Assalamualaikum dan hai semua!
Food Review : Hui Lau Shan, Outlet IOI City Mall, Putrajaya | Korang pernah ragu-ragu tak kalau nak makan di Hui Lau Shan? Hihi confirm korang tak pergikan sebab nama dia ala Cina kan? Hui Lau Shan merupakan sebuah outlet makanan yang menyediakan sajian dari buah-buahan yang segar. Ia pasti menjanjikan keenakan dan dijamin Halal. Sekarang, mereka telah menjadi rantaian 'dessert' terbesar di Hong Kong. Mangga juga menjadi buah utama untuk sajian 'dessert' mereka. Kebanyakan mangga segar diimport dari Filipina dan beberapa dari Thailand. Kali ini Nina nak share dessert yang sedap sangat tu :D
Signature Curry Fishball - RM6.90
Mango Pop Pop - RM13.50
2 menu sahaja kami order sebab baru lepas makan. Saja nak sejukkan badan je. Hihi menyelerakan tau!
Kalau korang singgah outlet diorang ni pun jadi selesa dan santai je sebab kebersihan outlet ini terjamin bersih, tersusun dan eksklusif :)
Review : Tengok gambar di atas tu pasti terliur air liur. Hihi sedap weh! Fishball tu disaluti dengan kuah kari. Lembut je fishball tu tau. Memang sesuailah dicampur dengan kuah kari. Lagi-lagi Mango Pop Pop tu.. Ya Allah.. sedap sangat! Keenakkan manga yang segar. Mangga diblend untuk dijadikan kuah dia. Lepas tu letak potongan mangga, ais krim mangga dan pop pop tu. Bila masuk dalam mulut dia macam meletup-letup. Hihi memang sedap sangat! Banyak tau dalam mangkuk ni. Bagi mereka yang suka mangga, Nina recommend korang cuba Mango Pop Pop ni tau. Pasti korang nak lagi lepas itu. Hihi DIJAMIN HALAL! Kebersihan memang tak boleh katalah. Memang bersih. Korang boleh singgah outlet mereka :
F-K4, First Floor, IOI City Mall,
Lebuh IRC, IOI Resort City,
Putrajaya
Tel: 603-83280692
Facebook : https://www.facebook.com/huilaushanmalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/huilaushanmalaysia/
No comments:
Post a Comment
Thank you for comment. Come again :)
WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.