*advertorial
Program ‘Jom
Pi Pasar’ adalah satu program inisiatif kerajaan dan dilaksanakan oleh Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ingin membantu mereka yang memerlukan dan berpendapatan
rendah di negara ini terutamanya yang menetap di bandar. Selaras dengan kenaikan
harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat, program ini sangat membantu
mengurangkan sedikit beban mereka. Sekurang-kurangnya lepas juga duit dapur
untuk bulan tersebut dan boleh disimpan untuk kegunaan lain. Program ini telah
dilaksanakan sejak April 2017 yang lalu dan telah melibatkan beberapa pasar di
sekitar Kuala Lumpur.
Selain itu,
program 'Jom Pi Pasar' ini juga bertujuan mengeratkan silaturahim di antara kerajaan
bersama rakyat. Menerusi program 'Jom Pi Pasar', setiap bulan 150 ke 300
pengunjung di pasar terpilih akan menerima kupon RM20 untuk mendapatkan
barangan keperluan runcit dan barangan basah untuk memasak buat keluarga. Selain
kupon bernilai RM20, semua penerima masing-masing turut menerima satu beg
makanan asas seperti beras, tepung, gula dan sardin yang disumbangkan oleh
pihak penaja. Antara beberapa pihak yang terlibat dalam program ‘Jom Pi Pasar’
ini seperti FAMA, KPDNKK, LKIM, Econsave dan lain-lain lagi.
Program yang
dilaksanakan ini sentiasa prihatin terhadap keluarga berpendapatan rendah dan
pelbagai program kebajikan diatur setiap tahun yang tidak bermusim dilakukan
saban tahun dan tidak pernah terhenti bagi membantu golongan sasar. Dari
sokongan semua pihak dapat merealisasikan usaha ini dan akan diteruskan untuk
pasar malam dan bazar Ramadan nanti.
Program ‘Jom
Pi Pasar’ ini benar-benar melegakan rakyat terutamanya suri rumah yang
rata-rata menerimanya. Selain membantu meringankan bebanan kos sara hidup
rakyat, pendekatan sebegini dapat mendorong kalangan peniaga dan pengeluar
untuk turut menurunkan harga di pasaran dengan tidak mengutamakan keuntungan
semata-mata. Bekalan stok untuk pasaran juga akan cuba dipertingkatkan. Ini
membolehkan lebih ramai masyarakat mendapatkan barangan keperluan dengan harga
yang lebih rendah di pasaran. Secara tidak langsung, masing-masing mendapat
faedah melalui program ini.
Pelbagai
pendekatan yang diusahakan dalam aspek kebajikan rakyat menunjukkan kerajaan
sentiasa peka dengan setiap
permasalahan, dan mencari jalan untuk mengatasi. Setakat ini sambutan
program ini amat memberangsangkan apabila ramai menyertainya. Dan saya sebagai
rakyat Malaysia amat mengalukan ramai lagi syarikat atau mereka yang ingin
turut serta dalam menjayakan program seperti ini dan berharap lagi program lain
yang dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah.
Kredit gambar : google
Kredit gambar : google
Bagus program ni, membantu golongan yang berpendapatan rendah..nmpk kerajaan concern dengan masalah masa kini yg mana harga brg semakin naik & sekaligus ramai yg tinggal di bandar, walaupun berpendapatan tinggi tapi masih dikategori miskin bandar..kurang2nya program ini dapat meringankan beban golongan yang berkenaan.
ReplyDeleteWahh ... Bagusnya! Baru tahu ada nya program sebegini yang sangat membantu mengurangkan sedikit beban mereka yang memerlukan. RM20 pun besar gak jumlahnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok rasa bila ada program sebegini dibuat.. Sgt2 mbantu golongan yg kurang berkemampuan..
ReplyDeletebaguslah progeam mcm ni. merapatkan hubungan rakyat dengan kerajaan. siap dapat kupon rm20 lagi tu, setidaknya dapatlah mngurangkan sikit beban dorang kan
ReplyDeleteKupon tu nilai kecik tp blh beli mcm2... 👍
ReplyDeletebagusnya ada program mcm ni ... kalau dpt rm20 tu, boleh penuh bekalan seminggu sayur dalam peti sejuk ...
