Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

May 12, 2019

Berbuka Puasa Bersama Rakan | K'chiangmai Ikan Bakar Gombak

Assalamualaikum dan hai semua!

Nina nak review satu kedai makan ni. Semalam Nina mengikut husband pergi berbuka dengan officemate dia di salah sebuah restoran ikan bakar di Gombak. Kedai ni kalau korang lalu di highway Duke akan nampak sebab memang berhadapan je highway. Hehe 

Kami gerak ke sana dalam pukul 6 macam tu dan singgah dahulu di surau yang berdekatan untuk solat dan baru makan. Untuk iftar ni baik korang booked dulu sebab nanti dia reservedkan meja untuk kita. Memang ramai iftar dekat sini. Penuhlah juga. Sampai nanti cari je meja kita dekat mana. Meja kami dekat luar bawah lampu pula tu. Hehe seronok sikitkan terbuka. Senang nak borak dan gelak-gelak.

Untuk menu dekat sini bermacam jenis lauk, konsep dia sama macam restoran Seafood Thai. Dekat sini dia ada pakej lauk/set dan boleh je order berasingan. Kami order berasingan mengikut selera masing-masing. Dah nama restoran ikan bakar kan, mestilah Nina dan husband memilih ikan bakar. Hehe febret Nina kot ikan bakar terutamanya ikan keli dan cencaru.
Cencaru Bakar = RM13
Keli Bakar = RM8
Ikan Bakar dekat sini sedap ooo. Haha walaupun harga agak mahal sedikit tetapi berpatutan dan berbaloi sebab ikan besar. Puas nak makan. Sos dia pun sedap dan memang rasalah.
Selain itu, Nina order sotong goreng tepung. Ya Ampun, sedap sangat nih! Hehe tak tipu. Sotong besar dan sos dia pun sedap. Harga dia mengikut berat ye. Bila makan tu nak lagi nak lagi sampailah dah habis makan.
Sayur Campur = RM6
Last menu kami iaitu sayur campur ni. Ni untuk makan sorang ye. Bolehlah cukup untuk Nina. Hehe sedap juga.

Untuk mereka yang ingin mencuba/lalu area sini ke dan masih mencari restoran mana untuk berbuka nanti, haa boleh singgah di restoran mereka ni tau;

K'chiangmai Ikan Bakar
No 6, Jalan PPS 1,
Selaseh Commercial Centre, 
68100 Batu Caves, Selangor
Tel : 019-323 2772
Dibuka setiap hari
(11.30 pagi - 11.30 malam)

1 comment:

  1. Its an incredible joy perusing your post.Its brimming with data I am searching for and I want to post a remark that "The substance of your post is magnificent" Great work. Celebrity net worth is a website which reports estimates of the total assets and financial activities of celebrities. Read it for more information.

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.