Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

December 24, 2018

AK Wedding Review | Ringkasan Persediaan Majlis

Assalamualaikum dan hai semua!
Lamanya nak update setiap entri ni kan. Maaf sekejap timbul sekejap ada. Nina cuba untuk cari masa untuk update tapi sifat kemalasan tu. Haha jadi untuk majlis perkahwinan yang lepas Nina nak share vendor yang Nina guna untuk memeriahkan majlis tersebut. Hanya separuh ye. Tak ingat nak credit semua :)

1) KAD JEMPUTAN
Kad sangat penting sebab jika berlebihan, lauk akan tidak cukup. Korang kena anggar berapa jemputan yang ingin dijemput. Contoh macam Nina jemputan 500 orang dan kad perlulah 150/200 keping sahaja dan selebihnya melalui cakap mulut/whatsapp dan sebagainya. Minta pendapat caterier juga sebab diorang lebih pengalaman. Kebiasaannya katering akan sediakan lebihan lauk dalam 100-150pax. Bergantung kepada jumlah jemputan anda.

Kad Nina buat sendiri dan print sendiri. Baru puas hari bila hasil sendiri. So, boleh jimat disitu :)

2) CATERING & CANOPY





Nina ambil dekat area kampung je dekat Rembau juga sebab senang nak bawa dan still fresh. Tak ada isu akan timbul mcm lauk basi ke tertumpah ke. Nina ada survey beberapa vendor tapi akhirnya memilih yang ni juga sebab harga yang sangat berbaloi dan murah. Owner yang friendly giler. Haha boleh ikut bajet korang. Memang senang deal dengan pakcik ni. Semua lengkap. Dari khemah dan kanopi semualah. Tapi Nina cuba ambil katering dengan kanopi je. Alhamdulillah lauk cukup dan sedap. Ada lebih sikit je. Masa test food tu pun mak dengan abang cakap sedap. Alhamdulillah sama masa kenduri hari tu. Yang Nina suka sangat dengan harga yang dia bagi tu dapat khemah dan deco yang cantik. Puas hati. Tak boleh move on ni. Kemas kerja dia. Mak pun cakap cantik. Terima kasih acik. Terlebih terkurang minta maaf lah ye.

Facebook : D’citra Catering
No contact : +60 12-931 4598 / +60 16-829 2248 (En. Hanafi)

3) CAKE 1 TIER

Sebelum ni dah pernah tempah kek dengan akak ni. Memang sedap. Kak Niza pun baik kot sebab sedaya upaya buatkan kek macam dalam gambar yang Nina bagi. Sebab nak bergambar potong kek je. Jadi simple 1 tier je tapi kek cantik. Rasa sedap. Next time inshaAllah tempah lagi.

Mana nak order boleh contact akak ni
Instagram : @fazlinniza990
Facebook : Fazlin Niza

4) TOPPER

Nina guna topper ni untuk hias kek dan hantaran. Exclusive sangat uolls! Sebab Nina suka keunikkan dan Nina buat juga topper di atas hantaran. Lebih unik. Terima kasih sangat kak. Hehe dari dulu guna servis akak memang tak pernah kecewa. Hasil memang confirm memuaskan. Kemas dan servis tip top!

Korang yang mencari topper sila guna servis akak ni. Beritahu je nak topper macam mana, akak ni boleh buat. Boleh pos ye. Kalau dekat boleh COD. Hehe topper artis pun akak ni buat tauu :)

Instagram : @kimykashop

5) PELAMIN

Ada setengah orang tak suka sangat dengan konsep minimalist ni. Tapi Nina lebih suka memilih pelamin yang simple2 je. Terima kasih Mhugallery sebab buat pelamin cantik. Sejuk je mata memandang sebab sis pilih kaler soft iaitu putih, cream dan peach. Senang match dan warna baju pengantin tu naik. Dalam gambar pun jadi lawa je :)

Boleh cuba ambil servis dengan sis ni sebab design pelamin dia semua lawa. Banyak pengantin ambil dengan dia.

