Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

April 22, 2016

Tempahan Design & Printing Untuk Majlis Perkahwinan Izzati

Assalamualaikum dan hai semua!
Untuk kali keduanya diberi kepercayaan untuk design dan printing kad perkahwinan. Kali ini tempahan dari Izzati. Dia ni merupakan kawan dan pernah menjadi housemate Nina sekejap masa duduk asrama dulu di UniKL. Hihi Izzati meminta untuk design 2 kad kahwin beliau. Alhamdullilah segala permintaannya dapat dipenuhi :D
DESIGN 1
DESIGN 2
Alhamdulillah siap semuanya. Siap untuk dipos kepada tuannya. Selamat pengantin baru Izzati. Semoga majlis berjalan lancar. Aminn.. Maaf kalau ada kekurangan kad ni atau ada silap semasa berurusan ye :)
NAMA : IZZATI SALLEH
PAKEJ : DESIGN DAN PRINTING KAD
KUANTITI : 200 PCS (2 DESIGN)
HARGA : RM xxx
MATERIAL : 160GSM ART CARD 
CETAKAN : FULL COLOUR BOTH SIDE
SAIZ : A5 (14.8cm x 21.0cm)
SAMPUL : -
PERTANYAAN : PM DI PAGE SEHIJAU BLOG RA

Itulah dia design dan printing saya untuk kad kahwin. Ok tak? Komen baik-baik je yee. Disini sedikit feedback dari Izzati. Terima kasih yee Izzati sebab percaya dengan hasil kerja yang tak seberapa ni dan sudi tempah kad :)

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

Bulan April bakal berakhir, bloglist untuk March & April akan di gantikan dengan bloglist baru untuk bulan Mei & Jun. Berminat untuk masuk bloglist blog sihatimerahjambu ni, boleh sertai segmen ini. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 28 APRIL 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

April 17, 2016

'Dessert' yang Sedap dan Dijamin Halal | Hui Lau Shan IOI City Mall

Assalamualaikum dan hai semua!

Food Review : Hui Lau Shan, Outlet IOI City Mall, Putrajaya | Korang pernah ragu-ragu tak kalau nak makan di Hui Lau Shan? Hihi confirm korang tak pergikan sebab nama dia ala Cina kan? Hui Lau Shan merupakan sebuah outlet makanan yang menyediakan sajian dari buah-buahan yang segar. Ia pasti menjanjikan keenakan dan dijamin Halal. Sekarang, mereka telah menjadi rantaian 'dessert' terbesar di Hong Kong. Mangga juga menjadi buah utama untuk sajian 'dessert' mereka. Kebanyakan mangga segar diimport dari Filipina dan beberapa dari Thailand. Kali ini Nina nak share dessert yang sedap sangat tu :D

Signature Curry Fishball - RM6.90
Mango Pop Pop - RM13.50

2 menu sahaja kami order sebab baru lepas makan. Saja nak sejukkan badan je. Hihi menyelerakan tau!
Kalau korang singgah outlet diorang ni pun jadi selesa dan santai je sebab kebersihan outlet ini terjamin bersih, tersusun dan eksklusif :)

Review : Tengok gambar di atas tu pasti terliur air liur. Hihi sedap weh! Fishball tu disaluti dengan kuah kari. Lembut je fishball tu tau. Memang sesuailah dicampur dengan kuah kari. Lagi-lagi Mango Pop Pop tu.. Ya Allah.. sedap sangat! Keenakkan manga yang segar. Mangga diblend untuk dijadikan kuah dia. Lepas tu letak potongan mangga, ais krim mangga dan pop pop tu. Bila masuk dalam mulut dia macam meletup-letup. Hihi memang sedap sangat! Banyak tau dalam mangkuk ni. Bagi mereka yang suka mangga, Nina recommend korang cuba Mango Pop Pop ni tau. Pasti korang nak lagi lepas itu. Hihi DIJAMIN HALAL! Kebersihan memang tak boleh katalah. Memang bersih. Korang boleh singgah outlet mereka :
F-K4, First Floor, IOI City Mall, 
Lebuh IRC, IOI Resort City, 
Putrajaya
Tel: 603-83280692

Coconut Shake Cup Besar | Gerai Deretan Sebelahan UNITEN

Assalamualaikum dan hai semua!
Food Review : Coconut Shake Cup Besar, Gerai Deretan Sebelahan UNITEN Selangor | Pernah pergi gerai deretan sebelahan dengan UNITEN? Rasanya rata-rata yang singgah bagi student UNITEN, UPM dan Putrajaya. Lebih kurang 20 gerai yang ada. Boleh dikatakan syurga makanan sebab banyak sangat gerai tau. Rambang mata juga tengok. Sedapnya :D

Siapa peminat cocount shake? Angkat tangan? Hihi rata-rata pasti suka. Tapi jarang kita nampak coconut shake dalam cup besarkan? Mungkin tempat Nina tak ada. Mungkin tempat korang selalulah ada kot. Coconut shake ni selalunya agak mahal dari harga air biasa. Cup kecil yang selalu jual pun RM3.00 ke atas. Tak puas pula tu kan. Haha

Dekat gerai ni Nina cuba cup besar. Superb sedap sangat! Barulah puas nak minum. Rasanya tak jauh beza kalau cup kecil dengan cup besar. Dapat juga nak share dengan kawan ke, family ke atau siapa jela. Jimat sikit beli yang cup besar.

