Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

July 9, 2019

JejalanNA | Kuala Terengganu, Terengganu

Assalamualaikum dan hai semua!
Nina baru balik bercuti ni. Haha yela mood tak hilang lagi ni. Jadi mana nak pergi holiday tu bolehlah cuba baca review ni dulu. Mana tahu bagi inspirasi untuk korang ke :D
Nina bertolak dari kampung mak mentua di Pahang pagi Jumaat lalu (5/7/19) dalam pukul 10 lebih kot. Nina pun dah lupa. Haha ni adalah trip ketiga rasanya bersama family mentua sejak kahwin ni. Sebenarnya tujuan pergi Terengganu ni sebab adik ipar iaitu adik kepada suami kahwin. Jadi alang dah pergi sana holiday teruslah. Rugi rasanya datang dari jauh tak berjalankan. Sampai Terengganu dalam pukul 3 kot. Itu pun banyak berhenti. Haha 

Kami menginap di Belleva Beach Homestay. MashaALLAH sangat cantik sebab homestay kami sebelah Pantai Batu Buruk je. Memang senang sangat nak pergi dan boleh jalan kaki bila masa-masa je. Seronok lagi budak-budak ni dapat mandi pantai pagi dan petang. Nina suka tengok view. Lagi-lafi view sunset. Cantik sangat. Homestay kami ni pantai dia kurang orang sikit sebab jauh dari yang pantai utama. Tapi selesalah sebab tak crowded cuma kurang aktivitilah. Yang ramai, banyak aktiviti dan deretan kedai kena pergi belah depan sikit. Dekat je tau.. 

Nampak pantai dekat sebelah tu :D
Dari bilik utama memang menghadap pantai.
Maaf Nina lupa nak snap keadaan dalam homestay. Dah balik baru ingat. Haha tapi nak cakap homestay ni selesa sangat dan cantik. Setiap bilik lengkap dengan katil, tilam, kipas, aircond, almari baju dan sebagainya. Rumah ada 4 bilik dan 3 bilik air. Rumah pun lengkap dengan semua barang. Nina sampai je terus pergi pantai nak bergambar tapi panaskan. Tak dapat nak stay lama :D


Ni je sempat ambil guna handphone. Dalam kamera suami banyaklah gambar. Balik bilik dulu rehat lepas tu petang sikit jalan lagi ke pantai bawa sepupu pergi main dan mandi tepi pantai :D


Cantikkan view dia. Hehe done hari pertama. Untuk keesokkan harinya, pagi-pagi lagi dah bersiap untuk keluar sebab adik ipar nikah di Bukit Payung. Maaf gambar tak ada. Jadi kita skip jela dulu ye. Haha lepas kenduri itu, balik berehat dulu sebab suami plan nak shoot dekat Jambatan Angkat (Terengganu Drawbridge). Jambatan angkat ini menghubungkan Muara Selatan Pusat Bandaraya dan Muara Utara Seberang Takir (Kuala Terengganu – Kuala Nerus) sejauh 638 meter.
Punyalah excitednya nak pergi tapi tak buka pun lagi. Jadi kami pun pergi dekat taman sebelah jambatan ni iaitu Pesisir Payang. Sambil menikmati view ni korang boleh lepak Taman Selera Tanjung. Kena pilih kedai ye. Nina terkena mahal dan tak berapa sedap sangat rasa dia. Petang memang ramai orang dengan ada aktiviti lagi :D
Suasana malam. Deretan kedai sini penuh dengan orang. Kebanyakkan semua makan kerang bakar dan sotong celup tepung.
Hari berikunya pula iaitu Ahad, hari terakhir kami disini. Lepas check out homestay kami terus pergi ke Pasar Payang. Kalau datang ke Terengganu memang tak sah kalau tak pergi Pasar Payang dan menjadi tumpuan para pelancong. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. Bahagian bawah menjual barangan dapur termasuk ikan, sayur-sayuran dan kuih-muih tradisional. Sementara tingkat atas terkenal sebagai menjual pakaian terutama batik Terengganu, sutera, kain broket dan songket tenunan Melayu.




Banyak weh barang sini. Rambang nak pilih. Hehe ni gambar suami yang ambil ye. Thanks suamiku tersayang sebab susah payah snap gambar untuk isterimu update di blog :D Selepas itu, mentua dah balik tapi kami masih meneruskan perjalanan kami lagi.

Destinasi seterusnya kami pergi pula ke Masjid Kristal. Masjid ini terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam (TTI) dan Pulau Wan Man. Disebabkan kepanasan dan bahang, tak lama kami dekat sana. Waktu ni agak ramai juga. Masjid pun tak boleh masuk dalam sebab ditutup sementara. Jadi ruang solat sementara dibuka dekat depan masjid ni juga.
Perut pun dah lapar, kami terus gerak ke Warong Pok Nong. Kedai ni recommend dari kakak Nina.  Warung Pok Nong ini popular dan sentiasa menjadi tarikan ramai orang pada setiap hari dan lagi-lagi pada musim cuti. Memang akan full house dan bersabarlah kena beratur panjang. Warung ini berhadapan dengan Pantai Batu Rakit. Sambil menikmati makanan yang sedap sambil tu boleh melihat view yang cantik :D

Warung Pok Nong terkenal dengan sotong, ikan dan udang celup tepung yang sangat sedap, saiz yang besar dan harga yang sangat berpatutan. Makanannya juga sangat fresh. Sos dia lagilah sedap. Memang senyap je Nina dan suami makan sebab sedap sangat. Padu gilerr! Gunting dan penyepit juga disediakan untuk pelanggan untuk memotong sotong yang besar ni.

Menu yang Nina ambil dengan suami ialah;
3 EKOR SOTONG CELUP TEPUNG
1 EKOR IKAN KEMBONG CELUP TEPUNG
2 AIR BATU CAMPUR
NASI LEMAK
TOTAL RM50++

Terliur tak? Memang puas hati sangat. Sedap. Siapa yang nak datang Terengganu boleh cari Warong Pok Nong ni. Tak jumpa guna je waze memang sampai :D Kami pun balik semula ke Pahang. Perut kenyang dan hati pun gembira.

Next trip ke mana pula? Tunggulah entri akan datang.

5 comments:

  1. Ganung kita. Kampung Ruby ni. Hehe. Seronok kan tengok view pantai. Makanan pung sedak2. Hehe.

    G pasar payang tu best. Macam2 ada kan.

    Jambatan terangkat tu belum jejak lagi ke situ. Tahun ni raya kat sini.so belum balik lagi untuk try tu

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnya.. haritu ada juga pergi terengganu.. tak plan pun.. macam ada tempat je yg da miss ni.. kalau pergi lagi nak try makan dekat warong pok nong.

    ReplyDelete
  3. Thank you for posting very useful tips! I found your website perfect for my needs.I always like your article because you have provide every time informative post.. Stylish Hero Jason Statham Leather Jacket

    ReplyDelete
  4. Excellent Blog! I would like to thank for the efforts you have made in writing this post. I am hoping the same best work from you in the future as well. I wanted to thank you for this websites! Thanks for sharing. Assignment Editing Services

    ReplyDelete
  5. May the New Year bring you happiness, peace, and prosperity. Wishing you a joyous 2021!

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.