Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

August 31, 2018

Selamat Hari Kemerdekaan 61 Tahun (2018)

Assalamualaikum dan hai semua!
Harini tangal 31 Ogos 2018, negara kita sudah mencapai kemerdekaan yang ke 61 tahun. Alhamdulillah negara kita sehingga kini masih aman dan semoga Malaysia semakin maju. Jom kita kenali dan fahami tema dan logo sempena hari kebangsaan tahun ini.
Image result for logo merdeka 2018 png
Tema Hari Kebangsaan

“Sayangi Malaysiaku” menekankan kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara bai memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama, bangsa dan fahaman.

Logo Hari Kebangsaan

Logo ini dicipta oleh Nik Zulkifli Nik Hitam. Ia menggambarkan simbol 3 orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu.

Logo ini membawa maksud warganegara Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara Malaysia. Penggunaan warna-warni adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri.

Lagu Tema Sempena Hari Kebangsaan

Tajuk: Kita Punya Malaysia
Penyanyi: Bunkface
Ciptaan: Sam Bunkface

Kalau dulu masa sekolah kemain seronok nak sambut. Ada macam-macam aktiviti dilaksanakan untuk peringkat sekolah malah ada yang sertai di peringkat negeri dan kebangsaan. Perarakan yang  paling best sambil nyanyi lagu kemerdekaan. Memori tak akan dilupakan. Hehe sekarang dah membesar tengok adik-adiklah yang serta aktiviti macam ni. Yang kita tengok dalam tv jela :D Paling tular sekarang ni adik-adik gayakan berbagai jenis baju yang cantik-cantik dan siap sekolah diorang buat fashion show lagi. Kalah kami yang dewasa ni.. Hehe mak-mak lah sibuk cari tukang jahit untuk jahitkan baju merdeka. Seronok diorang :D

August 24, 2018

Movie Review | Hantu Kak Limah 2018

Assalamualaikum dan hai semua!
Lama dah tak review movie kan. Harini nak review movie Hantu Kak Limah yang telah berada di pawagan sejak 09 Ogos yang lalu. 
Image result for hantu kak limah 2018
Sinopsis:
Mengisahkan tentang Husin (Awie) yang pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya Khuda (TJ Isa), Wani (Sharwani NS) dan Yeh Sekupang (Rab Khalid) di kilang arang. Sementara itu, Kak Limah (Delimawati) baru sahaja berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati.

Namun, baru sahaja menikmati kebahagiaan berumah tangga, Kak Limah telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun. Pada masa sama, Husin bertemu dengan seorang gadis cantik yang bernama Eton, (Uqasha Senrose) di dalam hutan dan jatuh cinta dengannya. Husin dan Wani tidak tahu akan berita kematian Kak Limah termasuk suami Kak Limah sendiri, Khuda.

Di sini bermulanya misteri apabila kelibat Kak Limah masih kelihatan walaupun dipercayai sudah meninggal dunia. Akhirnya, muncul guru silat, Solihin (Zul Ariffin) yang membantu mereka berdepan dengan hantu Kak Limah. Namun usaha ustaz Solihin menemui kegagalan. Walaupun urusan pengkebumian telah selamat, namun Yeh Sekupang masih diganggu oleh jelmaan roh Kak Limah. Hal ini membuatkan Ustaz Solihin ingin menghapuskan roh tersebut yang masih berlegar-legar di Kampung Pisang. Mereka berlima sekali lagi berusaha untuk memerangkap semula roh Kak Limah di dalam satu bulatan yang besar yang diketuai oleh Ustaz Solihin. Selang beberapa jam kemudian, roh Kak Limah berjaya diperangkap, namun begitu Ustaz Solihin sekali lagi ditewaskan oleh roh tersebut. Akibat dari kekecohan ini, tiba-tiba ketua kawanan bagi orang-orang bunian bersama rombongannya turun ke alam manusia untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku.

Review sendiri:
Memang excited nak tengok hantu Kak Limah ni. Sebab kalau kita tengok dari movie sebelum ni penduduk Kampung Pisang menyangka Kak Limah lah yang mencetuskan kekecohan. Tetapi untuk movie kali ini Kak Limah lah yang menjadi hantu. Hehe tapi Kak Limah bukanlah hantu sebenarnya. Yang menjadi hantu adalah Nor Aini (anak bunian) iaitu bini Khuda yang berubah menjadi hantu Kak Limah disebabkan untuk membalas dendam. Memang sangat kelakar. Lagi ada part macam Ropie tu nyanyi lagu iklan Joy zaman 1983. Memang Ropie penyeri untuk movie ini. Part Solihin tu cakap gaya memang boleh tewas lah dengan hantu Kak Limah. Semangat sekali kalah. Haha buat malu je. Ingatkan bolehlah jadi penyelamat penduduk Kampung Pisang. Bolehlah korang bawa family untuk tengok cerita ni. Dan sekarang ni movie ni dah berjuta-juta tau. Haa nampak tak movie ni best. 
★★★