Coconut shake cup besar - RM6
Putu piring - RM3
Review : Apa nak kata memang sedap sangat coconut shake dengan putu piring ni. Coconut shake tu dicampur dengan jelly warna hijau. Memang rasa kelapa dia diblend sekali dengan ais krim. Ais dia pun halus je. Jadi bila kita hirup tak adalah ais tu ketul-ketul besar. Banyak pula tu kan sebab ambil cup besar. Putu piring ni pula testur dia yang lembut walaupun dah sejuk still sedap lagi dan lembut. Gula melaka dia pun banyak. Memang sedaplah! Terbaik!

Korang yang berdekatan dengan area sini bolehlah singgah ye!

April 13, 2016

26 : Wordless Wednesday | 5 Sebab Perlu Balik Kerja "On Time"

WORDLESS WEDNESDAY | Agak-agak kalau bagi kat boss niii, boss marah tak? :D

April 10, 2016

Tempahan Design Watermark Cik Ash (Pemenang GA)

Assalamualaikum dan hai semua!
Tempahan design watermark ni dari pemenang GA yang telah Nina sponsor. Hihi dia minta design seperti apa yang dia inginkan.

Nama : Cik Ash

Terima kasih! Nak tempah juga? Boleh PM page :)

April 4, 2016

Kedai Hipster dan Pemilik Craftman | Waris Papan Cafe Senawang

Assalamualaikum dan hai semua!

Food review : Waris Papan Cafe, Senawang | Rasanya rata-rata orang Seremban mesti tahu atau mungkin tidak tahu. Serasi dengan nama "Waris Papan", konsep cafe ini bertemakan kayu pallet dan rasanya mereka juga seorang "craftman". Kerusi meja semuanya mereka yang buat sendiri. Mereka buka untuk tempahan juga. Cafe ini baru dibuka pada 1 Ogos 2015 yang lalu. Kiranya baru juga cafe ni ye.

Suasana dan keadaan kedai yang dipenuhi kayu pallet membuatkan cafe ini menjadi lebih menarik dan lebih unik. Apa yang best disini, ada sudut yang membelakangkan nama cafe "Waris Papan" disediakan untuk mereka yang suka selfie atau dijadikan kenangan. Konsep cafe ni lebih santai, selesa dan buatkan rasa gembira. Memang cantik!
Seterusnya kita cakap pasal makanan sebab datang sini pun nak cuba makanan dia kan. Ni antara menu yang kami cuba. Nampak je simple tapi sedap! 

Untuk makanan harganya standard. Roti bakar ni harganya RM3.00 sahaja. Walaupun hanya roti bakar tapi dia punya hiasan macam dekat restoran mahal. Hihi harga dia berbaloi dengan rasa dan kualiti dia. 

Menu yang kami pilih ialah Black Pepper Grill Chicken Rice harganya RM8.90 dan lagi satu tu lupalah menu dia. Haha harga dia RM9.90. Semua sedap dan puas makan dengan kuantiti dia yang banyak! Untuk minuman pula murah-murah je belaka. Harga bermula RM0.90 je. Murahkan? Untuk sirap bandung dan teh ais kami ni hanya RM1.20 setiap satu. Kami makan tak sampai RM30 pun. Terima kasih kerana hidangkan kami makanan yang sedap dan servis yang mantop! Terbaikkkk! Korang nak cuba tak? Boleh singgah kedai mereka ye!
WARIS PAPAN COFFEE Senawang
No 57G, Jalan Dataran Kemuning 2,
Dataran Kemuning, Senawang,
70450 Seremban, 
Negeri Sembilan

Operation hours;
Monday - Thursday : 3PM-12PM
Friday - Sunday : 3PM - 2Midnight
Closed; Tuesday

Like facebook : 
Follow instagram :

Dah Dapat Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2016

Assalamualaikum dan hai semua!
Alhamdulillah dapat BB1M untuk tahun terakhir. Hihi disebabkan Nina dah habis belajar bulan 1 lalu terpaksa gigihkan diri pergi kampus minggu lepas. Tahun depan dah boleh mohon BR1M pula. Rasanya tak tahu nak beli apa dengan baucer ni. Tapi yang selalu beli tiap tahun bukannya buku. Novel je borongnya :D

 Hihi korang masih dapat BB1M? Korang beli apaa?