Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

July 25, 2019

Movie Review/Premiere Screening | Rocketman

Assalamualaikum dan hai semua!
Semalam Nina meneman husband tengok wayang. Apa lagi tiket Premiere Screening lagilah :D
Sinopsis:
Rocketman adalah kisah biografi dan benar mengenai kehidupan muzik Elton John yang legenda dan perjuangannya dalam mengatasi pelbagai masalah dalam kehidupannya.
Review sendiri :
Filem ini bolehlah ok je. Haha ada bagusnya juga. Ia menceritakan tentang kehidupan seorang muzik Elton John yang juga seorang yang genius dan pandai semasa beliau di Royal Academy Music. Filem ini menceritakan perjuangannya melawan depresi, penyalahgunaan ubat-ubatan, dan penerimaan terhadap perasaan songsangnya (gay). 

Perjalanan hidup John mulai dari kecil yang menyedihkan bersama ibunya, Sheila yang dingin dan neneknya, Ivy, yang lebih mengambil tahu dan sayang kepadanya sehingga dirinya menjadi nama besar, Reginald Dwight. Ayahnya, Stanley jarang di rumah kerana bertugas di Royal Air Force, angkatan udara. Dia berharap dapat memainkan sesuatu untuk ayahnya ketika kembali tetapi ayahnya langsung tidak tertarik dengan kemampuan Reginald yang sangat berbakat dalam bidang muzik. Reginald mengikuti kelas muzik dengan bantuan neneknya. Kemudian Stanley meninggalkan mereka setelah mengetahui Sheila curang bersama lelaki lain. Hal ini membuatkan Reginald berhenti bermuzik, semakin tertekan dan mula tertarik pada muzik rock seperti Elvis Presley. Beliau mencipta nama bersama partnernya, Bernie iaitu seorang penulis lirik untuk lagunya.  Reginald pandai bermain piano dan memiliki kemampuan mendengar sesuatu muzik dan dapat memainkannya dengan sempurna. Dia cuba utuk membunuh diri tetapi cubaannya gagal. Akhirnya dia dapat mengawal segala masalahnya dan reda apa yang terjadi. 
★★★






4 comments:

  1. elton john.
    kenal. kenal...

    aida da lama x masuk panggung ni, naniena.
    next week kot ---> boboiboy :) ha ha ha ha...
    Ijat dah dok berzikir kat telinga kami dah dari minggu lepas.
    siap tanya, "sape ye kali ni jadik org jahat, bu?" :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  2. Oh cerita tentang Elton John. Macam menarik ni. Tapi dah bertahun dah masuk panggung wayang, haha

    ReplyDelete
  3. Hi uols...

    I dari Maternity Friend

    kita nak tanya bagus ke movie ni? macam mana acting Taron Egerton? I suka sangat dengan acting dia, and hansom sangat dia tu...

    recommend ke tak film ni?

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.