August 19, 2019
Movie Review/Premiere Screening | Stuber
Assalamualaikum dan hai semua!
Lambat update sebab kekangan waktu. Haha 14/08/2019 yang lalu husband tengok wayang tiket Premiere Screening ni :D
Sinopsis:
Filem ini berkisarkan tentang seorang pemandu Uber bernama Stu yang secara tiba-tiba terlibat dengan situasi huru-hara selepas mengambil seorang detektif sebagai penumpang. Detektif itu sedang memburu seorang pengganas dan Stu kini perlu memastikan dirinya selamat sambil membantu penumpangnya.
Review sendiri :
Filem ini merupakan komedi aksi yang kelakar dan best. Hehe cerita mengenai pemandu Uber, Stu yang terlalu obses untuk mendapatkan 5 bintang review pertamanya di aplikasi bersama polis, Vic yang rabun dan misi polis tersebut ingin menangkap penjahat yang menyebabkan kawannya mati ditembak. Namun Vic tidak dapat melakukan tugasnya sendirian kerana ia baru saja menjalani operasi laser mata. Operasinya ini membuat penglihatan belum sempurna dan Vic mendapat info mengenai penjahat itu dan terus bergegas keluar untuk memburu penjahat tersebut. Lepas itu, Vic menelefon Uber untuk memandunya ke seluruh bandar untuk menangkap seorang raja dadah yang terkenal bernama Oka Teijo. Stu mendapati dirinya terjebak ke dalam pengembaraan yang tidak dijangka. Akhirnya, keduanya menghadapi Teijo. Berhasilkah mereka mengalahkan Teijo? Saksikan penuh movie ini di pawagam terdekat anda :)
★★★★
August 14, 2019
Diari Mengandung Anak Pertama (Part III) | Bersalin Induce di Hospital Shah Alam, Selangor
Assalamualaikum dan hai semua!
Ini merupakan Part III, boleh baca Part I dan Part II ye :)
NAK BERSALIN DAH KE?
Ini merupakan Part III, boleh baca Part I dan Part II ye :)
NAK BERSALIN DAH KE?
29 Julai 2019 - Pagi dalam pukul 3-4 lebih pagi Nina tiba je sakit kepala sangat sampai subuh tak boleh tidur. Husband pun bawa pergi klinik panel dulu dan cek tekanan darah tinggi. Klinik sediakan surat rujukan ke klinik yang Nina selalu check up dan bila pergi sana cek memang masih tekanan darah tu tinggi. Klinik suruh rujuk hospital dan Nina pun gerak ke Hospital Shah Alam naik ambulans. Bila check in hospital memang ada tekanan darah tu tinggi dan selepas diperiksa dengan doktor kandungan Nina perlu di induce atau bayi perlu dipaksa keluar awal. Ya Allah terkejut sangat sebab Nina terlalu risaukan bayi. Doktor dah terangkan bayi sihat je dan teori pertama menyatakan bahawa mungkin terdapat masalah ketika perkembangan bahagian uri semasa awal mengandung. Teori yang kedua pula menyatakan bahawa mungkin terdapat kejadian peradangan yang tidak terkawal, di mana tubuh badan bertindak balas terhadap uri itu sendiri.
Hal ini kerana uri memberi makanan pada bayi dan bila dia tak dapat nak salurkan, bayi demand dan bagi tekanan pada si ibu. Itu penyebab tekanan darah Nina jadi tinggi. Sakitnya waktu doktor tu seluk untuk cek pembukaan. Hehe selepas itu, Nina kena masuk wad untuk proses seterusnya.
Hal ini kerana uri memberi makanan pada bayi dan bila dia tak dapat nak salurkan, bayi demand dan bagi tekanan pada si ibu. Itu penyebab tekanan darah Nina jadi tinggi. Sakitnya waktu doktor tu seluk untuk cek pembukaan. Hehe selepas itu, Nina kena masuk wad untuk proses seterusnya.
