Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

December 31, 2018

JejalanNA | Bukit Tinggi, Pahang

Assalamualaikum dan hai semua!
Harini penutup pada tahun 2018. Banyak memori yang berlaku pada tahun 2018 ni. Alhamdulillah berjaya tempuhi dengan hati yang tenang. Haha korang macam mana pula? Ok tak tahun ni? Hope tahun depan kita berjaya tempuhi lagi. InshaALLAH.

Ni cerita 2 minggu lepas. Baru nak up entri. Nina join family trip belah mentua. Ni kira kali kedua berjalan as husband and wife lepas pergi Ipoh hari tu. Hehe Nina bertolak sabtu pagi terus ke Bukit Tinggi. Family mentua terus gerak dari rumah diorang. Kami sampai pun dah petang. Kami berginap di Meranti Park Suite.
Suasana petang. Makin sejuk tauu..
Ni dari luar apartment. Ok je aman tapi sunyi sikit..
View dari bilik ni. Cantik tau malam-malam :D
So far apartnent ni ok je. Sejuk gilerr! Tak payah pasang kipas. Cuba air dia kecil. Maybe tekanan rendah sebab tinggi kan apartment ni. Air tak boleh buka serentak. Hari tu menjerit-jerit juga sebab tengah pakai air ada orang pakai, jadi air makin kecil. Suruhlah orang tu tutup dulu sebab kita nak guna :D Malam-malam cantik. Boleh duduk dekat balkoni ni tengok bulan dan menikmati suasana. Oh lupa kedai dekat sini mahal tau dan limited. Kami tak makan di kedai. Bawak makanan sendiri dan masak je dekat bilik. Save sikit. Sebab nak keluar tak nampak kedai pun sini. 

Pagi esok kami start berjalan di Colmar Tropicale. Korang kena bayar masuk RM16/dewasa dan RM9/kanak-kanak tapi untuk tiket ni korang boleh masuk semua tempat tau. So sangat jimat! Korang boleh pergi French village, Japanese Village, Rabbit Farm dan etc.



French Village ni sangat cantik. Dari luar pun dah teruja tau nak bergambar. Sebab semua tempat cantik. Kalau boleh tak nak terlepas nak bergambar sebab gambar korang memang jadi cantik punya. Sampai pening kepala nak bergambar mana lagi. Macam negeri overseas pula rasa :D

Dekat area luar ni ada satu tempat main paint ball. Dalam area paint ball tu ada dinasour. Nak bawa family atau anak-anak tu bolehlah cuba. Lepas tu dekat area luar ni pun ada swan tau. Bolehlah bergambar. Comel je :D

Next kita gerak ke Japanese Village. Dekat sini ada shuttle tau. Kalau korang tak nak gerak dengan kereta boleh naik je shuttle diorang tapi kena beraturlah. Kalau masa cuti ke ramai orang dekat sini jadi parking penuh. Digalakkan naik shuttle ye. Japanese Village ni dekat atas lagi. Nina dah tak larat nak naik jadi yang lain je pergi sana. Nina duduk dekat tempat menunggu shuttle ni. Hehe rugi betul tapi nak buat macam mana kesihatan tak mengizinkan. Tunggu dan tengok gambar jela dapat :')
Boleh cuba pakai baju kimono tau tapi Nina lupa nak tanya dengan diorang berapa. Diorang pun tak pakai sebab budak kecil punya size tak ada. Semua size orang dewasa. Hehe

Next kami pergi Rabbit Farm tapi tak ada pun nak bergambar sebab semua keletihan. Bawa budak je pergi. Banyak arnab dari pelbagai jenis. Bulu kembang gitu dan comel. Makan boleh beli sepeket RM2 dan boleh kasi arnab makan. Masing sudah letih dan lapar, jadi kami balik apartment dulu makan solat rehat. Budak ni sibuk nak pergi naik kuda dekat Horse Trails. Tiba-tiba hujan. Maunya tak merengek. Haha last pergi juga bawa. Hujan pun dah berhenti. Kami siap-siap nak gerak balik terus ni dan singgah di Horse Trails sebab dia sehala nak balik. 
Tengok muka diorang suka sangat dapat naik tapi badan keras je tu atas kuda :P
Ni bayaran masuk untuk tengok kuda dan boleh bagi makan sekali :D
Yang ni pula harga untuk tunggang kuda. Beza ada besi dekat kaki kuda tu :D
\
Dah balik dah diorang jalan dengan kuda. Kuda ni cantik je. Dijaga dengan baik. Ok settle jalan untuk kali ni. InshaALLAH nanti Nina share lagi ye kalau pergi trip lagi. Hehe :)

