*advertorial
Cuba anda
bertanya kepada orang di sekeliling anda. Siapa tidak suka melancong? Jika mengikut
purata, lebih 90% akan mengatakan, “Ya, saya ingin melancong!” Mungkin tidak
lebih 10% sahaja yang mengatakan tidak ingin melancong. Jika diajukan
pertanyaan ini kepada Nina, memang sudah pasti Nina ingin melancong! Siapa yang tidak mahu kan? Hanya kerana kekangan
masa dan bajet tertentu yang menghalang traveller dari meneruskan hajat mereka.
Jika ada rezeki Nina juga mahu ingin melancong bersama keluarga untuk melihat
negara orang dan menyelami keunikkan tradisi di setiap negara. Sejujurnya, menjadi
seorang pelancong atau traveller yang tegar amatlah mudah. Semua orang boleh
menjadi traveller tetapi mencari perkhidmatan yang ditawarkan dan menetapi
kehendak kita itulah yang menyukarkan. Jika ada pun perkhidmatan yang terbaik,
harga yang ditawarkan pula agak mahal dan luar dari bajet kita. Lagi-lagi yang
baru habis belajar dan mula nak berjinak dengan travelling. Agensi-agensi
pelancongan juga boleh memainkan peranan penting dengan cara menawarkan pakej
pelancongan yang berpatutan agar pelancong mudah tertarik dan tidak menghadapi
masalah untuk berkunjung ke tempat yang ditujui dalam dan luar negara. Tetapi
jangan risau. Pernah dengar agensi Traveloka? Alah selalu keluar iklan di
stesen televisyen tu. Haa jika sudah ingat! Traveloka adalah satu agensi
pelancongan yang acap kali menawarkan promosi yang terbaik kepada pelanggan
mereka.
Oleh itu, untuk
kempen kali ini Traveloka menyediakan tawaran kupon diskaun tambahan untuk
pembelian segera. Ini bermakna anda akan dapat diskaun lagi setelah membuat
pembayaran segera selepas book atau waktu promosi berlangsung. Bukan sekadar
book sahaja dan pembayaran dibuat selepas sehari atau dalam tempoh tertentu. Wow,
menariknya! Promosi ini lebih berbaloi untuk mereka yang mempunyai bajet
tertentu dan ia lebih menjimatkan jika anda turut membawa keluarga, rakan atau
saudara untuk meraikan bersama. Lebih mengembirakan lagi adalah boleh jimatkan
wang anda dan wang tersebut boleh digunakan untuk shopping dan bawa pulang untuk
dihadiahkan yang tersayang.
Traveloka Sale-abration
menawarkan kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan
yang terlibat. Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan.
Tertakluk kepada terma dan syarat. No Booking Fee! Tempah sekarang untuk
perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi! Traveloka bekerjasama
dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke
destinasi yang ingin dituju. Ianya sangat berbaloi bukan? Anda boleh memilih
destinasi anda tanpa mengira jarak dan tempat. Kelebihan promosi ini bukan
sahaja dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara dengan menggalakkan rakyat Malaysia
sendiri untuk pergi melancong ke destinasi pilihan domestik disamping dapat
mengurangkan pengaliran keluar matawang negara. Yang lebih penting keselamatan
dan privasi pembayaran anda di Traveloka dijamin sepenuhnya oleh teknologi
RapidSSL. Terima pengesahan segera dan e-tiket secara terus di emel anda.
Untuk
penginapan juga Traveloka memang mempunyai terlalu banyak pilihan dan pelbagai
hotel-hotel moden yang ringkas dan tetap tampil menarik untuk para pengunjung
dengan harga yang sangat berpatutan. Dari yang harga tinggi sampai ke harga
yang lebih rendah untuk pelancong memilih mengikut kategori dan bajet
tersendiri. Traveloka juga bekerjasama dengan rangkaian hotel di seluruh dunia
agar anda dapat menikmati penginapan yang selesa di mana sahaja. Kebiasaannya antara
ciri keutamaan penginapan yang dicari seorang traveller adalah mencari hotel
yang tidak terlalu mahal tetapi masih menawarkan perkhidmatan yang sangat
superb selain gaya persembahan yang moden serta kontemporari. Selain dapat
menjimatkan wang, kita dapat menikmati percutian dengan sepuas-puasnya dalam
keadaan yang sangat baik dan berpuas hati dengan percutian tersebut. Dengan
Traveloka anda lebih jimatkan masa dan lebih mempercayai dengan pilihan yang
disediakan. Pelanggan hanya perlu membuat pilihan hotel dan seterusnya membuat
tempahan tanpa perlu rasa bimbang. Dengan StayGuarantee, tempahan hotel dijamin
sepenuhnya. Jika berlaku lebihan tempahan, Traveloka akan mencadangkan hotel
lain yang setaraf, tanpa kos tambahan atau bayaran akan dikembalikan. Jika anda
masih tidak tahu dimana pilihan destinasi penginapan anda, jangan risau kerana
Traveloka ada menyediakan cadangan hotel dan anda juga boleh membaca lebih 2,000,000
ulasan sebenar daripada tetamu hotel.
Tempoh
Tempahan adalah dari 4 September hingga 10 September 2018. Tempoh Perjalanan
adalah bila-bila masa sahaja. Jadi bagi mereka yang kaki travel tu, rebutlah peluang Traveloka
Sale atau Matta Fair 2018 yang ada,
sementara promosi ini masih berjalan. Apa lagi yang anda tunggu! Rancang
percutian anda bersama Traveloka. Boleh layari laman sesawang https://www.traveloka.com/en-my/
untuk maklumat lanjut dan buat tempahan sekarang! Kini tiada alasan lagi untuk
memberi alasan tiada masa dan lari dari bajet anda! Hubungi Traveloka sekarang!
No comments:
Post a Comment
Thank you for comment. Come again :)
WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.