HOSPITAL SHAH ALAM - BERSALIN SECARA INDUCE BALLOON
30 Julai 2019 - Di wad, macam biasa doktor akan cek kita lagi sekali dan Nina induce mengunakan belon. Dalam pukul 6.30 pagi doktor sudah memanggil untul pemasangan belon ini. Nina kena pakai dalam masa 24 jam untuk mempercepatkan proses semasa bersalin nanti. Ya Allah sakitnya sama macam kena seluk tu. Dia masukkan didalam vagina kita. Jalan pun kena berhati sebab ada juga darah keluar. Dalam beberapa minit Nina dah rasa contraction dia. Huhu kadang setiap 10 minit rasa. Malam tu tak boleh tidur sebab menahan sakit tapi masih ada selera makan. Haha
31 Julai 2019 - Dalam 6.30 pagi macam tu, doktor panggil untuk cabut belon tu dan bukaan dalam 3cm dan secara tiba terasa air keluar dan doktor cakap air ketuban dah pecah. Makaii kenapa cepat je berlaku ni. Doktor seluk lagi nak bagi pembukaan besar sampai 5cm. Haha takutnya Nina. Lepas tu, Nina kena masuk labour room. Siap call husband untuk datang cepat. Sampai je labour room, doktor dan nurse cek dahulu dan sediakan semua alatan. Contraction masih ada setiap 5 minit. Ya Allah sakitnya dan tunggu masa je nak bersalin. Dalam pukul 11 macam tu rasa macam nak terberak, Nina cakap dekat husband panggil nurse rasa nak teran. Nurse kelam kabut datang cek pembukaan Nina dah 7cm. Kena tunggu sikit lagi. Selang beberapa minit tu Nina jerit lagi tak tahan nak meneran, baby nak keluar. Masa tu juga Nurse suruh teran dan sakit lagi bila Nurse gunting untuk bagi cepat kepala baby keluar. Alhamdulillah pukul 11.17 pagi baby selamat dilahirkan. Hehe macam tak percaya je Nina dah ada baby. Alhamdulillah.
Selepas tu, husband azan bayi dan Nurse pun sambung jahit pula kawasan yang digunting tu. Haha nyilu beb! Tak sakit sangat. Lepas itu, Nurse bersihkan bayi dan Nina pun boleh masuk wad balik dan menyusukan bayi. Lepas bersalin tu, Nina sangatlah lapar dan haus. Terus makan. Haha pengalaman pertamakan tak tahu sangat yang lepas bersalin banyak darah keluar mesti badan masih lemah dan peningkan. Sekali nak bangun tu, rasa nak pitam, gelap je rasa. Nasib husband papah dulu. Haha Nina kena rehat dulu baru boleh bangun.
Kena tahan wad lagi sampai bayi sihat sebab ada kuning pula. Duduk bawah lampu untuk mengurangkan kuning dia. Selapas 5 hari di wad baru boleh keluar. Husband siap bayar dan settlekan hal hospital terus balik ke rumah. Esoknya kena pergi hospital untuk cek kuning bayi lagi.
Review mengenai servis dekat Hospital Shah Alam ni ok ye. Tak crowded sangat. Wad yang bersih dan kemas, staf semua baik je. Hehe adalah sorang dua yang macam kerek sikit tapi ok je. Semua boleh ajak borak dan boleh tanya dan minta tolong dengan diorang. Pesakit sebelah katil pun dah jadi kawan. Hehe terima kasih semua staf Hospital Shah Alam dan semoga kalian tabah menghadap pesakit lain :D
Cerita lain boleh baca di entri lain:
PART I
PART II
Cerita lain boleh baca di entri lain:
PART I
PART II
Diari Mengandung Anak Pertama (Part II) | Scan Ultrasound di Poliklinik Noriha, Petaling Jaya
12 May 2019 - Nina teruja nak buat ultrasound atau scan bayi. Scan ni ada beberapa jenis tetapi Nina lebih prefer detailed scan untuk tengok anggota-anggota badan bayi seperti otak, jantung, hati, limpa, buah pinggang, perut dan lain-lain. Nak kena pastikan saiz okay dan tak ada benda asing disitu. Nina ada jumpa satu klinik ni memang murah dan waktu tu ada promosi pakej detailed scan + gender scan + 3d + 4d. Haa banyakkan. Dengan harga yang lebih murah dari klinik lain. Korang kena rajin survey tau pakej yang klinik sediakan. Rasa berbaloi bolehlah cuba.
