Assalamualaikum dan hai semua!
Entri kali ini merupakan perkongsian pengalaman Nina buat kali pertama temuduga SPA yang lalu. Sejak SPM lagi mohon SPA tapi dah kerja ni baru sekarang dapat. Mungkin boleh jadi pembakar semangat atau motivasi kepada yang lainkan. Mungkin juga entri ini menjadi rujukan pada mereka yang akan temuduga SPA juga. Hihi
Sebelum 2 minggu nak ditemuduga, akan terima SMS/email yang dapat jemputan temuduga SPA. Yang pasti korang kena update website SPA tentang jawatan yang dipohon. Mana tahu rezekikan. Tapi memang agak terkejut pagi tu, Nina dapat mesej tu. Yela SPA kan sektor awam bukan senang. Kira jemputan temuduga ni pun kira rezekilah. Dapat tak dapat tu lain kira.
Pagi tu Nina gerak ke tempat untuk ditemuduga iaitu di Seremban. Dalam surat jemputan tu dia akan letak masa kan. Nina pukul 10 pagi. So gerak awal untuk pastikan semua berjalan dengan lancar dan tidak terlalu 'rushing'. Sampai disana, tengok tanda mana tempat korang temuduga. Masa Nina sampai tu salah bilik, jadi gerak ke bilik lain dapat nombor giliran. Jadi agak lambat. Petang baru dapat temuduga. Jadi korang walaupun ada masa dia tulis dalam surat tu, korang boleh je datang awal boleh dapat nombor giliran awal. Nina baru pertama kali tak tahu. Jadi petang baru dapat temuduga. Lama kena tunggu.
Gemuruh, takut, cuak semua perasaan menjadi satu. Korang tahulah kan kalau nak temuduga tu. Petang dalam pukul 2 lebih baru giliran Nina, masuk tu korang kena ketuk pintu dahulu dan bagi salam. Masuk dan bagi resume dan sijil kepada penemuduga. Nina dapat 2 orang penemuduga dan duanya perempuan. Mereka best dan sangat peramah tapi disebabkan gemuruh segala soalan ditanya bergetar-getar nak jawab. Kalau tak tahu atau tak pasti dengan jawapan tu, korang jawab je tak pasti. Penemuduga Nina tu dia kasi can jawab lagi. Memang baguslah. Jawab je walaupun jawapan tu korang tak pasti. Diorang nak tengok keyakinan je sebenarnya. Kalau korang nak cari tips boleh search dulu :D
Perkara penting yang korang kena ingat sebelum temuduga;
- Print email yang jemputan temuduga SPA
- Gerak awal ke tempat temuduga
- Sediakan siap-siap resume/sijil dan pastikan susun siap-siap sijil tersebut (penyusunan sijil boleh tengok sini)
- Berpakaian kemas & kasut bertutup
- Bersedia untuk ditemuduga
- Tawakal dan berserah pada Allah
Untuk mereka yang bakal temuduga tu, selamat maju jaya. Jangan gugup dan insyaALLAH semuanya pasti ok :)
sis dah 2x pergi interview SPA. satu dpt satu awal2 lagi dh reject sebab ada degree. nk tggu giliran tu debar dia bukan main lagi.huhu
ReplyDeleteowh yeke. oklah tu dapat 2x. haha tau xpe. debar dia xtau nak ckpla :D
DeleteHehe. Good luck ye for your future. Mana tahu rezeki nak dapat kerja ^^
ReplyDeleteHehe thanks. InsyaALLAH. sekarang ni pun dah kerja cuba nak improvement :)
Delete