Assalamualaikum dan hai semua!
Semalam Nina dapat tonton cerita kartun ni tau! Premiere Screening lagi. Woww! Dapat tonton dulu sebelum di release untuk orang ramai.
Sinopsis:
Wonder Park mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama June (Brianna Denski), yang menemukan taman hiburan Wonder Land di hutan namun lengkap dengan permainan yang fantastik dan menyeronokkan, serta haiwan yang dapat berbicara. June menyedari bahawa taman hiburan tersebut berasal dari imaginasinya dan hanya dirinya sendiri yang dapat menyelamatkan Wonder Land dan menghidupkan kembali keajaibannya dengan bantuan haiwan tersebut.
Review sendiri :
Cerita ni best dan sangat comel. Nina pula rasa macam main permainan tu semua. Comel :D Jalan cerita yang senang untuk dipahami. June ni pandai walaupun umur dia ni terlalu kecil untuk kita dan kreatif dan kuat berimaginasi. Ibunya dan ayahnya juga turut menyokong. Sampai satu rumah dia buat Wonderland tu. Kalau nak tambah permainan baru ke dia akan minta ibunya bisik pada patung Monyet (Peanut) tersebut dan dalam masa sama dekat Wonderland Park pula Peanut seperti mendengar bisikan tersebut dan menyurut dia menggunakan pen ajaib dia tu. Hehe dan bermulalah June berputus asa setelah mengetahui ibunya sakit dan meninggalkan June dan ayahnya untuk pergi berubat. Dan masa nak pergi ke kem Matematik dia teringat dekat ayahnya (sebab risau ayah dia tak pandai jaga diri) dan cuba melarikan diri tetapi sesat di dalam hutan dan menemui Wonderland Park (yang dia sendiri buat bersama ibunya). Dia pelik sebab kenapa gelap, tak ada orang dan sudah usang, permainan kebanyakkan rosak. Rupanya dia lah puncanya dan cuba untuk menyelesaikan. Akhirnya... Haa nanti korang tengok sendiri ye. Bawa anak korang tengok sekali :)
★★★★
misteri betul dekat hujung tu hahaha macam best je ni
ReplyDeleteHaha tak ada lah misteri sangat. Saja tak nak sambung. Kena tengok sendiri :D
Deletemcm best jer ni :)
ReplyDeleteBest best best ;D
Delete