Sangat teruja nak buat scan dan kalau korang risau takut tersesat ke apa, jangan risau boleh je waze. Memang sampai je depan klinik. Hehe sampai je klinik memang tak ramai sebab waktu tu adalah untuk scan sahaja. Sebelum pergi boleh whatsapp dulu dan tanya secara lebih lanjut pakej mana korang nak atau nak minta pendapat pun boleh. Memang staf dia sangat baik dan layan korang sebaik mungkin.
Nina nak review pasal klinik yang best ini iaitu keadaan klinik ini juga teratur, sangat bersih dan kemas. Servis yang bagus, cepat dan staf semua ramah. Tukang scan tu pun baik sangat dan penerangan yang sangat detail. Kalau korang nak tanya apa pun dia akan jawab dengan baik. Memang bestlah scan dekat sini. Very recommended!
Facebook : https://www.facebook.com/polikliniknoriha/
Alamat : No. 19, Jalan Teratai, Jalan PJU 6a/3a, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya, Selangor
No tel : 03-74969449
Whatsapp : 011-33771038
Waze : Poliklinik Noriha
Jemput baca entri lain:
PART 1
PART III
Diari Mengandung Anak Pertama (Part I) | Awal Kehamilan
Assalamualaikum dan hai semua!
Alhamdulillah Nina telah selamat melahirkan anak pertama/sulung pada 31 Julai 2019 yang lalu bersamaan dengan bulan yang sama hari jadi Nina. Syukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk melahirkan zuriat dan paling menyeronokkan ia merupakan hadiah hari jadi dan pemberian yang tak ternilai untuk kami. Hehe dah ada geng sama bulan hari jadi. So, Nina nak share sikit info atau pengalaman sendiri sepanjang mengandung ni. Maaf jika tulisan/entri ini membosankan :D
Alhamdulillah Nina telah selamat melahirkan anak pertama/sulung pada 31 Julai 2019 yang lalu bersamaan dengan bulan yang sama hari jadi Nina. Syukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk melahirkan zuriat dan paling menyeronokkan ia merupakan hadiah hari jadi dan pemberian yang tak ternilai untuk kami. Hehe dah ada geng sama bulan hari jadi. So, Nina nak share sikit info atau pengalaman sendiri sepanjang mengandung ni. Maaf jika tulisan/entri ini membosankan :D
I'M PREGNANT!
12 December 2018 - Selepas 3 minggu kahwin, hati terdetik nak buat pregnancy test sebab period dah lewat 5/6 hari. Nina cek waktu subuh sebab Nina baca Subuh waktu paling tepat. Berdebar juga sebab ni kali pertamakan nak cek. Haha dan Alhamdulillah double line. Terus kejutkan dan beritahu suami. Haha mau tak terkejutnya dia. Lepas tu, terus ke klinik untuk double confirm. Alhamdulillah doktor cek dah 4 minggu waktu tu. Doktor ni akan tanya hari terakhir period korang. Haa jangan lupa pula. Sebab tu apps sangat berguna. Korang boleh setting period bila dan boleh tahu waktu subur bila. Bila orang semua tanya tak ada alahan ke? Tipulah tak ada kan. Hehe ada juga morning sickness cuma Nina bila pagi akan muntah dulu, cepat letih tetapi tidaklah teruk. Doktor bagi ubat tambah darah/asid folik untuk makan setiap hari. Asid folik ni sangatlah penting untuk ibu yang mengandung. Kenapa? Boleh baca info dibawah :
Apakah Itu Asid Folik?
Folate merupakan sejenis vitamin B yang boleh didapati daripada makanan. Bahan ini amat penting dalam perkembangan tubuh manusia. Sel-sel pada tubuh badan kita berganti pada setiap hari seperti kuku, rambut dan kulit memerlukan vitamin ini untuk meneruskan proses tersebut.
Asid folik merupakan bentuk sintetik bagi folate yang ditambah bagi memperkaya zat di dalam makanan seperti roti, bijirin dan pasta. Folate juga wujud secara semula jadi dalam makanan seperti di dalam kekacang dan sayuran hijau. Namun begitu, kandungan semulajadi folate di dalam makanan biasanya tidak mencukupi untuk menampung keperluan tubuh terutamanya bagi wanita mengandung.