ReplyDeleteRM20 tu pegi pasar basah mcm2 gak boleh dapat. Untung la 👍
ReplyDeleteProgram yg wajar di teruskan untuk rakyat... :)
ReplyDeleteAlhamdullilah. Cikla percaya inisiatif ni pasti membuatkan ramai yg tersenyum sebab ia sedikit sebyk dpt jugaklah membantu mereka dalam perbelanjaan seharian terutama melibatkan brgn basah.
ReplyDeleteSecara tak langsung, kita bantu peniaga-peniaga kecik kat pasar.
ReplyDeleteLagipun kadang-kadang kalau beli kat supermarket tu, sayur kadang-kadang dah layu..
Alhamdulillah. Sudah pasti rakyat rasa beruntung dengan program hasil inisiatif kerajaan ini.
ReplyDeletewalaupun bantuan yang sedikit, tapi pasti dapat meringan beban suri rumah terutamanya kan :)
ReplyDeletebest betul... beruntungnya.. dapat kurangkan beban suri rumah...
ReplyDeleteBagus program mcm ni..surirumah pasti bahagia kan hihi
ReplyDeletebestnya program ini bagus sangat di adakan penduduk kl
ReplyDeletetahniah warga KL..bagus inisiatif dr DBKL ni
ReplyDeleteG pasar dpt rm20 mmg best sebab boleh jimat blanja sendiri..mcm2 boleh beli kan..
ReplyDeleteBagi sesetengah orang maybe RM20 tu macam "celah gigi" je. Tapi bagi golongan tertentu, duit amat bernilai waima RM1 sekalipun.
ReplyDeleteRM20 tu mcm2 boleh beli.. kat pasar bahan segar pulak tu
ReplyDeleteMemang wajar program seperti ini dijalankan. Secara tak langsung dpt membantu golongan Yang sepatutnya.
ReplyDeleteProgram macam ni memang bagus untuk membantu yang memerlukan
ReplyDeletegood program..
ReplyDeleteRM20 banyak juga boleh save kan
ReplyDeletemoga inisiatif ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh golongan sasaran
ReplyDeletejimat la..masak dan makan dirumah ja..mcm2 dijual dekat pasar
ReplyDeletememang terbaik program sebegini
ReplyDeletetengs naniena, elok la kak buat entry pasal ni. ema percaya ramai lagi yg tak tahu walupun mereka tinggal di bandar
ReplyDeleteDengan Kupon RM20 nih bolehla kita berjimat kan..Bagusnya DBKL buat program macam nih.
ReplyDeleteBagusnyaa ada inisiatif macam ni, untung sangat.
ReplyDeleteSeronoknya nak pasar juga. RM 20 banyak juga boleh membeli Dan berjimat
ReplyDeleteTerbaik lah...
ReplyDeleteRM 20 besar nilainya kepada mereka yang memerlukannya
ReplyDeleteOrang nampak kecik rm20. Cuba la duduk kat tempat mereka, baru tahu bagaimana setiap sen itu bermakna.
ReplyDeleteRm20 tu p pasar mcm2 bole dapat taw.
ReplyDeleteYelah. Sikit2 pon dpt membantu kan.
ReplyDeletebagus ada kemudahan begini untuk mereka yang berpendapatan rendah, sangat membantu meringankan beban kewangan
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
alhamdullilah.. rezeki mereka kan.. dapat tambah2 duit dapur.
ReplyDeleteBanyak juga boleh dapat dengan RM20 ni.
ReplyDeletememang memnbantu kan program begini
ReplyDeleteLaa selagi boleh jimat kita jimat walaupun singgit kan :)
ReplyDeleteTeruja dengan program mesra rakyat seperti ini, moga dipanjangkan.
ReplyDeletewau..boleh beli lebih lagi la barang kat pasar tu
ReplyDeleteWowww camni nak pergi selalu la hehe
ReplyDelete