December 24, 2018

JejalanNA | Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Assalamualaikum dan hai semua!
Musim cuti sekolah kan sekarang. Jadi apa kata mak ayah bawa anak berjalan ke Ipoh. Sebenarnya Ipoh banyak tempat menarik dan salah satunya adalah Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Taman Rekreasi Gunung Lang terletak 5 kilometer dari bandaraya Ipoh, adalah satu daripada beberapa gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, khususnya di Lembah Kinta. Kalau korang sampai je sini kiri kanan gunung batu kapur. Jadi menyebabkan kawasan disini lebih menarik, cantik dan juga menjadi tumpuan untuk sesi bergambar. 




Disebabkan Nina sampai salah waktu sebab masa itu ada aktiviti pertandingan memancing dan hujan. Jadi aktiviti menaiki bot ditunda sehingga pertandingan tersebut tamat. Sedih juga tak dapat nak melihat kawasan sekitar ini menaiki bot. Untuk pengetahuan, tiket untuk menaiki bot untuk ke pulau buatan yang jaraknya kira-kira 300 meter pula cuma berharga RM3 bagi dewasa, RM1.50 untuk kanak-kanak dan warga tua. Murahkan. Parking pun luas dan percuma. 

Untuk lebih lanjut boleh layari : https://www.orangperak.com/taman-rekreasi-gunung-lang.html

AK Wedding Review | Henna

Assalamualaikum dan hai semua!
Pemakaian henna sudah menjadi trend atau kemestian pada majlis perkahwinan kan. Rata-rata akan mencari vendor untuk buat henna ini dua atau sehari sebelum majlis. Nina buat malam sebelum majlis tu. Hehe Nina mencari sendiri design dan tunjuk dekat orang yang buat tu. Hehe Nina kan suka keunikkan. Yela nak pakai sekali majliskan mestilah nak buat yang terbaik dan puas hati. Nina pilih pakej dekat tangan je. Kaki tak pakai sebab pakai stoking. Tak nampak. Rugi je buat. Hehe

Kalau dulu zaman kita kecil, suka buat sendiri. Petik dari pokok dan tumbuk sendiri. Nak lagi pekat letak asam jawa, beras dan sebagainya. Memang seronok waktu tu. Cantik je warna dekat jari. Orang cakap warna tu ikut darah. Hehe sekarang tak payah susah, sebab ada instant henna. Beli dan terus buat je. Tak payah bancuh dah. Tapi yang original juga best. Tapi itulah pokok dah tak banyak ada.

Selain itu, henna juga sebagai penyeri untuk pengantin. Tak kiralah korang hanya buat copping je atau ukiran di atas tangan. Hehe Nina sangat suka dengan henna. Tak kahwin pun suka pakai. Cantikkan. Hehe untuk henna memang Nina bajet sikitlah sebab pakai sekejap je kan dan ambil vendor dekat area kampung je. Senang tak adalah cas transport mahal sangatkan. Hehe
Nina ambil dengan adik ni. Memang cepat dia buat dan nampak dah biasa buat. Memang berseni dan halus je. Tak comot dan cantik je bila dah kering. Tengok gambar dia dekat IG semua cantik-cantik dan banyak feedback yang positif. Hehe mana area berdekatan boleh cuba hasil tangan sis Fyfah ni;
Instagram : @fyfahhennaartrembau

