Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

July 25, 2019

Movie Review/Premiere Screening | Rocketman

Assalamualaikum dan hai semua!
Semalam Nina meneman husband tengok wayang. Apa lagi tiket Premiere Screening lagilah :D
Sinopsis:
Rocketman adalah kisah biografi dan benar mengenai kehidupan muzik Elton John yang legenda dan perjuangannya dalam mengatasi pelbagai masalah dalam kehidupannya.
Review sendiri :
Filem ini bolehlah ok je. Haha ada bagusnya juga. Ia menceritakan tentang kehidupan seorang muzik Elton John yang juga seorang yang genius dan pandai semasa beliau di Royal Academy Music. Filem ini menceritakan perjuangannya melawan depresi, penyalahgunaan ubat-ubatan, dan penerimaan terhadap perasaan songsangnya (gay). 

Perjalanan hidup John mulai dari kecil yang menyedihkan bersama ibunya, Sheila yang dingin dan neneknya, Ivy, yang lebih mengambil tahu dan sayang kepadanya sehingga dirinya menjadi nama besar, Reginald Dwight. Ayahnya, Stanley jarang di rumah kerana bertugas di Royal Air Force, angkatan udara. Dia berharap dapat memainkan sesuatu untuk ayahnya ketika kembali tetapi ayahnya langsung tidak tertarik dengan kemampuan Reginald yang sangat berbakat dalam bidang muzik. Reginald mengikuti kelas muzik dengan bantuan neneknya. Kemudian Stanley meninggalkan mereka setelah mengetahui Sheila curang bersama lelaki lain. Hal ini membuatkan Reginald berhenti bermuzik, semakin tertekan dan mula tertarik pada muzik rock seperti Elvis Presley. Beliau mencipta nama bersama partnernya, Bernie iaitu seorang penulis lirik untuk lagunya.  Reginald pandai bermain piano dan memiliki kemampuan mendengar sesuatu muzik dan dapat memainkannya dengan sempurna. Dia cuba utuk membunuh diri tetapi cubaannya gagal. Akhirnya dia dapat mengawal segala masalahnya dan reda apa yang terjadi. 
★★★






July 21, 2019

Selamat Hari Lahir 2019

Assalamualaikum dan hai semua!


Happy birthday to me..
Happy birthday to me..
Happy birthday to me..
Happy birthday to me..^

HAPPY BIRTHDAY RUQAIYAH AMANINA!!

Haha yeah Alhamdulillah my birthday celebration ada juga tapi simple je tapi untuk tahun ni lain sikit dan sangat bermakna. Hehe sebab pertama kali sambut sebagai seorang isteri disisi suami tercinta. Dinner masa birthday dan semalam baru redeem membership GSC dapat tiket free. Jalan-jalan pergi shopping. Alhamdulillah. Thanks pada suami dan pada yang wish birthday Nina pada 18 Julai yang lalu.

TERIMA KASIH , TERIMA KASIH.. You're a big girl now! Haha itu pun masih tak percaya umurku. Katanya budak sekolah lagi. Perasaan awek mudalah tu :P

July 17, 2019

BOBOIBOY MOVIE 2 : JOM MENANGI TIKET TAYANGAN PERDANA!

Assalamualaikum dan hai semua!
Siapa tak tahu Boboiboy kan? Rasanya ratanya sudah mengetahui kartun adiwara dari Malaysia ini. Penontonnya tidak mengira bangsa dan agama. Malah dari kanak-kanak sehingga dewasa pun menyukai kartun ini. 
BoBoiBoy: Movie 2 merupakan filem kesinambungan selepas musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy yang akan ditayangkan di pawagam Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam bermula 8 Ogos 2019. Ini merupakan filem kedua yang dihasilkan oleh Animonsta Studios selepas BoBoiBoy: The Movie.

Nak tak kalau korang dapat tiket tayangan perdana ni secara percuma? Macam mana caranya? Jom ikut cara seperti dalam video ini dan isi maklumat anda di link di bawah.
VIDEO CONTEST:
Link CONTEST:

Jangan lupa kumpul & simpan resit pembelian buku komik BoBoiBoy Galaxy (Jilid 1-7) di 7-Eleven! Selamat berjaya!

