Assalamualaikum dan hai semua!
Harini penutup pada tahun 2018. Banyak memori yang berlaku pada tahun 2018 ni. Alhamdulillah berjaya tempuhi dengan hati yang tenang. Haha korang macam mana pula? Ok tak tahun ni? Hope tahun depan kita berjaya tempuhi lagi. InshaALLAH.
Ni cerita 2 minggu lepas. Baru nak up entri. Nina join family trip belah mentua. Ni kira kali kedua berjalan as husband and wife lepas pergi Ipoh hari tu. Hehe Nina bertolak sabtu pagi terus ke Bukit Tinggi. Family mentua terus gerak dari rumah diorang. Kami sampai pun dah petang. Kami berginap di Meranti Park Suite.
Suasana petang. Makin sejuk tauu.. |
Ni dari luar apartment. Ok je aman tapi sunyi sikit.. |
View dari bilik ni. Cantik tau malam-malam :D |
So far apartnent ni ok je. Sejuk gilerr! Tak payah pasang kipas. Cuba air dia kecil. Maybe tekanan rendah sebab tinggi kan apartment ni. Air tak boleh buka serentak. Hari tu menjerit-jerit juga sebab tengah pakai air ada orang pakai, jadi air makin kecil. Suruhlah orang tu tutup dulu sebab kita nak guna :D Malam-malam cantik. Boleh duduk dekat balkoni ni tengok bulan dan menikmati suasana. Oh lupa kedai dekat sini mahal tau dan limited. Kami tak makan di kedai. Bawak makanan sendiri dan masak je dekat bilik. Save sikit. Sebab nak keluar tak nampak kedai pun sini.
Pagi esok kami start berjalan di Colmar Tropicale. Korang kena bayar masuk RM16/dewasa dan RM9/kanak-kanak tapi untuk tiket ni korang boleh masuk semua tempat tau. So sangat jimat! Korang boleh pergi French village, Japanese Village, Rabbit Farm dan etc.
French Village ni sangat cantik. Dari luar pun dah teruja tau nak bergambar. Sebab semua tempat cantik. Kalau boleh tak nak terlepas nak bergambar sebab gambar korang memang jadi cantik punya. Sampai pening kepala nak bergambar mana lagi. Macam negeri overseas pula rasa :D
Dekat area luar ni ada satu tempat main paint ball. Dalam area paint ball tu ada dinasour. Nak bawa family atau anak-anak tu bolehlah cuba. Lepas tu dekat area luar ni pun ada swan tau. Bolehlah bergambar. Comel je :D
Next kita gerak ke Japanese Village. Dekat sini ada shuttle tau. Kalau korang tak nak gerak dengan kereta boleh naik je shuttle diorang tapi kena beraturlah. Kalau masa cuti ke ramai orang dekat sini jadi parking penuh. Digalakkan naik shuttle ye. Japanese Village ni dekat atas lagi. Nina dah tak larat nak naik jadi yang lain je pergi sana. Nina duduk dekat tempat menunggu shuttle ni. Hehe rugi betul tapi nak buat macam mana kesihatan tak mengizinkan. Tunggu dan tengok gambar jela dapat :')
Boleh cuba pakai baju kimono tau tapi Nina lupa nak tanya dengan diorang berapa. Diorang pun tak pakai sebab budak kecil punya size tak ada. Semua size orang dewasa. Hehe
Next kami pergi Rabbit Farm tapi tak ada pun nak bergambar sebab semua keletihan. Bawa budak je pergi. Banyak arnab dari pelbagai jenis. Bulu kembang gitu dan comel. Makan boleh beli sepeket RM2 dan boleh kasi arnab makan. Masing sudah letih dan lapar, jadi kami balik apartment dulu makan solat rehat. Budak ni sibuk nak pergi naik kuda dekat Horse Trails. Tiba-tiba hujan. Maunya tak merengek. Haha last pergi juga bawa. Hujan pun dah berhenti. Kami siap-siap nak gerak balik terus ni dan singgah di Horse Trails sebab dia sehala nak balik.
Tengok muka diorang suka sangat dapat naik tapi badan keras je tu atas kuda :P |
Ni bayaran masuk untuk tengok kuda dan boleh bagi makan sekali :D |
Yang ni pula harga untuk tunggang kuda. Beza ada besi dekat kaki kuda tu :D |
\
Dah balik dah diorang jalan dengan kuda. Kuda ni cantik je. Dijaga dengan baik. Ok settle jalan untuk kali ni. InshaALLAH nanti Nina share lagi ye kalau pergi trip lagi. Hehe :)