AK Wedding Review | Handsock

Assalamualaikum dan hai semua!
Handsock sekarang ni kan macam-macam design ada. Lawa belaka. Hehe rasa nak beli semua. Ada juga yang bertanya apa yang Nina pakai renda-renda dekat tangan tu masa nikah. Hehe ada yang pegang sebab pelik. Ada yang tak tahu handsock tu apa. Nina senyum jela :D
Korang risau kalau terselak lengan baju? Pakai je handsock. Nina memilih handsock dari Nurbella ni. Handsock ni selesa woo. Sedap pakai. Cun giler! Untuk nikah sis pakai handsock Maira yang ada lace dekat hujung lengan tu nak nampak lagi sweet dan cantik. Sebab nikah kita pakai baju simple je kan. Tak ingat kod apa, kalau tak silap soft vanilla seakan warna krim. Yang ni mahal sikit tapi cantik. Serius Nina cakap! Kena pandai match ye dengan baju korang. Kalau tak nanti nampak sarat sangat dan pelik jugalah. Tapi jangan risau dengan handsock ni tak nampak pelik, nampak lagi cantik adalah :D Nak pakai dengan baju lain pun nampak elegen sangat.
Untuk sanding pula Nina pakai handsock Bella sebab baju dah meriah jadi serikan dengan handsock simple je cukup. Ni kod Emerald. Nak pakai sampai petang pun selesa je. Sebab dia tak ketat dekat lengan sangat dan tak terjatuh bila pakai. Memang ngam je. Tak gatal pun bila berpeluh :)

Mana nak dapat? Haa jom serbu kedai adik sorang ni. Beli banyak2 dapat diskaun tau. Cepat contact adik ni :
Instagram : @fieyahshoppe
Facebook : Galeri Sofiyah
Shopee : Fieyaah Shoppe

AK Wedding Review | Pelamin

Assalamualaikum dan hai semua!
Pelamin juga penting sebab selalunya disitulah tempat nak bergambar, berborak dan bersua dengan tetamu. Sekatang pula banyak design lawa pelamin ni kan. Geram pula tengok. Hehe ada yang sarat dengan deconya dan ada juga yang simple dan mengikut bajet korang. Korang kena survey banyak vendor tau untuk kepuasan sendiri juga selain tidak lari dengan bajet. Kena teliti tengok pakej apa yang disediakan atau korang nak ala carte ke. Tengok kepentingan masing-masing. Nak lebih jimat lagi DIY je pelamin. Banyak dah vendor yang sewakan alatan pelamin.
Ada setengah orang tak suka sangat dengan konsep minimalist ni. Tapi Nina lebih suka memilih pelamin yang simple je. Sebab pengantin dah pakai baju yang mewah dan sarat dengan aksesori kan. Terima kasih Mhugallery sebab buat pelamin cantik. Sejuk je mata memandang sebab Nina memilih warna yang soft iaitu putih, cream dan peach. Senang nak match dan warna baju pengantin tu nampak naik dan tidak tergelam dengan deco pelamin itu sendiri. Dalam gambar pun jadi lawa je :)

Nina bagi tips lain pula pastikan korang punya baju tak sama warna dengan pelamin sebab nampak tenggelam dan kita nak pengantin lebih menonjol. Jadi ornag boleh nampak pengantin itu sendiri. Biarlah pengantin yang nampak naik serinya dari pelamin. Pelamin ni hanya membantu keserian sahaja. Tak begitu? Hehe tapi ikut juga kehendak korang jika memilih konsep mewah itu terpulang. Ikut citarasa masing-masing.

Mana nak mencuba ambil servis dengan sis ni sebab design pelamin dia semua lawa. Banyak pengantin ambil dengan dia. Senang nak deal dengan sis ni sebab boleh mengikut bajet korang :D
Instagram : @mhugallery
Facebook : Make Her Up / Mhugallery

AK Wedding Review | Topper

Assalamualaikum dan hai semua!
Selain dari kek, topper juga penyeri sesuatu majlis. Bukan sahaja cantik, malah dapat menaikkan mood pengantin dan bergambar juga nampak cantik. Kek pun jadi bertambah seri walaupun kek tu tak mahal dan simple. Dah menjadi kewajipan pula kan kalau ada majlis je mesti ada topper atas dia. Nina pun nak jadikan kenangan je sebenarnya. Hehe