July 15, 2019

[PERHATIAN] PENYERTAAN SEGMEN KAD RAYA 2019 NANIENA.COM

Assalamualaikum dan hai semua!
Disini senarai penyertaan bagi segmen yang Nina anjurkan yang lalu. Maaf jika ada kekurangan sepanjang segmen ini berjalan. Promote pun kurang sebab busy. Tapi still nak buat juga. Semua penyertaan dapat kad raya ye :D Lain kali ada rezeki lebih kita buat lagi ye.
SENARAI PENYERTAAN KAD RAYA LIMITED 2019
  1. https://travelogsyuhadasalleh.blogspot.com/2019/05/segmen-kad-raya-2019-nanienacom.html
  2. https://www.ciktie.com/2019/05/segmen-kad-raya-2019-nanienacom.html -DONE PM
  3. http://www.sayidahnapisah.com/2019/05/segmen-kad-raya-2019-nanienacom.html - DONE PM
  4. http://www.myarosli.com/2019/05/segmen-kad-raya-2019-nanienacom.html - DONE PM
  5. https://belogsjm.blogspot.com/2019/06/segmen-kad-raya-2019-nanienacom.html
  6. http://www.zukidin.com/2019/06/segmen-kad-raya-2019-nanienacom.html - DONE PM
  7. http://www.aimisyahirah.com/2019/06/segmen-kad-raya-2019-nanienacom.html
  8. https://anumkhairil.blogspot.com/2019/06/segmen-kad-raya-2019-nanienacom.html - DONE PM
  9. https://at-tarmizi.blogspot.com/2019/06/segmen-kad-raya-2019-nanienacom.html - DONE PM
  10. https://sayasukala.blogspot.com/2019/06/segmen-kad-raya-2019-nanienacom.html - DONE PM
  11. http://yinandwords.blogspot.com/2019/06/segmen-kad-raya-2019-nanienacom.html
BOLEH REDEEM KAD RAYA KORANG DENGAN >>PM<<  
1. NAMA
2. ALAMAT 
3. LIST NO BERAPA
4. LINK BLOG
DENGAN SEGERA! LAMBAT TAK BOLEH DAPAT :D

Tahniah dan terima kasih semua yang join :)

July 9, 2019

JejalanNA | Kuala Terengganu, Terengganu

Assalamualaikum dan hai semua!
Nina baru balik bercuti ni. Haha yela mood tak hilang lagi ni. Jadi mana nak pergi holiday tu bolehlah cuba baca review ni dulu. Mana tahu bagi inspirasi untuk korang ke :D
Nina bertolak dari kampung mak mentua di Pahang pagi Jumaat lalu (5/7/19) dalam pukul 10 lebih kot. Nina pun dah lupa. Haha ni adalah trip ketiga rasanya bersama family mentua sejak kahwin ni. Sebenarnya tujuan pergi Terengganu ni sebab adik ipar iaitu adik kepada suami kahwin. Jadi alang dah pergi sana holiday teruslah. Rugi rasanya datang dari jauh tak berjalankan. Sampai Terengganu dalam pukul 3 kot. Itu pun banyak berhenti. Haha 

Kami menginap di Belleva Beach Homestay. MashaALLAH sangat cantik sebab homestay kami sebelah Pantai Batu Buruk je. Memang senang sangat nak pergi dan boleh jalan kaki bila masa-masa je. Seronok lagi budak-budak ni dapat mandi pantai pagi dan petang. Nina suka tengok view. Lagi-lafi view sunset. Cantik sangat. Homestay kami ni pantai dia kurang orang sikit sebab jauh dari yang pantai utama. Tapi selesalah sebab tak crowded cuma kurang aktivitilah. Yang ramai, banyak aktiviti dan deretan kedai kena pergi belah depan sikit. Dekat je tau.. 