Mengapakah Anda Perlukan Asid Folik?
Asid folik adalah penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak. Oleh itu ia amat penting bagi wanita hamil untuk pertumbuhan janin yang sihat dan sempurna serta kesihatan wanita itu sendiri.
Pengambilan supplement asid folik dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital utama otak atau tulang belakang, termasuk kecacatan tiub neural, seperti spina bifida dan anencephaly (kepala bayi kecil atau tiada kepala). Wanita yang sedang hamil atau merancang untuk kehamilan harus mengambil suplemen asid folik sebanyak 400 mcg setiap hari bagi mengelakkan risiko kecacatan pada bayi ini. Sebaiknya, asid folik diambil sebulan sebelum kehamilan dan tiga bulan pertama kehamilan. Asid folik ini juga meningkatkan kesuburan wanita.
Asid folik memainkan peranan pencegahan dalam pelbagai keadaan seperti :
- Autism: Asid folik yang diambil sebelum dan pada awal kehamilan dapat mencegah kemungkinan autism pada bayi.
- Bibir dan lelangit rekah (cleft palate).
- Radang sendi seperti rheumatoid arthritis: Asid folik digunakan sebagai suplemen bagi penghidap radang sendi yang mengambil ubatan mengandungi steroid seperti methotrexate. .
- Kehilangan penglihatan berkaitan dengan umur: Sesetengah kajian menunjukkan bahawa mengambil asid folik dengan vitamin lain termasuk vitamin B6 dan vitamin B12 mengurangkan risiko masalah penglihatan yang berkaitan dengan usia.
- Kemurungan: Penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil asid folik bersama-sama dengan antidepresan akan mengurangkan simptom kemurungan pada pesakit depresi.
- Tekanan darah tinggi: Penyelidikan mencadangkan bahawa mengambil asid folik setiap hari sekurang-kurangnya 6 minggu mengurangkan tekanan darah pada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
- Asid folik juga disarankan baik untuk mencegah masalah gusi.
- Mengambil asid folik boleh mengurangkan gejala vitiligo atau sopak.
18 Januari 2019 - Nina check up di klinik untuk buat scan kandungan dan ambil ubat lagi. Doktor akan bagi salinan scan tersebut dan bawa semasa nak buka buku pink. Bila dah ada scan ni dah tak payah nak buat dekat klinik kesihatan nanti. Kalau tak ada pun tak apa sebab dekat klinik kesihatan nanti akan dibuat sekali dengan buku pink tu.
BUKU PINK KLINIK KESIHATAN
12 Feb 2019 - Setelah 12 minggu 6 hari, waktu untuk buka buku pink di klinik kesihatan daerah masing-masing. Minggu keberapa tu terpeluang tapi jangan terlalu awal dan terlalu lewat sebab takut nurse tu bebel. Haha dan pilih klinik yang terdekat ye sebab klinik akan tengok alamat rumah. Jika tidak, dia akan suruh pergi ke klinik lain yang berdekatan. Untuk pertama kali buka buku pink ni makan masa sedikit dan akan berjumpa dengan doktor. Nurse akan isi segala maklumat korang dalam buku tersebut dan buat beberapa ujian saringan. Selepas itu, nurse akan set next appoinment untuk setiap bulan.
MONTHLY CHECK UP & MINUM AIR GULA (MGTT)
Mar-May 2019 - Macam biasa setiap bulan akan ada monthly check up iaitu ujian saringan urin, hb (darah), pemeriksaan berat badan, tekan darah, nadi, perut dan sebagainya. Pastikan HB korang tinggi ye. Nurse akan monitor setiap bulan untuk pastikan kandungan/janin dalam keadaan sihat dan jika ada masalah boleh tahu dengan lebih awal.