Nina juga guna topper ni untuk hiasan kek dan hantaran. Exclusive sangat uolls! Orang pun cakap cantiknya hantaran dia. Hehe betul! Kalau korang tak pandai hias hantaran pun guna topper ni pun cukup naik seri dia. Nina suka keunikkan dan Nina guna topper untuk atas hantaran. Lebih unik. Terima kasih sangat kak. Hehe dari dulu guna servis akak memang tak pernah kecewa. Hasil memang confirm memuaskan. Kemas dan servis tip top! Masih layan walaupun Nina minta macam-macam. Hehe kalau korang ada bajet tertentu boleh request dengan akak ni. InshaALLAH akak ni akan layan dan memang baik je akak ni. Akak ni akan buat sampai korang puas hati. Hehe korang kalau pening tak tahu nak buat macam macam topper tu, kornag boleh minta pandangan akak ni atau korang boleh tengok gambar dari IG Kimykashop ni atau mana-mana je.

Mana sedang mencari topper sila guna servis akak ni. Sangat recommended! Beritahu je nak topper macam mana, akak ni boleh buat. Boleh pos ye. Kalau dekat boleh COD. Hehe topper artis pun akak ni buat tauu :)
Instagram : @kimykashop

AK Wedding Review | Cake 1 Tier

Assalamualaikum dan hai semua!
Untuk kek pula mengikut citarasa korang. Sebab pengantin bukan makan sangat kek ni. Hehe kalau nak buat, silakan tempah awal ye. Sebab kadang-kadang last minute vendor tu tak nak terima. Nina lebih suka konsep minimalist. Jadi kek pun simple je 1 tingkat je. Hehe kek juga lebih elok tempah yang dekat dengan kawasan kenduri korang tu. Bukan apa senang nak delivery nanti. Tak adalah ada isu kemudian, kek comotlah, kek itulah. Hehe almaklumlah masa kenduri nanti kelam kabut.

Sebelum ni pun dah pernah tempah kek dengan akak ni. Memang sedap. Kak Niza pun baik kot sebab sedaya upaya buatkan kek macam dalam gambar yang Nina bagi walaupun Kak Niza cakap tak dapat nak buat sama dengan gambar yang bahagian bunga tu. Nina request nak kek tinggi sikit sebab nak bergambar potong kek. Saiz 10" rasanya. Haha tak ingat. Nina pilih kek biasa je perisa coklat dan topping cream dan sedikit foundant. Puas hati sebab kek yang cantik dan rasa sedap. Next time inshaAllah tempah lagi.

Mana yang duduk area Rembau, kalau nak order boleh contact akak ni
Instagram : @fazlinniza990
Facebook : Fazlin Niza

AK Wedding Review | Catering & Canopi

Assalamualaikum dan hai semua!

Selain kad jemputan, katering juga sangat penting ye. Ia berkait satu sama lain. Korang lebih baik berbincang dengan vendor katering tersebut dan dia akan tanya bajet jemputan korang. Jadi dengan bajet korang tu dapatlah vendor bajet makanan tu berapa. Make sure korang ada target ye. Macam Nina jemputan tak ramai. Dalam 500 orang sahaja. Dan kad mestilah kena kurang dari tu. Contoh dalam 200-250 kad sahaja. Katering selalunya akan sediakan makanan lebih 100-150pax dari jemputan korang. Untuk katering lagi bagus pilih yang dekat dengan kawasan korang nak buat kenduri tu. Nina ambil dekat area kampung je dekat Rembau juga sebab senang nak bawa dan makanan lebih fresh. Tak ada isu akan timbul macam lauk akan basi ke atau lauk tertumpah ke. Haa gitu.. Hehe jom tengok gambar dulu ;)




Inilah keadaan masa kenduri haritu. Gambar dari photographer ni. Nina tak sempat nak pegang handphone. Hehe macam mana ok tak? Nina ada juga survey beberapa vendor lain tetapi akhirnya memilih yang ni juga sebab harga yang sangat berbaloi dan murah. Owner yang friendly giler. Haha boleh ikut bajet korang. Memang senang deal dengan pakcik ni. Semua lengkap. Dari khemah dan kanopi semualah. Tapi Nina hanya ambil katering dengan kanopi je. Alhamdulillah lauk cukup dan sedap. Ada lebih sikit je. Masa test food tu pun mak dengan abang cakap sedap. Alhamdulillah sama masa kenduri hari tu. Yang Nina suka sangat dengan harga yang dia bagi tu dapat khemah dan deco yang cantik. Moden je dan sangat puas hati. Nak bergambar pun cantik je. Tak boleh move on ni. Haha kemas kerja dia. Mak pun cakap cantik. Terima kasih acik. Terlebih terkurang minta maaf lah ye. Mana area Rembau, boleh hubungi acik ni ye.

