termasuk bahagian lelaki sebab tirai dah kebelakang. Orang kuat je boleh khusyuk sambil cover malu. Tambah-tambah bila ada orang lelaki yang baru masuk surau tengok kau je sorang perempuan tercongok bahagian diorang.
4. ORANG SEBELAH DUDUK ATAS TELEKUNG
Kau semangat nak bangun rakaat ke-3, orang sebelah tahiyyat lagi, duduk atas telekung kau. Kalau tak tertarik sampai telekung tercabut tak apa la. Ni sampai terdedah setengah kepala. Sadis.
Nina selalu kena no 1, 3 dan 4. Haha no 1 tu biasa orang baca kuatkan sampai dengar satu-satu bacaan dia dan boleh mengganggu sembahyang kita. Kan dah tersasul. Part no 3 tu pula pernah kena masa zaman duduk asrama dulu, selalu sembahyang jemaah dekat masjid asrama. Haha memang malu gilerr! Lagi-lagi bila lelaki tengok dan nampak kepala kita. Haha cepat-cepat alihkan tirai atas kepala tu. Haha no 4 ni pun lagi selalu kena bila saf rapat sangat dan berangin sampai telekung boleh terbang. Pastu orang sebelah korang lambat bangun jadi bila kita nak bangun telekung tindih bawah telekung orang sebelah. Arghhh sampai tersenget telekung kita. Haha kelakarlah. Korang macam mana pula? :D

5 comments:

  1. hahaha kak nina selalu kena nombor 3 tu? aduhh malunyaaa. saya setakat ni belum pernah lagilah yg nombor 3 tu xD x khusyuk satgi.

    hehe yg last sekali tu pernah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aah pernah. haha sgt maluu! memang tak khusyuk pun. haha owhh last sekali tu mesti pernah kena XD

      Delete
  2. hehe...yang nombor 3 tu kitorang yang laki pon jadi segan2,,

    ReplyDelete
  3. hahahha..lawak la kan...tp xpernah lg terkena yg nombor 2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aah mmg lawak gilerr. samalah tak pernah lg no 2 tu

      Delete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.