Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

December 24, 2018

AK Wedding Review | DIY Kad Jemputan Kahwin

Assalamualaikum dan hai semua!
Kad jemputan sangatlah penting dalam sesuatu majlis. Ini kerana kita tak nak ada isu jemputan berlebihan dan menyebabkan lauk akan tidak cukup. Korang kena buat anggaran berapa jemputan yang ingin dijemput. Contoh macam Nina jemputan 500 orang dan kad perlulah 150/200 keping sahaja dan selebihnya saudara-mara, jiran dan ada yang jemput melalui cakap mulut/whatsapp dan sebagainya. Minta pendapat caterier juga sebab diorang lebih pengalaman. Kebiasaannya katering akan sediakan lebihan lauk dalam 100-150pax. Bergantung kepada jumlah jemputan anda.

Untuk kad Nina memilih untuk buat sendiri dan print sendiri. Ada beberapa sebab, antaranya;

1) PUAS HATI DENGAN HASIL SENDIRI
Sebabnya boleh edit sesuka hati je. Haha mengikut citarasa sendiri. Editlah banyak kali pun sampai menjadi dan puas hati. Tapi alhamdulillah Nina buat memang sekali dua je edit balik sebab memang plan yang tu je. Tambah sikit je untuk jadi lebih menarik. Nina guna printer biasa je nak cetak kad ni. Nasib baiklah printer ni memberi kerjasama :D
Ramai kata kad Nina ni unik sebab tak ramai yang buat. Lagi banyak muka surat. Haha memang saja je buat macam tu. Kenangankan. Haha semua orang ingat tu buku minta hutang. Mak lagi excited nak edar kad ni. Sebab semua puji. Alhamdulillah. Tema kad Nina ni buku sekolah. Jadi idea tu dari buku sekolah kita lah.

2) BOLEH SIMPAN SEBAGAI KENANGAN
Betul.. Orang kata kahwinkan hanya sekali. Jadi kalau boleh nak buat sesuatu yang akan diingati dan dikenang suatu hari nanti. Kad ni boleh kita simpan dan boleh mengimbau kenangan yang lalu bila buka balik. Kalau ada anak cucu boleh tunjuk sekali. Hehe jauh bebeno fikirannya :D

3) TAK PERLU NAK PENING DEAL DENGAN VENDOR KAD
Setiap orang ada citarasa sendiri. Kan Nina cakap kahwinkan hanya sekali. Jadi kalau boleh nak buat yang terbaik dna memuaskan hati. Jadi buat kad sendiri tak payah nak pergi cari vendor kad, lepas tu  nak cari yang termurah dan ikut bajet kita. Kadang nak ikut citarasa sendiri susah. Ada yang cantik tapi mahal pula. Kang dah siap ada pula kita tak puas hati sinilah sanalah. Haha Nina ada survey untuk kad ni memang agak mahal sedikit sebab banyak page guna dan ada vendor yang tak ambil tempahan design ni. Maybe sebab nak buat kad macam ni makan masa.
4) JIMAT
Nak kata jimat agak jimat sedikit berbanding tempah dengan vendor sebab apa sebab design Nina sendiri, cuba belikan kertas sahaja. Nina kira dalam sehelai tu +/-RM1.50 sahaja. Nina buat dalam 200 keping je. Jadi kos semua tu berbaloi dengan hasil.

Jadi ada yang nak design kad kahwin kraf macam ni boleh contact Nina ye. Nina dah pernah design kad orang dengan print sekali tetapi tak banyak keping lah Nina ambil. Dalam 200 keping ke bawah je sebab pakai printer biasa je :)

Boleh tengok sini hasil kerja :
1. http://www.naniena.com/2016/03/tempahan-design-printing-untuk-majlis.html
2. http://www.naniena.com/2016/04/tempahan-design-printing-untuk-majlis.html

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.