Facebook : D’citra Catering
Tel : +60 12-931 4598 / +60 16-829 2248 
(En. Hanafi)

AK Wedding Review | DIY Kad Jemputan Kahwin

Assalamualaikum dan hai semua!
Kad jemputan sangatlah penting dalam sesuatu majlis. Ini kerana kita tak nak ada isu jemputan berlebihan dan menyebabkan lauk akan tidak cukup. Korang kena buat anggaran berapa jemputan yang ingin dijemput. Contoh macam Nina jemputan 500 orang dan kad perlulah 150/200 keping sahaja dan selebihnya saudara-mara, jiran dan ada yang jemput melalui cakap mulut/whatsapp dan sebagainya. Minta pendapat caterier juga sebab diorang lebih pengalaman. Kebiasaannya katering akan sediakan lebihan lauk dalam 100-150pax. Bergantung kepada jumlah jemputan anda.

Untuk kad Nina memilih untuk buat sendiri dan print sendiri. Ada beberapa sebab, antaranya;

1) PUAS HATI DENGAN HASIL SENDIRI
Sebabnya boleh edit sesuka hati je. Haha mengikut citarasa sendiri. Editlah banyak kali pun sampai menjadi dan puas hati. Tapi alhamdulillah Nina buat memang sekali dua je edit balik sebab memang plan yang tu je. Tambah sikit je untuk jadi lebih menarik. Nina guna printer biasa je nak cetak kad ni. Nasib baiklah printer ni memberi kerjasama :D
Ramai kata kad Nina ni unik sebab tak ramai yang buat. Lagi banyak muka surat. Haha memang saja je buat macam tu. Kenangankan. Haha semua orang ingat tu buku minta hutang. Mak lagi excited nak edar kad ni. Sebab semua puji. Alhamdulillah. Tema kad Nina ni buku sekolah. Jadi idea tu dari buku sekolah kita lah.

2) BOLEH SIMPAN SEBAGAI KENANGAN
Betul.. Orang kata kahwinkan hanya sekali. Jadi kalau boleh nak buat sesuatu yang akan diingati dan dikenang suatu hari nanti. Kad ni boleh kita simpan dan boleh mengimbau kenangan yang lalu bila buka balik. Kalau ada anak cucu boleh tunjuk sekali. Hehe jauh bebeno fikirannya :D

3) TAK PERLU NAK PENING DEAL DENGAN VENDOR KAD
Setiap orang ada citarasa sendiri. Kan Nina cakap kahwinkan hanya sekali. Jadi kalau boleh nak buat yang terbaik dna memuaskan hati. Jadi buat kad sendiri tak payah nak pergi cari vendor kad, lepas tu  nak cari yang termurah dan ikut bajet kita. Kadang nak ikut citarasa sendiri susah. Ada yang cantik tapi mahal pula. Kang dah siap ada pula kita tak puas hati sinilah sanalah. Haha Nina ada survey untuk kad ni memang agak mahal sedikit sebab banyak page guna dan ada vendor yang tak ambil tempahan design ni. Maybe sebab nak buat kad macam ni makan masa.
4) JIMAT
Nak kata jimat agak jimat sedikit berbanding tempah dengan vendor sebab apa sebab design Nina sendiri, cuba belikan kertas sahaja. Nina kira dalam sehelai tu +/-RM1.50 sahaja. Nina buat dalam 200 keping je. Jadi kos semua tu berbaloi dengan hasil.

