Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

November 9, 2016

Jamu Selera atas 'Bean Bag' | iLapar Cafe Ara Damansara


Food Review : iLapar Cafe, Ara Damansara | Lama dah tak review restoran/cafe. Cafe ini acap kali naik di facebook. Jadi, agak tertarik nak cuba disebabkan konsep cafe ni dan masakan yang dihidangkan oleh iLapar. Disebabkan kami tengah lapar, jadi sesuailah nama kedai dengan situasi kami ni. Hehe 
Sampai disana malam. Jadi gambar header ni credit pada ownerlah iLapar sendiri. Lapar sangat jadi kami terus je duduk. Tak sempat nak snap ruang cafe ni sendiri. Nina agak tertarik dengan konsep yang diketengahkan oleh owner iLapar ni. Konsep jamu selera atas bean bag tu di ruang terbuka. Seronok sebab jarang ada cafe buat konsep tersebut. Pagarnya dibuat dengan kayu palet. Deco dalaman pun macam sedikit old school but still exclusive. Unik dan ia lebih santai. Sambil kita makan boleh menghayati ruang angkasa dekat atas tu. Hehe bolehlah nak kira bintang ke bulan ke. Ia sesuai untuk kekeluargaan/sebarang majlis. Dia agak jauh sedikit dengan kawasan rumah. Cafe ini terletak di tengah-tengah bangunan/pejabat. Jadi, jika ada majlis yang agak bising, tidak menganggu orang lain.
Suasana luar cafe
Suasana dalam cafe
Menu disini lebihkan kepada makanan barat/western. Bagi penggemar western, boleh cuba pula masakan disini. Harga nak kata standard pun yaa, nak kata agak mahal pun ya. Bergantung kepada individu tu sendiri.
Itu antara menunya. Maaf jika gambar tidak jelas. Waktu malam, menu pun warna gelap. Paham jela ek. Hehe apa yang Nina dan kawan lain cuba adalah Pasta Carbonara, Aglio E Olio dan Bolognese manakala air pula kami cuba Jelly Coffee dan Apple Juice.
Pasta Aglio E Olio dan Jelly Coffee
Review: Apa yang Nina katakan di atas. Nina lebih sukakan konsepnya dari makanan. Ada sedikit kekuranganlah dari segi servis dan harganya. Kami sampai pun tak tahu pun kena tulis order dan sendiri pergi bayar dulu baru makanan sampai. Jadi kami yang pertama kali datang sedikit terpinga. Kita dah duduk lepas tu kena bangun balik kan susah sebab duduk bawah (dekat bean bag). Bagi harganya pula bagi Nina agak sedikit mahal sebab kuantiti makanan tu sedikit. Harga tidak berbaloi dengan kuantiti. Rasa dia pun memuaskanlah. Menu pula sedikit dan tidak banyak pilihan. Kami pun terkejut dan siap tanya ada menu ni jeke. Bagi mereka nak bergambar boleh datang dan mereka nak cuba pun boleh datang. Boleh singgah di cafe mereka:
iLapar Cafe
Block C, Jalan PJU 1A/3,
Ara Damansara,
Petaling Jaya
Tel: 017-226 0065
Operating hours : Tues - Sun 
6pm - 12am (Kitchen Closed 11pm)
Instagram: https://www.instagram.com/ilaparcafe/

*MAAF JIKA ADA TERGURIS HATI ATAU TERSILAP CAKAP. INI HANYA PANDANGAN SAYA SAHAJA.