Dalam bulan May juga Nina kena minum gula untuk mengenal pasti kadar gula atau glukosa dalam tubuh atau lebih senang kata kencing manis semasa mengandung. Tujuan air gula perlu diminum sebab sebenarnya nak uji kemampuan insulin dalam tubuh, nak tengok sama ada ia boleh berfungsi ataupun tidak. Mengikut Nurse minum gula ni wajib untuk semua ibu yang berumur 25 ke atas. Jadi nak tak nak kena juga. Haha pastikan korang jangan muntah bila minum gula tu sebab nanti dikira batal dan kena ulang semula. Malam tersebut perlu puasa sebelum pagi tu minum gula di klinik. Selepas minum gula, kena tunggu 2 jam untuk tunggu keputusan. Keputusannya Nina ada kencing manis. Tetapi jangan terkejut ye sebab kencing manis ni mungkin masa mengandung sahaja.
Masa ni juga Nina dapat rasa bayi dah mula bergerak dan semakin aktif. Memang seronok sangat dan Nina akan rajin bercakap dengan bayi. Kita dah tahu bila dan masa bayi akan gerak. Macam Nina pagi, tengahari, malam memang aktif :D
Dalam bulan May juga Nina kena minum gula untuk mengenal pasti kadar gula atau glukosa dalam tubuh atau lebih senang kata kencing manis semasa mengandung. Tujuan air gula perlu diminum sebab sebenarnya nak uji kemampuan insulin dalam tubuh, nak tengok sama ada ia boleh berfungsi ataupun tidak. Mengikut Nurse minum gula ni wajib untuk semua ibu yang berumur 25 ke atas. Jadi nak tak nak kena juga. Haha pastikan korang jangan muntah bila minum gula tu sebab nanti dikira batal dan kena ulang semula. Malam tersebut perlu puasa sebelum pagi tu minum gula di klinik. Selepas minum gula, kena tunggu 2 jam untuk tunggu keputusan. Keputusannya Nina ada kencing manis. Tetapi jangan terkejut ye sebab kencing manis ni mungkin masa mengandung sahaja.
Masa ni juga Nina dapat rasa bayi dah mula bergerak dan semakin aktif. Memang seronok sangat dan Nina akan rajin bercakap dengan bayi. Kita dah tahu bila dan masa bayi akan gerak. Macam Nina pagi, tengahari, malam memang aktif :D
PERUBAHAN FIZIKAL SEMASA MENGANDUNG
Bila perut makin membesar Nina dapat rasa dan lihat perubahan fizikal seperti timbul garisan menegak berwarna gelap pada perut, warna pada sekeliling payudara akan menjadi lebih gelap dan payudara juga semakin membesar dan lain-lain perubahan seperti kulit semakin gelap dan sebagainya. Jangan terkejut pula ye sebab perubahan ini hanya sementara. Hal ini disebabkan perubahan hormon semasa hamil.
PEMANTAUAN KAWALAN GLUKOSA DALAM DARAH (BSP) & KIRAAN GERAKAN BAYI
Jun-Julai 2019 - Selepas dah tahu ada kencing manis, diorang akan buat pemantauan kawalan glukosa dalam darah (BSP). Korang kena cek gula di mana-mana farmasi atau ada alat sendiri glometer sehari sebelum doktor review pada esoknya. Malam kena puasa untuk cek gula pada esok pagi. Cek gula perlu buat sehari tu 4 kali iaitu sebelum makan pagi, selepas makan pagi, selepas makan tengahari dan selepas makan malam. Jadi Nina makan semuanya kena diet.
Selain itu, nurse pun ada ajar carta pergerakan janin iaitu pastikan kira anak dalam kandungan gerak dalam 10x sehari bermula dari pukul 9 pagi sehingga 9 malam. Kena tick dalam buku dan waktu terakhir dia gerak genap yang ke 10. Kandungan pun dah semakin membesar dan pergerakannya juga semakin aktif. Hehe rasa senak juga dan geli bila bayi bergerak tetapi seronoklah sambil bercakap dengan bayi ni.
Selain itu, nurse pun ada ajar carta pergerakan janin iaitu pastikan kira anak dalam kandungan gerak dalam 10x sehari bermula dari pukul 9 pagi sehingga 9 malam. Kena tick dalam buku dan waktu terakhir dia gerak genap yang ke 10. Kandungan pun dah semakin membesar dan pergerakannya juga semakin aktif. Hehe rasa senak juga dan geli bila bayi bergerak tetapi seronoklah sambil bercakap dengan bayi ni.