Jadi ada yang nak design kad kahwin kraf macam ni boleh contact Nina ye. Nina dah pernah design kad orang dengan print sekali tetapi tak banyak keping lah Nina ambil. Dalam 200 keping ke bawah je sebab pakai printer biasa je :)

Boleh tengok sini hasil kerja :
1. http://www.naniena.com/2016/03/tempahan-design-printing-untuk-majlis.html
2. http://www.naniena.com/2016/04/tempahan-design-printing-untuk-majlis.html

AK Wedding Review | Ringkasan Persediaan Majlis

Assalamualaikum dan hai semua!
Lamanya nak update setiap entri ni kan. Maaf sekejap timbul sekejap ada. Nina cuba untuk cari masa untuk update tapi sifat kemalasan tu. Haha jadi untuk majlis perkahwinan yang lepas Nina nak share vendor yang Nina guna untuk memeriahkan majlis tersebut. Hanya separuh ye. Tak ingat nak credit semua :)

1) KAD JEMPUTAN
Kad sangat penting sebab jika berlebihan, lauk akan tidak cukup. Korang kena anggar berapa jemputan yang ingin dijemput. Contoh macam Nina jemputan 500 orang dan kad perlulah 150/200 keping sahaja dan selebihnya melalui cakap mulut/whatsapp dan sebagainya. Minta pendapat caterier juga sebab diorang lebih pengalaman. Kebiasaannya katering akan sediakan lebihan lauk dalam 100-150pax. Bergantung kepada jumlah jemputan anda.

Kad Nina buat sendiri dan print sendiri. Baru puas hari bila hasil sendiri. So, boleh jimat disitu :)

2) CATERING & CANOPY





Nina ambil dekat area kampung je dekat Rembau juga sebab senang nak bawa dan still fresh. Tak ada isu akan timbul mcm lauk basi ke tertumpah ke. Nina ada survey beberapa vendor tapi akhirnya memilih yang ni juga sebab harga yang sangat berbaloi dan murah. Owner yang friendly giler. Haha boleh ikut bajet korang. Memang senang deal dengan pakcik ni. Semua lengkap. Dari khemah dan kanopi semualah. Tapi Nina cuba ambil katering dengan kanopi je. Alhamdulillah lauk cukup dan sedap. Ada lebih sikit je. Masa test food tu pun mak dengan abang cakap sedap. Alhamdulillah sama masa kenduri hari tu. Yang Nina suka sangat dengan harga yang dia bagi tu dapat khemah dan deco yang cantik. Puas hati. Tak boleh move on ni. Kemas kerja dia. Mak pun cakap cantik. Terima kasih acik. Terlebih terkurang minta maaf lah ye.

Facebook : D’citra Catering
No contact : +60 12-931 4598 / +60 16-829 2248 (En. Hanafi)

3) CAKE 1 TIER

Sebelum ni dah pernah tempah kek dengan akak ni. Memang sedap. Kak Niza pun baik kot sebab sedaya upaya buatkan kek macam dalam gambar yang Nina bagi. Sebab nak bergambar potong kek je. Jadi simple 1 tier je tapi kek cantik. Rasa sedap. Next time inshaAllah tempah lagi.

Mana nak order boleh contact akak ni
Instagram : @fazlinniza990
Facebook : Fazlin Niza

4) TOPPER

Nina guna topper ni untuk hias kek dan hantaran. Exclusive sangat uolls! Sebab Nina suka keunikkan dan Nina buat juga topper di atas hantaran. Lebih unik. Terima kasih sangat kak. Hehe dari dulu guna servis akak memang tak pernah kecewa. Hasil memang confirm memuaskan. Kemas dan servis tip top!

Korang yang mencari topper sila guna servis akak ni. Beritahu je nak topper macam mana, akak ni boleh buat. Boleh pos ye. Kalau dekat boleh COD. Hehe topper artis pun akak ni buat tauu :)

Instagram : @kimykashop

5) PELAMIN

Ada setengah orang tak suka sangat dengan konsep minimalist ni. Tapi Nina lebih suka memilih pelamin yang simple2 je. Terima kasih Mhugallery sebab buat pelamin cantik. Sejuk je mata memandang sebab sis pilih kaler soft iaitu putih, cream dan peach. Senang match dan warna baju pengantin tu naik. Dalam gambar pun jadi lawa je :)

Boleh cuba ambil servis dengan sis ni sebab design pelamin dia semua lawa. Banyak pengantin ambil dengan dia.

