Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

August 23, 2017

Tuala Wanita yang Sihat dan Boleh Diguna Semula | Red Moon ClothPad

Assalamualaikum dan hai semua!

Hari ini Nina nak share satu kebaikan untuk wanita di luar sana. Pernah dengar clothpad tak? Haa Nina rasa ramai pernah dengarkan. Yang warna warni tu dan boleh dibasuh. Dibasuhh? Biar betul? Boleh ke basuh pad dan pakai semula? Tak bahaya ke? Magik kan clothpad ni. Sebab itu, Nina nak share kebaikan dengan clothpad ni. Bagus tauuu! :D

Tuala Wanita yang Sihat dan Diguna Semula, Red Moon ClothPad | Satu alternatif kepada pad pakai buang yang boleh diguna semula. Pad kain adalah mesra alam, boleh diguna semula selama bertahun-tahun, menjimatkan kos, serta mempunyai manfaat kesihatan yang baik. Secara amnya ia terdiri daripada lapisan fabrik menyerap (seperti kapas, organik dan juga sintetik) yang berfungsi untuk menyerap aliran darah semasa haid dan juga nifas bagi yang bersalin. Pad kain juga lebih bersih dan tidak menyebabkan bau seperti pad pakai buang.

Disini kenapa dikatakan menjimatkan kos. Contoh;

Pad pakai buang yang kita selalu gunakan.

Perbelanjaan bulanan = RM10 (average)
Perbelanjaan setahun = RM10 x 12 bulan = RM120
Perbelanjaan 5 tahun RM120 x 5 tahun = RM600
GRAND TOTAL = RM600

Jika kita beralih menggunakan Clothpad ini lebih menjimatkan.

Perbelanjaan 5 tahun = RM188.35 (pakej extra heavy, paling mahal, mempunyai 6 clothpad dan 2 pantyliner)
Perbelanjaan setahun = RM188.35/5 tahun = RM37.67
Perbelanjaan sebulan = RM37.67/12 bulan = RM3.14
GRAND TOTAL = RM188.35

Red Moon Cloth pad ni ada beberapa pilihan/jenis:
  1. Overnight extra heavy
  2. Extra heavy
  3. Heavy flow
  4. Medium flow
  5. Light flow
  6. Daily inner
  7. Extreme liner

Penggunaan clothpad boleh tahan selama minima 5 tahun dengan penjagaan dan cara penggunaan yang betul tetapi kebiasaannya clothpad bertahan lebih dari 5 tahun dan ke atas. Lama tu.. Dah lah jimat dan tahan lama pula tu :D

Cara mencucinya sangat senang seperti berikut;

  1. Bilas dibawah aliran air
  2. Rendam dalam air sabun
  3. Basuh menggunakan tangan/mesin
  4. Jemur bawah matahari
Dia ada beberapa set yang boleh korang pilih. Untuk mereka baru nak mencuba atau takut nak pakai, Nina sarankan pakai trial set dulu. Tengok kulit sesuai tak dengan korang. Rujuk gambar dibawah ini;
No automatic alt text available.
Kalau korang tak nak beli dalam set ke sebab banyakkan pun tak apa, nak ala carte/satu ke nak cuba boleh je. Cuba set ni lebih murah dari beli satu-satu. Kalau banyak korang boleh share dengan ahli keluarga/kawan ke. Harga seperti dalam gambar dibawah ni;


FEEDBACK DARI NINA

Ini pertama kali Nina mencuba clothpad ini. Selalu terbayang macam mana nak pakai? Selesa ke? Sebab kita pakai pad pun tak selesakan dan kadang bocor pula. Aduhaiii :D Jadi Alhamdulillah advertorial kali ini Nina nak cakap ia sangat selesa. Hehe

Reka bentuk yang sangat menarik ini membolehkan ramai wanita di luar sana sangat menyukai dan Nina pun sayang je nak guna. Hehe yela cantik sangat padnya. Pad je pun tapi pad jangan sebarang pad tau. Best ni :D Pad yang Nina cuba adalah Heavy flow (sesuai untuk 1st-2nd period/tgh banyak), medium flow (3rd-4th period/tgh sikit je period) dan extreme liner (tinggal last period atau digunakan akiviti seharian). Eh korang jangan tak tahu clothpad ni boleh kurangkan senggugut dan keputihan korang tau! Mana yang selalu ada masalah ini Nina sarankan cuba clothpad ni. Mana tahu sesuai dengan korang dah selesai masalah-masalah tersebut.

Rekaan didalam juga berwarna warni ye. Cantik sangat! Material yang lembut membuatkan Nina memakainya selesa sangat dan senang untuk dicuci. Tidak berbau dan meresap terus. Tidak bocor dan sesuai untuk wanita yang aktif. Jangan risau tau kalau korang terover sana sini sebab clothpad ni tahan lasak. Hehe

Dengan harga tersebut sangat berbaloi sebab sangat jimat dengan penggunaan harian kita. Specialnya lagi clothpad ni adalah custom made tau bukan dari kilang yg proses. Jadi lebih bersih dan selamat :D

Jadi, Nina sangat recommend Red Moon Clothpad ni pada mereka yang bermasalah atau suka dengan keselesaan boleh cuba clothpad ni. Macam yang Nina cakap tadi, semuanya bersih dan selamat. InshaAllah segala penyakit dapat disembuhkan dengan izin Allah. Selamat mencuba!

Untuk pertanyaan/pembelian boleh hubungi:
Kak Ja
017-599 6090



9 comments:

  1. wow ! kreatif betul.. Nurul memang selalu je bocor.. boleh la cuba ni.. tq nina :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe aah kreatif. Ok Nurul sama2. Nanti Nurul cuba tau :D

      Delete
  2. Menariknya .. design pun canrik ..ni kalau CCL beli confirm sayang nak pakai
    Jemput ke story ccl
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2017/08/rezeki-top-commentor-blogger-shikin.html

    ReplyDelete
  3. oo yang cemni x penah try.. maybe boleh cuba nanti..

    ReplyDelete

  4. I've learn some excellent stuff here. Definitely price bookmarking for revisiting. I surprise how much effort you place to make the sort of magnificent informative site. yahoo email login

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.