Instagram : @mhugallery
Facebook : Make Her Up / Mhugallery

6) HANDSOCK


Risau kalau terselak lengan baju? Pakai je handsock. Handsock ni selesa woo. Sedap pakai. Cun giler! Untuk nikah sis pakai handsock Maira yang ada lace dekat hujung lengan tu nak nampak lagi sweet dan cantik. Sebab nikah kita pakai baju simple je kan. Sanding pula pakai handsock Bella sebab baju dah meriah jadi serikan dengan handsock biasa je cukup :)

Mana nak dapat? Haa jom serbu kedai adik sorang ni. Beli banyak2 dapat diskaun tau. Cepat contact adik ni :

Instagram : @fieyahshoppe
Facebook : Galeri Sofiyah
Shopee : Fieyaah Shoppe

7) HENNA
Henna juga sebagai penyeri untuk pengantin. Tak kira lah copping je atau ukiran di atas tangan. Hehe Nina sangat suka dnegan henna. Tak kahwin pun suka pakai. Cantikkan. Hehe untuk henna memang Nina bajet sikitlah sebab pakai sekejap je kan dan ambil vendor dekat area kampung je. Senang tak adalah cas transport mahal sangatkan. Hehe

Nina ambil dengan adik ni. Memang cepat dia buat dan nampak dah biasa buatkan. Memang berseni dan halus je. Tak comot dan cantik je bila dah kering. Tengok gambar dia dekat IFG semua cantik-cantik dan banyak feedback yang positif. Hehe mana area berdekatan boleh cuba hasil tangan sis Fyfah ni;

Facebook : Fyfah Hennaart Rembau

8) BAJU NIKAH & ANDAMAN
Baju nikah akak sulung Nina buat sebab dia memang tukang jahit. Nina nak yang simple je. Kat sini pun dah jimat sikit :) Korang boleh pilih baju apa yang nak kan. Kalau di butik baju sangat terhad. Puas hati sebab simple pun baju tapi cantik. Lagi dalam gambar memang cantik.

Untuk mekap nikah pagi tu, akak Nina juga yang mekapkan. Untuk mekap sanding, guna servis Makeup & Makeover by Roshima Roslan. Akak ni memang power tau. Hasil tangan dia memang cantik. Nina tak biasa pakai mekap. Sekali mekap lain pula muka :D Kedua mekap Nina request nak natural je. No eye lashes ok.

9) PHOTOGRAPHER
Yang ni part yang penting juga sebab dia lah yang snap memori majlis. Hehe nina ambil servis Kotak Warna Studio. Memang power team diorang. Gambar cantik tau. Korang boleh cuba ye. Memang banyak feedback yang positif je pasal diorang :)

10) HANTARAN
Hantaran korang kena bincang dengan pihak lelaki. Macam Nina 7 balas 9 dulang. Sebab kalau banyak lagi lawa untuk bergambar. Tersusun cantik je letak. Tapi ikut bajet juga ye. Kalau mampu sedikit buat je sedikit. Hantaran semua Nina buat sendiri. Lebih suka buat sendiri sebab dapat puaskna hati. Hehe tangan pun bolehlah berseni juga.

11) GOODIES
Untuk goodies pula mengikut kemampuan ye. Jumlah tu kena separuh jemputan korang. Contoh jemputan 500, goodies boleh 350/400. Lebih tak apa, jangan kurang.

12) LAIN-LAIN
Homestay untuk belah lelaki perlu ditempah lebih awal untuk mengelakkan homestay/tempat tinggal rombongan lelaki penuh. Lagi-lagi musim cuti sekolah/kahwin. Lebih baik cari yang berdekatan dengan rumah pengantin perempuan.

Jika perlu sediakan bunga pahar dan bunga manggar. Dan lain-lain keperluan mengikut kreativiti.

Korang boleh usha diorang ye dan boleh shopping juga. Untuk review penuh bolehlah tekan tab wedding review tu. Jika Nina ada tertinggal boleh share sekali dengan ruangan komen dibawah :)

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.