Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

March 10, 2017

Bercuti Bersama Best Western Petaling Jaya

Assalamualaikum dan hai semua!
Ini adalah advertorial mengenai satu tempat yang superb best dan cantik giler!
Image result for melancong
Anda suka melancong? Anda juga seorang traveller yang tegar? Dan ingin bawa mereka yang tersayang ke tempat yang menarik tetapi tidak tahu kemana ingin dituju? Ingin membuat kejutan kepada yang terayang? Anda ada masalah atau sukar mencari penginapan yang cukup sesuai atau memenuhi kehendak ahli keluarga yang dapat memuaskan hati mereka? Persoalan-persoalan yang sering kali ada di benak fikiran kita.

Antara ciri keutamaan penginapan yang dicari seorang traveller adalah mencari hotel yang tidak terlalu mahal tetapi masih menawarkan perkhidmatan yang sangat superb selain gaya persembahan yang moden serta kontemporari. Sebab apa? Sebab selain dapat menjimatkan wang, kita dapat menikmati percutian dengan sepuas-puasnya dalam keadaan yang sangat baik. Tapi sekarang ni kalau kita tengok terlalu banyak pilihan dan pelbagai hotel-hotel moden yang ringkas dan tetap tampil menarik untuk para pengunjung. Salah satu rangkaian hotel popular di Malaysia yang menawarkan seperti perkhidmatan tersebut adalah jenama Best Western. Haaa, korang mesti pernah dengar kan? Tak pernah dengar? Okay tak apa jom baca apa yang nak share dengan korang ni.
Image result for best western petaling jaya
Gambaran bangunan Best Western Petaling Jaya
Best Western ni adalah sebuah hotel dan resort yang sangat terkenal di seluruh negara dan korang boleh menikmati dengan kadar yang terendah di mana-mana 4100 hotel mereka yang terletak di lebih 100 buah negara. Wow! Sangat menarik, bukan? Salah satu hotel Best Western terbaru yang diperkenalkan di Malaysia adalah Best Western Petaling Jaya yang bertemakan konsep Centrestage di mana ia menawarkan pelbagai kemudahan perniagaan, riadah dan gaya hidup hanya di bawah satu bumbung saja. Biarpun ia masih setahun jagung namun tempat penginapan ini sudah mula mendapat perhatian ramai. Ia memenuhi sebahagian besar tingkat-tingkat utama bangunan terbaru CentreStage Complex yang terletak berdekatan dengan pusat komersial Jaya 33 dan Jaya One di Petaling Jaya. Ia juga merupakan sebuah kawasan perdagangan yang sangat terkenal di sini.
Kolam renang yang terbuka dan santai sambil menikmati keindahan langit ciptaanNya.
Selain dari itu, terdapat juga keistimewaan yang lain iaitu kolam renang yang terbuka di tingkat paling atas berserta dengan sebuah gimnasium untuk korang beriadah dan bersenam tapi kalau korang rasa macam nak relax saja sambil memanjakan diri bolehlah cuba perkhidmatan spa dan sauna yang disediakan.
Dah cuba makan sedap, bolehlah exercise pula ye. Hehe disini gym dia perlengkapannya semua lengkap.
Inilah dia suasana dan gambaran Kembali Kitchen yang menawarkan makanan yang sedap untuk pelangannya.
Memang best! Percutian kita tidak akan sah tanpa merasa keenakan makanan disini. Korang akan menemui beberapa tempat makan yang menarik dan salah satunya adalah Kembali Kitchen yang menawarkan hidangan antarabangsa dan juga tempatan. Biarpun hotel ini kelihatan agak ringkas, namun sajian menu Thai di sini memang lazat dan mungkin boleh buat korang gian untuk makannya lagi. Tak cuba korang tak tahu. Haaa, lagi satu korang jangan tak tahu pula. Di sini istimewanya ada tersedia juga Skyz Dine & Bar Rooftop untuk korang menjamah makanan dan minuman sambil menikmati pemandangan bandar Petaling Jaya dari tingkat paling atas. Wow! Sangat best bukan? Kalu nak bergambar pun sangat-sangat cantik, relax dan suasananya sangat sesuai untuk mereka yang honeymoon dan meraikan hari istimewa korang. Dah tak payah pergi luar negara dah. Dekat Malaysia ni pun dah cukup. Aku yakin pasti korang tidak akan rasa menyesal untuk book Best Western in Petaling Jaya ni sebagai tempat penginapan percutian korang.
Cantiknya suasana Skyz Dine & Bar Rooftop dia. Memang romantik sangat!
Berbekalkan suasananya yang segar, seronok, pekerja yang mesra dan ramah lagi berbilang bangsa, tempat penginapan ni sangat ideal buat semua para pengunjung tidak kiralah dari luar dan dalam negara. Lebih-lebih lagi bagi korang yang sering menjalani kehidupan harian secara aktif serta moden namun masih mementingkan keselesaan. Dengan harga yang sangat berpatutan bagi korang yang tidak mahu berbelanja terlalu banyak untuk penginapan semasa bercuti atau urusan perniagaan, sememangnya pemilihan untuk book Best Western in Petaling Jaya ni adalah satu tindakan yang sangat bijak kerana ia memang memenuhi kriteria yang korang cari. Jadi, jika korang masih tercari-cari hotel di kawasan Petaling Jaya ni, jangan teragak-agak lagi untuk singgah bermalam di sini ya!

2 comments:

  1. bestnya tengok kolam tu! lama dah tak mandi kolam. cantik tempatnya! bilalah dapat pergi nie huhu

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.