Nampak pantai dekat sebelah tu :D
Dari bilik utama memang menghadap pantai.
Maaf Nina lupa nak snap keadaan dalam homestay. Dah balik baru ingat. Haha tapi nak cakap homestay ni selesa sangat dan cantik. Setiap bilik lengkap dengan katil, tilam, kipas, aircond, almari baju dan sebagainya. Rumah ada 4 bilik dan 3 bilik air. Rumah pun lengkap dengan semua barang. Nina sampai je terus pergi pantai nak bergambar tapi panaskan. Tak dapat nak stay lama :D


Ni je sempat ambil guna handphone. Dalam kamera suami banyaklah gambar. Balik bilik dulu rehat lepas tu petang sikit jalan lagi ke pantai bawa sepupu pergi main dan mandi tepi pantai :D


Cantikkan view dia. Hehe done hari pertama. Untuk keesokkan harinya, pagi-pagi lagi dah bersiap untuk keluar sebab adik ipar nikah di Bukit Payung. Maaf gambar tak ada. Jadi kita skip jela dulu ye. Haha lepas kenduri itu, balik berehat dulu sebab suami plan nak shoot dekat Jambatan Angkat (Terengganu Drawbridge). Jambatan angkat ini menghubungkan Muara Selatan Pusat Bandaraya dan Muara Utara Seberang Takir (Kuala Terengganu – Kuala Nerus) sejauh 638 meter.
Punyalah excitednya nak pergi tapi tak buka pun lagi. Jadi kami pun pergi dekat taman sebelah jambatan ni iaitu Pesisir Payang. Sambil menikmati view ni korang boleh lepak Taman Selera Tanjung. Kena pilih kedai ye. Nina terkena mahal dan tak berapa sedap sangat rasa dia. Petang memang ramai orang dengan ada aktiviti lagi :D
Suasana malam. Deretan kedai sini penuh dengan orang. Kebanyakkan semua makan kerang bakar dan sotong celup tepung.
Hari berikunya pula iaitu Ahad, hari terakhir kami disini. Lepas check out homestay kami terus pergi ke Pasar Payang. Kalau datang ke Terengganu memang tak sah kalau tak pergi Pasar Payang dan menjadi tumpuan para pelancong. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. Bahagian bawah menjual barangan dapur termasuk ikan, sayur-sayuran dan kuih-muih tradisional. Sementara tingkat atas terkenal sebagai menjual pakaian terutama batik Terengganu, sutera, kain broket dan songket tenunan Melayu.




Banyak weh barang sini. Rambang nak pilih. Hehe ni gambar suami yang ambil ye. Thanks suamiku tersayang sebab susah payah snap gambar untuk isterimu update di blog :D Selepas itu, mentua dah balik tapi kami masih meneruskan perjalanan kami lagi.

Destinasi seterusnya kami pergi pula ke Masjid Kristal. Masjid ini terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam (TTI) dan Pulau Wan Man. Disebabkan kepanasan dan bahang, tak lama kami dekat sana. Waktu ni agak ramai juga. Masjid pun tak boleh masuk dalam sebab ditutup sementara. Jadi ruang solat sementara dibuka dekat depan masjid ni juga.
Perut pun dah lapar, kami terus gerak ke Warong Pok Nong. Kedai ni recommend dari kakak Nina.  Warung Pok Nong ini popular dan sentiasa menjadi tarikan ramai orang pada setiap hari dan lagi-lagi pada musim cuti. Memang akan full house dan bersabarlah kena beratur panjang. Warung ini berhadapan dengan Pantai Batu Rakit. Sambil menikmati makanan yang sedap sambil tu boleh melihat view yang cantik :D

Warung Pok Nong terkenal dengan sotong, ikan dan udang celup tepung yang sangat sedap, saiz yang besar dan harga yang sangat berpatutan. Makanannya juga sangat fresh. Sos dia lagilah sedap. Memang senyap je Nina dan suami makan sebab sedap sangat. Padu gilerr! Gunting dan penyepit juga disediakan untuk pelanggan untuk memotong sotong yang besar ni.