Instagram : @mhugallery
Facebook : Make Her Up / Mhugallery

6) HANDSOCK


Risau kalau terselak lengan baju? Pakai je handsock. Handsock ni selesa woo. Sedap pakai. Cun giler! Untuk nikah sis pakai handsock Maira yang ada lace dekat hujung lengan tu nak nampak lagi sweet dan cantik. Sebab nikah kita pakai baju simple je kan. Sanding pula pakai handsock Bella sebab baju dah meriah jadi serikan dengan handsock biasa je cukup :)

Mana nak dapat? Haa jom serbu kedai adik sorang ni. Beli banyak2 dapat diskaun tau. Cepat contact adik ni :

Instagram : @fieyahshoppe
Facebook : Galeri Sofiyah
Shopee : Fieyaah Shoppe

7) HENNA
Henna juga sebagai penyeri untuk pengantin. Tak kira lah copping je atau ukiran di atas tangan. Hehe Nina sangat suka dnegan henna. Tak kahwin pun suka pakai. Cantikkan. Hehe untuk henna memang Nina bajet sikitlah sebab pakai sekejap je kan dan ambil vendor dekat area kampung je. Senang tak adalah cas transport mahal sangatkan. Hehe

Nina ambil dengan adik ni. Memang cepat dia buat dan nampak dah biasa buatkan. Memang berseni dan halus je. Tak comot dan cantik je bila dah kering. Tengok gambar dia dekat IFG semua cantik-cantik dan banyak feedback yang positif. Hehe mana area berdekatan boleh cuba hasil tangan sis Fyfah ni;

Facebook : Fyfah Hennaart Rembau

8) BAJU NIKAH & ANDAMAN
Baju nikah akak sulung Nina buat sebab dia memang tukang jahit. Nina nak yang simple je. Kat sini pun dah jimat sikit :) Korang boleh pilih baju apa yang nak kan. Kalau di butik baju sangat terhad. Puas hati sebab simple pun baju tapi cantik. Lagi dalam gambar memang cantik.

Untuk mekap nikah pagi tu, akak Nina juga yang mekapkan. Untuk mekap sanding, guna servis Makeup & Makeover by Roshima Roslan. Akak ni memang power tau. Hasil tangan dia memang cantik. Nina tak biasa pakai mekap. Sekali mekap lain pula muka :D Kedua mekap Nina request nak natural je. No eye lashes ok.

9) PHOTOGRAPHER
Yang ni part yang penting juga sebab dia lah yang snap memori majlis. Hehe nina ambil servis Kotak Warna Studio. Memang power team diorang. Gambar cantik tau. Korang boleh cuba ye. Memang banyak feedback yang positif je pasal diorang :)

10) HANTARAN
Hantaran korang kena bincang dengan pihak lelaki. Macam Nina 7 balas 9 dulang. Sebab kalau banyak lagi lawa untuk bergambar. Tersusun cantik je letak. Tapi ikut bajet juga ye. Kalau mampu sedikit buat je sedikit. Hantaran semua Nina buat sendiri. Lebih suka buat sendiri sebab dapat puaskna hati. Hehe tangan pun bolehlah berseni juga.

11) GOODIES
Untuk goodies pula mengikut kemampuan ye. Jumlah tu kena separuh jemputan korang. Contoh jemputan 500, goodies boleh 350/400. Lebih tak apa, jangan kurang.

12) LAIN-LAIN
Homestay untuk belah lelaki perlu ditempah lebih awal untuk mengelakkan homestay/tempat tinggal rombongan lelaki penuh. Lagi-lagi musim cuti sekolah/kahwin. Lebih baik cari yang berdekatan dengan rumah pengantin perempuan.

Jika perlu sediakan bunga pahar dan bunga manggar. Dan lain-lain keperluan mengikut kreativiti.

Korang boleh usha diorang ye dan boleh shopping juga. Untuk review penuh bolehlah tekan tab wedding review tu. Jika Nina ada tertinggal boleh share sekali dengan ruangan komen dibawah :)