Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

April 4, 2016

Kedai Hipster dan Pemilik Craftman | Waris Papan Cafe Senawang

Assalamualaikum dan hai semua!

Food review : Waris Papan Cafe, Senawang | Rasanya rata-rata orang Seremban mesti tahu atau mungkin tidak tahu. Serasi dengan nama "Waris Papan", konsep cafe ini bertemakan kayu pallet dan rasanya mereka juga seorang "craftman". Kerusi meja semuanya mereka yang buat sendiri. Mereka buka untuk tempahan juga. Cafe ini baru dibuka pada 1 Ogos 2015 yang lalu. Kiranya baru juga cafe ni ye.

Suasana dan keadaan kedai yang dipenuhi kayu pallet membuatkan cafe ini menjadi lebih menarik dan lebih unik. Apa yang best disini, ada sudut yang membelakangkan nama cafe "Waris Papan" disediakan untuk mereka yang suka selfie atau dijadikan kenangan. Konsep cafe ni lebih santai, selesa dan buatkan rasa gembira. Memang cantik!
Seterusnya kita cakap pasal makanan sebab datang sini pun nak cuba makanan dia kan. Ni antara menu yang kami cuba. Nampak je simple tapi sedap! 

Untuk makanan harganya standard. Roti bakar ni harganya RM3.00 sahaja. Walaupun hanya roti bakar tapi dia punya hiasan macam dekat restoran mahal. Hihi harga dia berbaloi dengan rasa dan kualiti dia. 

Menu yang kami pilih ialah Black Pepper Grill Chicken Rice harganya RM8.90 dan lagi satu tu lupalah menu dia. Haha harga dia RM9.90. Semua sedap dan puas makan dengan kuantiti dia yang banyak! Untuk minuman pula murah-murah je belaka. Harga bermula RM0.90 je. Murahkan? Untuk sirap bandung dan teh ais kami ni hanya RM1.20 setiap satu. Kami makan tak sampai RM30 pun. Terima kasih kerana hidangkan kami makanan yang sedap dan servis yang mantop! Terbaikkkk! Korang nak cuba tak? Boleh singgah kedai mereka ye!
WARIS PAPAN COFFEE Senawang
No 57G, Jalan Dataran Kemuning 2,
Dataran Kemuning, Senawang,
70450 Seremban, 
Negeri Sembilan

Operation hours;
Monday - Thursday : 3PM-12PM
Friday - Sunday : 3PM - 2Midnight
Closed; Tuesday

Like facebook : 
Follow instagram :

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.