Menu yang Nina ambil dengan suami ialah;
3 EKOR SOTONG CELUP TEPUNG
1 EKOR IKAN KEMBONG CELUP TEPUNG
2 AIR BATU CAMPUR
NASI LEMAK
TOTAL RM50++

Terliur tak? Memang puas hati sangat. Sedap. Siapa yang nak datang Terengganu boleh cari Warong Pok Nong ni. Tak jumpa guna je waze memang sampai :D Kami pun balik semula ke Pahang. Perut kenyang dan hati pun gembira.

Next trip ke mana pula? Tunggulah entri akan datang.

July 8, 2019

Movie Review/Premiere Screening | Spiderman Far From Home

Assalamualaikium dan hai semua!
Lambat update untuk entri kali ini sebab busy dengan nak pergi holiday lagi. Haha padat masa. Nina dan husband pergi tengok wayang dengan tiket premier ni 2 July yang lalu. Alhamdulillah dapat lagi. Rasanya ramai dah tengok movie ni tapi tak apalah review jela :D
Sinopsis:
Tak lama setelah peristiwa Avengers: Endgame, Peter Parker, yang bersedih atas kematian mentornya Tony Stark, melakukan school trip ke Eropah dengan rakan sekelasnya. Saat mereka disana, ia diminta oleh Nick Fury untuk bekerjasama dengan Quentin Beck, juga dikenal sebagai Mysterio, seorang ahli tipu daya dan ilusi untuk melawan Elementals.
Review sendiri :
Cerita ni pada Nina agak menarik dan best jugalah. Ada part yang kelakar dimana dia berlawan dengan Elementals tu dengan gaya Thor dengan Capten Amerika. Hehe dalam movie ni dia menyukai seorang wanita bernama MJ. Bermacam cara dia nak menarik perhatian MJ. Nick Fury mengatur segala perancangan untuk Spiderman dengan rakannya sewaktu school trip dan dalam masa sama Nick Fury memberi hadiah pemberian Tony kepada Spiderman. Dia tidak menyangka cermin tersebut bukan sekadar cermin mata sahaja tetapi mempunyai kuasa. Dia boleh mendengar dan memberi arahan kepada cermin tersebut. Walaupun dia budak lagi dan merasakan diri tidak cukup bagus seperti Iron Man, akhirnya dia menggalas juga tanggungjawab yang besar dengan berlawan dengan Mysterio dimana dia ditipu dengan memberi cermin mata yang diberi oleh Tony Stark kepadanya Mysterio tersebut. Cerita ni juga ada 2 end credit scene tau. Hehe nak tahu apa? Pergilah bawa keluarga ke pawagam terdekat :D
★★★★

July 1, 2019

Menikmati Ais Krim Pelbagai Perisa | King's Potong Ice Cream

Assalamualaikum dan hai semua!
Hari ini nak review satu ais krim yang mempunyai pelbagai perisa dan kalau tengok je ais krim ni pasti teruja nak mencuba. Ingat zaman kecil dulu ais krim potong yang popular dan murah. Dengan sedapnya dan pasti berkali beli. Memang nikmatlah makan. Lagi-lagi tengah cuaca panas. Hehe :D

Ais krim potong dari King's ni bukan asing lagi sebab tengah naik sekarangkan. Hehe pergi Giant hari itu ternampak satu peti ni semua ais krim potong. Cepat snap nak buat review. Husband Nina beli sekotak sebab dah cuba hari itu beli satu. Tengok je mesti tertarik nak beli. Macam nak borong semua :D

King's potong ni ada pelbagai jenis. Antaranya; 










Nina baru rasa dua jenis iaitu Yam dan Onde-Onde. Memang sedap. Rasa keaslian dia dan keunikkan ais krim tersebut. Husband Nina suka Onde-Onde tu. Haha Nina percaya setiap satu perisa dia ada peminat dia sendiri. Betul tak? Harga pun tak adalah mahal sangat. Lebih kurang RM2 satu. Kalau sekotak dalam RM10++.

Korang sharelah suka yang mana dan komen korang tentang aiskrim ni?