Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

June 26, 2019

Movie Review/Premiere Screening | Yesterday

Assalamualaikum dan hai semua!
Semalam Nina meneman husband tengok wayang. Apa lagi tiket Premiere Screening lah. Wahhhh! Seronok juga dapat tonton dulu sebelum di release untuk orang ramai.
Sinopsis:
Pada masa kini, Jack Malik adalah penyanyi dan penulis lagu-lagu dari Clacton-on-Sea yang mimpi kemasyhurannya akan semakin pudar dan mendapat sokongan rakannya iaitu Ellie. Kemudian, selepas kemalangan bas, Jack bangun untuk mengetahui bahawa tidak ada orang lain di Bumi yang mengingati The Beatles.
Dengan bantuan ejen Amerika, Debra, Jack menjadi popular dengan menyanyikan lagu-lagu dengan band tersebut. Walaubagaimanapun, apabila namanya semakin meningkat, dia akan kehilangan Ellie iaitu seorang yang selalu percaya kepadanya.
Review sendiri :
Cerita ini agak best jugak. Tidak terlalu serius dan ada part yang lawak, Apa yang lawak tu nanti korang tengok sendiri. Hehe Jack ni penyanyi dan pemuzik dan macam-macam persembahan dia buat tapi tak ramai yang dengar lagu dia. Kesiankan? Hehe tapi Ellie ni setia je dengan dia. Dah nama pengurus dan kawan baik dia. Suatu hari, Jack mengalami kemalangan dan mendapati dirinya sebagai satu-satunya orang yang mengingat The Beatles dan menjadi terkenal dengan mengambil kredit untuk menulis dan melaksanakan lagu-lagu mereka. Tetapi dalam masa sama dia akan kehilangan Ellie. Ellie jatuh cinta dengan Jack tetapi Jack masih keliru dengan diri dia. Akhirnya dia telah membongkarkan semuanya semasa mengadakan persembahan di hadapan ribuan peminat dan juga meluahkan perasaannya kepada Ellie. Lebih lanjut bolehlah tengok bersama kawan, keluarga anda :)
★★★★

5 comments:

  1. dh lama sgt xtgk wayang..
    rindu plak nk layan movie..

    ReplyDelete
  2. Lama gila tak tengok wayang... last dgn husband waktu first date lepas kahwin.. 11 tahun yg lepas bhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha lamanya sangat tu tak tengok. Sekali sekala pergilah dating tengok wayang :D

      Delete
  3. i suka sangat dengna movie ni, ideanya sangat bagus, tp obstacle dalam movie ni kurang kuat sebab problem dia kurang di elaborate

    Thank you
    Salam
    Maternity Friend

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.